PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

BILA AKU MULA MARAH-MARAH

Ok! sekarang memang aku tengah marah. Marah yang amat sangat. Tak cukup membebel kat twitter, sekarang aku nak membebel kat sini pula. Actually, aku marah dengan salah-seorang anggota di sini. Nak kata bebal, tau pula menjawab. Aku rasa nak siku dan luku je kepala dia. 

Ceritanya begini.. Lunch hour tadi adalah satu makhluk tu datang jumpa aku. Tanya aku tentang sesuatu. Dan, aku sudah terangkan berjela-jela panjangnya kat dia. Ok! dia pergi. Aku ingat dia faham. Rupanya dia datang balik tanya soalan yang sama. Kalau aku tak silap, aku dah pernah explain kat dia sebelum ni. Bukan hari ni je. Tapi, masih tanya soalan yang sama. Nak je aku ketuk kepala dia.

Tak pe. Aku taip balik perbualan kami tadi. 

Orang itu : Cik, cuba tengok borang saya ni..apa lagi yang mau?

Aku ambil dan terus semak borang tersebut.

Aku : Ok! borang dah ok.. cuma surat pengesahan rawatan hospital kerajaan je yang tak de. 

Orang itu : Itu surat pengesahan mau kah? Itu doktor tak mau bagi nanti. Doktor sudah tulis sini borang..

Aku : Kalau ikut kita punya prosedur, memang nak surat tu..

Orang itu : Aiya! sini sudah ada tulis. Tak payahlah! (suara tinggi)...

Aku : Yes! itu surat kalau tak de pun x pe... Sebab dalam pekeliling kata sekiranya perlu sahaja.. You hantar memo jabatan, surat permohonan, salinan authority card... Nanti I forward ke KKM juga untuk dapatkan sokongan kelulusan. 

Orang itu : Itu saya faham! saya cuma mau tau surat doktor itu perlu kah?

Aku : .... hurmmm... tak perlulah! 

Orang itu pun pergi begitu saja tanpa mengucapkan terima kasih. Ada aku kisah?

Orang itu datang balik dan tanya soalan yang sama lagi. Bila aku explain.. dia argue apa yang aku explain tadi. Bengang aku dibuatnya. 

Kalau aku cakap perlu, dia marah... Tapi, bila aku cakap tak perlu.... dia kata confirm-kah tak perlu? Nanti query kemudian pula. Dia asyik repeat ayat yang sama. Mana aku tak bengang? Bukan aku tak explain...aku dah explain tapi dah dia bengap.... aku nak buat apa?  Aku geram! lepas tu, aku tunjuk pekeliling kat dia... aku suruh dia baca. Tanya lagi soalan yang sama. Memang celaka betul! Takkan tak faham-faham lagi.. Aku tau dia faham apa yang aku explain tadi... tapi, masih nak bersoal-jawab dengan aku.

Aku tak suka nak mencarut. Tapi, bila aku tengah marah... Hah! macam-macamlah keluar. Tak kiralah keluar dari mulut ataupun tulisanku.

Apakah aku???????????????? Adakah?....... Shit!

Astaghfirullahalazim!!.... mengucap banyak-banyak wei.... 

Actually, ada banyak lagi ayat-ayat dia yang buat aku marah tapi aku malas nak taip... Biarlah!



0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget