PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

CUTI REHAT!

Actually, aku start cuti 04/03 hari tu lagi.. Sempena birthday si Zahraa. Taklah! My parents datang dari Sabahlah. Saja datang bercuti. Berehat-rehat di rumah..

Oleh kerana aku sedang bercuti...So, jangan ada sesiapa cuba mengganggu ketenanganku. Ada seorang akak tu sibuk sms dan call aku... Tapi, aku malas nak reply that sms or pick up the phone.. Biarlah handphone tu bunyi kuat macam mana pun. Dah nama pun cuti rehat kan? Aku pantang betul kalau ada orang call aku time aku tengah cuti. Baik tak payah approve cuti aku kalau kau sibuk-sibuk nak call tanya aku itu dan ini... Aku faham yang cuti tu bukan hak.. Memang kau boleh cancel bila-bila masa tapi agak-agaklah wei..... Gunakanlah budi bicara juga. Jagalah kebajikan kami sama. Janganlah buat kami ni macam kuli batak. Kami pun ada keluarga yang perlu diberi perhatian... Takkanlah nak tengok sampai keluarga bergaduh...bercerai-berai. Ok! stop pasal ini. Kalau aku teruskan menulis tentang ini... semakin membuak-buak perasaan marah di dada. 

Sebelum my parents aku datang sini. Bermacam-macam aktiviti ada dalam kepala aku. Nak bawa pergi sana..pergi sini... Hurmmm!!.. Banyak aktiviti yang aku rancang, terpaksa aku cancel last minutes. Konon nak pergi mandi-manda kat Sunway Lagoon, sekali surf internet.. Mak aiiiiii!!...mahal nak mampus! Sudahnya aku bawa my parents pergi shopping je... Hilang rasa kecewa.. 

Nak ke Taman Pertanian.. sekali tak de parking pula. Tension ok! Sudahnya cancel juga! Bawa pergi shopping lagi... My parents tak kisah sebenarnya. Aku je frustration lebih-lebih... Dengan keadaan sekarang..Astro tak de... Siaran TV pun tak de... harus aku bawa mereka ber-shopping. Duduk di rumah adalah sangat bosan ok!

Aku meng-update blog dalam keadaan yang sangat malas. Maka, tiadalah gambar dalam ini entry. Sekian! Kalau ada pun, akan aku entry-kan di lain hari.

Selamat Hari Wanita aku ucapkan kepada mereka yang merasakan diri mereka benar-benar wanita. Aku juga tidak terkecuali.. Mak aku juga... Mak mertua aku juga.... Eh! ramailah wanita-wanita di luar sana... Selamat Hari Wanita semua...................



0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget