PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

TERBABAS!!

Kejadian berlaku pagi-pagi buta. Berlaku di hadapan mata kami berdua. Ketika itu, Inchek Hubby sedang dalam perjalanan untuk menghantar aku ke office di Seksyen 9. Aku nampak. Dia pun nampak apa yang berlaku. Orang itu terbabas. Nampak seperti tiada apa-apa yang berlaku terhadap penunggang motorsikal tersebut kerana aku lihat dia masih boleh bangun dan berdiri. Tak pasti sama ada orang itu mengantuk atau sedang berkhayal. Nasib baik kami tak ambil lane yang sama dengan dia. Kalau tidak... Astaghfirullahalazim...


























Gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata. Mana sempat nak tangkap gambar orang tu. Dag! dig! dug! aku tiba-tiba teringat kejadian yang menimpa kami pada tahun 2007.Tak tahu? Baca sini.

Kejadian itu pun sudah hampir 4 tahun berlaku. Mak mertua aku pun sudah beransur pulih. Beliau dah boleh berjalan seperti biasa cuma pergerakannya agak terbatas sedikit. Beliau tak boleh bergerak dengan laju seperti sebelum-sebelumnya. Beliau seorang yang amat gigih dan cekal. Ada orang kata kecederaan yang dialami beliau akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Tapi, tidak bagi beliau. Kalau aku tak silap, tak sampai pun 2 tahun.... beliau boleh berjalan semula...

Apa-apa pun, semangat itu yang penting. Pedulikan kata orang.



TOLONG KAWAN!

Hahaha!...mesti ada yang marah kat aku ni kan? Ye lah.. Cakap tak serupa bikin...Eh! silap... tulis tak serupa bikin.. Kata nak cuti blogging.... tengok-tengok... adalah pula update... Hahaa.... Jangan marah! Ok! actually, aku cuma nak tolong kawan je ni... Aku nak introduce 1 blog baru ni kat kamu.. Sedikit info tentang blog itu... 

Nama blog : Famz Shop

Blog ini dimiliki oleh Intan, Sofia, Ratana dan Brian. Mereka merupakan pelajar MBA-GSB UKM. Mereka beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. Blog ini merupakan project paper mereka. 

Antara yang boleh didapati dalam blog tersebut adalah ini...

Batik for women



















Batik for men


















Shiffon Apple






















Popiah serunding ikan bilis































Banyak lagi ok!... tapi, takkanlah aku nak type semua kat sini... Apa kata kamu pergi je terus ke laman blog mereka... di situ ada banyak pilihan lagi...

Dan, sekiranya kamu ada pandangan yang boleh membantu mereka mengembangkan lagi business mereka.. Silalah contact mereka ye....



CUTI BLOGGING..BOLEH?

Terasa semacam malas nak update blog. Apatah lagi nak blogwalking... Boleh tak kalau aku nak bercuti selama setahun dari dunia blogging ni? Tunggu sampai idea-idea datang berkepuk barulah aku nak sambung balik update blog. Kamu... boleh tak kalau aku buat macam itu? Kamu tak marahkah? Eh! aku cuma nak bercuti je bukan nak berhenti terus. Kamu ni......... Tapi, mampukah aku nak bercuti dari dunia blogging selama itu?...

Nak type entry ini pun ambil masa berminggu-minggu ok!... Dah penat-penat aku type.. separuh jalan, aku delete. Entah! apa yang aku tak puas hati aku pun tak tahu. Kadang-kadang, tak sampai suku pun yang aku type... time tu juga aku delete. Bukan tak de idea. Idea ada je dalam kepala ni. Tapi, itulah dia... MALAS! Sejak akhir-akhir ni, memang perangai malas aku makin menjadi-jadi. Nasib baiklah rajin juga nak datang kerja. Kalau kerja pun aku nak cuti juga.. Hah! siapa nak buat kerja aku tu? Dahlah dapat partner tak sehati sejiwa. Masing-masing buat musuh. Kali ni aku kira gagah jugalah nak datang kerja. Kalau macam dulu.. Owh! tidak.... Aku tak sanggup nak datang kerja ok!.

Tapi, mungkin aku akan rajin update kat blog Aku, dia dan Zahraa pula. Kenapa? Aku pun tak tahu... Hurmm... takkan tak dapat tangkap lagi? Apa-apa pun, kalau aku rasa rajin nak update.. Insya Allah! aku akan update juga...

Lalalaaaaaaaaaa..... nak cuti blogging jap!....



BERDAFTARLAH DENGAN CHURP-CHURP

 Hi all!.. 

Aku cuma nak berkongsi tentang sesuatu. Apa dia? Ini ! Mana? alah! kamu try click link kat bawah ni.


Dah click?Aku tau ramai yang dah buat entry tentang churp-churp ni. Tapi, aku tetap nak buat juga! Masing-masing ada cara penulisan yang tersendiri kan? So, layankan aje.

Ok! mula-mula kamu akan nampak bahagian ini kan?..




















Dah-dah... tak payah fikir panjang.. aku dah bagi contoh siap-siap tu hah... kamu taip je macam contoh yang aku bagi tu. Tapi, jangan pula kamu fill in the blank sebiji-sebiji apa yang aku tulis tu.. Kamu isi ikut kamu punya maklumatlah.

Then, kamu akan jumpa pula bahagian ini kan?..















Tengok! yang ini pun aku dah bagi contoh siap-siap. Kamu tinggal isi ikut kamu punya maklumat je.

















Hah! yang ini pun dah ada contoh. Ikut je apa yang aku da bagi tu... 

Last sekali,.... kamu mesti nampak bahagian yang ini kan?


















Ok! part yang ni terpulang kepada kamu untuk tentukan bahasa apa yang nak digunakan dalam iklan kamu nanti. Nak guna bahasa Melayu ke.. Bahasa Inggeris ke.. Bahasa Cina pun boleh... Terpulang! Then, kalau kamu tak nak iklan yang ada hubung kait dengan tembakau ataupun alkohol... kamu click je. Tapi, kalau kamu nak letak pun... letaklah.... Ada aku kisah?.... Hahahaa!....
Aku tak pandai bab-bab nak bagi tutorial semua ni. Dan, ini bukan tutorial ok! Hahaa.... Aku memang failed kalau nak explain something kat orang. Aku memang tak pandai. Aku mengaku yang aku tak pandai. Ilmu di dada belum cukup lagi ni.... Nantilah aku pergi berguru kat mana-mana blogger yang dah expert dalam bidang ni....





SEJUK + BEKU + MARAH

Today aku bersiaran dari office baru. Actually, semalam aku ada sms akak tu tanya dia hari ni nak buat kerja dekat office lama atau baru? Tapi, dia tak reply sms aku. Sakit hati je. Sudahnya aku hantar sms kat S.I tempat aku tu.. Dia suruh aku terus ke office baru. So, aku pun lepaklah kat office baru sampai beku. Akak tu ada datang tapi macam tak nampak aku ada kat situ. Eh! aku invisible ke? Kenapa dia macam tak nampak aku? Sengajakah apa? Berkoyan-koyan juga aku maki dia dalam twitter tadi. Nasib baiklah dia tak de twitter. Ketinggalan zaman betulkan? Kalau ada pun, ada aku kisah? Biar dia tau aku tengah marah dia. 

Tadi, akak tu ada datang dengan 2 orang kawan dia. Melawat-lawat office baru. Mereka nak ke office lama.. Langsung tak ajak aku.. Siot je! Aku terus simpan dendam. Dahlah aku banyak tolong dia. Tapi, tengok! apa dia buat kat aku? Dia buat aku macam musuh je. Lantak dialah! Malas nak fikir pasal dia. Nanti jangan minta tolong aku ok! Nanti aku ubah setting printer tu padan muka. Sampai sudah tak boleh nak print nanti. 

Eh! office baru ni memang sejuk gila. Beku aku kat sini. Terasa macam duduk kat dalam peti ais je. Balik rumah badan jadi tak sihat. Yelah! dah duduk dalam office ber-aircond.  Hah! harap-harap tak de orang merokok dalam kawasan ni. Kalau tak, memang nahaslah! Makin tak sihatlah aku nanti..



CUTI REHAT!

Actually, aku start cuti 04/03 hari tu lagi.. Sempena birthday si Zahraa. Taklah! My parents datang dari Sabahlah. Saja datang bercuti. Berehat-rehat di rumah..

Oleh kerana aku sedang bercuti...So, jangan ada sesiapa cuba mengganggu ketenanganku. Ada seorang akak tu sibuk sms dan call aku... Tapi, aku malas nak reply that sms or pick up the phone.. Biarlah handphone tu bunyi kuat macam mana pun. Dah nama pun cuti rehat kan? Aku pantang betul kalau ada orang call aku time aku tengah cuti. Baik tak payah approve cuti aku kalau kau sibuk-sibuk nak call tanya aku itu dan ini... Aku faham yang cuti tu bukan hak.. Memang kau boleh cancel bila-bila masa tapi agak-agaklah wei..... Gunakanlah budi bicara juga. Jagalah kebajikan kami sama. Janganlah buat kami ni macam kuli batak. Kami pun ada keluarga yang perlu diberi perhatian... Takkanlah nak tengok sampai keluarga bergaduh...bercerai-berai. Ok! stop pasal ini. Kalau aku teruskan menulis tentang ini... semakin membuak-buak perasaan marah di dada. 

Sebelum my parents aku datang sini. Bermacam-macam aktiviti ada dalam kepala aku. Nak bawa pergi sana..pergi sini... Hurmmm!!.. Banyak aktiviti yang aku rancang, terpaksa aku cancel last minutes. Konon nak pergi mandi-manda kat Sunway Lagoon, sekali surf internet.. Mak aiiiiii!!...mahal nak mampus! Sudahnya aku bawa my parents pergi shopping je... Hilang rasa kecewa.. 

Nak ke Taman Pertanian.. sekali tak de parking pula. Tension ok! Sudahnya cancel juga! Bawa pergi shopping lagi... My parents tak kisah sebenarnya. Aku je frustration lebih-lebih... Dengan keadaan sekarang..Astro tak de... Siaran TV pun tak de... harus aku bawa mereka ber-shopping. Duduk di rumah adalah sangat bosan ok!

Aku meng-update blog dalam keadaan yang sangat malas. Maka, tiadalah gambar dalam ini entry. Sekian! Kalau ada pun, akan aku entry-kan di lain hari.

Selamat Hari Wanita aku ucapkan kepada mereka yang merasakan diri mereka benar-benar wanita. Aku juga tidak terkecuali.. Mak aku juga... Mak mertua aku juga.... Eh! ramailah wanita-wanita di luar sana... Selamat Hari Wanita semua...................



FANATIK RAM KATANYA!

RAM? Apa itu RAM? kamu tau? Hah! aku nak bagitaulah ni.. RAM is stand for Ramlee Awang Murshid. Aku cukup minat dengan karya-karya beliau. RAM ni berasal dari Papar, Sabah. Beliau merupakan penulis kisah thriller no.1 di Malaysia.

Kenapa baru sekarang nak buat entry pasal beliau? katanya fanatik! Hahhaa! Bukan aku tak nak buat entry pasal beliau tapi aku selalu lupa.. Banyak sangat makan semut.. Itu yang jadi pelupa tu. Suatu ketika dulu, aku rajin berbalas email dengan beliau. Aku juga pernah jumpa face to face dengan beliau di PWTC. Siap speaking Sabah lagi.. Bukan tu je... Aku dapat autograph beliau ok! Kepada @pojiepooh sila jangan jealous! Gambar dengan beliau saja yang tak de. Hahaha!!... hajat di hati memang nak bergambar dengan beliau..Tapi, sembang punya sembang...sampai terlupa tujuan asal.. 

Ok! Ok! sekarang aku nak tunjukkan kat kamu koleksi RAM yang aku dah ada. 
























































Aku punya Ranggau cover lama ok! Yang display kat atas tu cover baru. Aku tak jumpa pula novel tu. Masih dalam kotak disebabkan urusan perpindahan dari rumah sewa ke rumah baru hari tu. Tak sempat nak kemas.













































Actually, Personal Justice ni aku tak de dan tak berniat nak beli. Personal Justice ini merupakan ADAM version Bahasa Inggeris. So, tak kisah kalau tak de dalam simpanan aku pun.
























Ok! Mandatori yang ada dalam simpanan aku adalah yang berwarna hitam. Cover lama.


























Novel yang ini je aku tak de lagi. Tapi, tak pe.. Ia bakal berada dalam genggaman tak lama lagi.

Dan, aku juga tak sabar nak tunggu Sutera Bidadari dan Fiksyen 302!....

BILA AKU MULA MARAH-MARAH

Ok! sekarang memang aku tengah marah. Marah yang amat sangat. Tak cukup membebel kat twitter, sekarang aku nak membebel kat sini pula. Actually, aku marah dengan salah-seorang anggota di sini. Nak kata bebal, tau pula menjawab. Aku rasa nak siku dan luku je kepala dia. 

Ceritanya begini.. Lunch hour tadi adalah satu makhluk tu datang jumpa aku. Tanya aku tentang sesuatu. Dan, aku sudah terangkan berjela-jela panjangnya kat dia. Ok! dia pergi. Aku ingat dia faham. Rupanya dia datang balik tanya soalan yang sama. Kalau aku tak silap, aku dah pernah explain kat dia sebelum ni. Bukan hari ni je. Tapi, masih tanya soalan yang sama. Nak je aku ketuk kepala dia.

Tak pe. Aku taip balik perbualan kami tadi. 

Orang itu : Cik, cuba tengok borang saya ni..apa lagi yang mau?

Aku ambil dan terus semak borang tersebut.

Aku : Ok! borang dah ok.. cuma surat pengesahan rawatan hospital kerajaan je yang tak de. 

Orang itu : Itu surat pengesahan mau kah? Itu doktor tak mau bagi nanti. Doktor sudah tulis sini borang..

Aku : Kalau ikut kita punya prosedur, memang nak surat tu..

Orang itu : Aiya! sini sudah ada tulis. Tak payahlah! (suara tinggi)...

Aku : Yes! itu surat kalau tak de pun x pe... Sebab dalam pekeliling kata sekiranya perlu sahaja.. You hantar memo jabatan, surat permohonan, salinan authority card... Nanti I forward ke KKM juga untuk dapatkan sokongan kelulusan. 

Orang itu : Itu saya faham! saya cuma mau tau surat doktor itu perlu kah?

Aku : .... hurmmm... tak perlulah! 

Orang itu pun pergi begitu saja tanpa mengucapkan terima kasih. Ada aku kisah?

Orang itu datang balik dan tanya soalan yang sama lagi. Bila aku explain.. dia argue apa yang aku explain tadi. Bengang aku dibuatnya. 

Kalau aku cakap perlu, dia marah... Tapi, bila aku cakap tak perlu.... dia kata confirm-kah tak perlu? Nanti query kemudian pula. Dia asyik repeat ayat yang sama. Mana aku tak bengang? Bukan aku tak explain...aku dah explain tapi dah dia bengap.... aku nak buat apa?  Aku geram! lepas tu, aku tunjuk pekeliling kat dia... aku suruh dia baca. Tanya lagi soalan yang sama. Memang celaka betul! Takkan tak faham-faham lagi.. Aku tau dia faham apa yang aku explain tadi... tapi, masih nak bersoal-jawab dengan aku.

Aku tak suka nak mencarut. Tapi, bila aku tengah marah... Hah! macam-macamlah keluar. Tak kiralah keluar dari mulut ataupun tulisanku.

Apakah aku???????????????? Adakah?....... Shit!

Astaghfirullahalazim!!.... mengucap banyak-banyak wei.... 

Actually, ada banyak lagi ayat-ayat dia yang buat aku marah tapi aku malas nak taip... Biarlah!



TWEET, MENTION, REPLY, DIRECT MESSAGE DAN RETWEET

Aku dan kamu pasti ada account twitter kan? Aku bukanlah nak bagi tutorial pasal twitter ni. Tapi, aku nak berkongsi sedikit dengan kamu. Kamu tau tak apa itu tweet? reply? direct message? retweet?... Ok! aku nak bercerita tentang apa yang aku tau pasal semua di atas. Ingat! aku bercerita berdasarkan pandangan aku semata-mata.

Tweet? Apa itu tweet? kalau tak tau, sila rujuk kamus.. hahaha! Taklah! Bagi aku tweet is.. status kita.. alah! macam dalam facebook tu.. update pasal status seharian kita.

Mention is conversation yang melibatkan kita.. Macam main tag-tag kat facebook tu.. Contohnya, bila aku nak bersembang dengan si @pu3mawar, aku akan mention her name dalam aku punya tweet..

Reply is conversation antara dua, tiga atau banyak pihak. Kalau aku cuma nak bersembang dengan @pu3mawar, aku just reply her tweets.. Contohnya, si @DianaKay10 tengah bersembang dengan @pu3mawar.. kalau aku nak menyampuk, aku akan gunakan button reply. Maknanya, sembang-sembang tersebut cuma akan ada dalam timeline kami bertiga. Dengan erti kata paling mudah, conversation tersebut hanya akan mengganggu timeline follower yang follow kami bertiga.. Ada faham?... 

Direct message pula adalah segala conversation antara dua pihak yang dianggap sangat sulit dan tak boleh dibaca oleh public. Biasanya DM akan digunakan bila ada isu-isu panas yang ingin dibincangkan. Bila isu tersebut release, maka akan muncullah pelbagai tweets yang pedas menyengat sampai ada yang terasa hati. 

Ok! bab yang last ni aku memang suka nak entry-kan. Apa pula retweet tu? Kamu tau? Aku yakin kamu tau. Kebanyakan para celebrity suka sangat dengan RT ni. Conversation sepatutnya berlaku di antara si celebrity dengan salah-seorang peminat (follower) beliau. Tapi si celebrity ni reply dengan menggunakan RT. Makanya, ia akan mengganggu timeline semua follower beliau. Ini adalah sangat tidak adil kepada mereka yang tidak terlibat dengan conversation tersebut. Bukan tak boleh guna langsung RT tu. Tapi, gunakanlah dengan cara berhemah. Kalau kamu nak kongsikan information yang kamu tau tapi orang lain tak tau... Hah! time tu kamu RT-lah.

Eh! betulkah? Apa-apa pun, kalau nak reply tweets. silalah gunakan button reply ye... Aku tak follow dia tapi kadang-kadang aku geram sebab ada orang RT conversation yang melibatkan dia..



There was an error in this gadget