PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

PINDAH!

Baru seminggu pindah rumah baru. Rumah yang aku dan Inchek Hubby beli dengan hasil titik-peluh kami bersama. Tak jauh dari rumah yang kami sewa sebelum ini. 5 minit perjalanan dari rumah sewa ke rumah tersebut. Sebelum ini, kami boleh keluar dari rumah dalam pukul 6.30 - 6.35 pagi. Tapi, sekarang kena keluar awal 10 minit sebab nak hantar Zahraa ke rumah pengasuh lagi. Jiran kat rumah sewa kami dulu tu. Maintain dengan dia je.. Senang cerita. Nak dijadikan cerita, aku sebenarnya tak sempat nak kemas barang-barang kat rumah lagi. Banyak juga ye barang-barang yang dibeli sepanjang 3 tahun usia perkahwinan kami. Tau tak apa yang paling banyak?.. Baju kurung dan tudung ok! Aku dah letak 1 almari  untuk baju kurung aku je.. Belum sempat kemas yang lain-lain lagi. Itu pun, aku rasa macam tak cukup ruang lagi. Banyaknya baju aku wei.. Itu baru baju aku je. Baju Inchek Hubby belum kemas lagi. Confirm! tak cukup tempat nak letak. Belum kira baju harian lagi.. Bilalah wardrobe baru nak sampai ni? Motif? 

Bosan bila rumah tak de siaran TV. TV besar bukan main tapi kosong je. Astro tak pasang-pasang lagi. Tunggu staff Astro call dulu nak set tarikh bagai. Penat ok! DVD Player yang baru beli tu pula rosak. Bertambah kebosanan kami di rumah. So, sekarang aktiviti malam kami adalah meronda pasaraya berhampiran. Oleh kerana my parents datang hari Jumaat ni, kenalah berhempas-pulas mengemas rumah. Malam ini nak ke kedai perabot lagi. Nak beli tilam tambahan. Takkanlah tetamu datang rumah nak tidur atas 'toto' je kan?... Ok! cukup cerita pasal rumah. Akan aku entry-kan di lain hari..

Bukan setakat pindah rumah je. Pejabat pun nak pindah juga. Coming soon, pejabat kami akan beroperasi di bangunan IPK Selangor yang baru. Dari hari Jumaat tu kami dah busy packing barang. Bersambung pula hari ni. Berganda-ganda lagi penatnya. Packing barang da hampir 90% selesai. Tapi, pindahnya tak tau lagi bila. Kotak dah sealed tapi buka balik sebab nak buat kerja. Nanti dah confirm nak pindah, seal balik je kotak tu.. Tak susah pun.

Bukan apa! semua benda dah masuk dalam kotak tapi pindahnya tak dengar khabar lagi. Nanti jiran-tetangga kat office ni ingat kami tak buat kerja pula. Itu yang gatal tangan pergi buka kotak tu. Tak nak orang kata macam-macam. Alah! bukan aku tak tau.. Aku buat kerja pun mereka tetap mengata juga. Biarkanlah mereka dengan ideology mereka...



0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget