PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

LAKSA SARAWAK

Laksa Sarawak juga merupakan salah-satu favorite food aku selain daripada bihun sup. Ok! tiba-tiba pula aku ada feeling rajin nak share something about this food.

Ok! Sebelum tu, aku nak tunjukkan  kamu gambar Laksa Sarawak.
laksasrwk
Ini Laksa Sarawak yang sudah dicampurkan dalam satu mangkuk.

Bahan-bahan yang diperlukan;
- 1 peket (200 gram) perencah laksa (aku paling suka guna brand ‘Hj.Manan)
- 500 gram udang
- 1ketul dada ayam (nak guna kiub ayam pun boleh)
- 1 peket Bihun (Laksa Sarawak tak pakai mi laksa ok!)
- 500 gram taugeh (aku tak suka taugeh, so.. aku pandai-pandai tukar dengan timun)
- 500 ml santan
- Garam secukup rasa
- Daun ketumbar
- 4 biji telur ayam (ikut suka hati masing-masing)
- 2 batang serai

Penyediaan kuah laksa;
- Rebuskan udang (dengan kulitnya sekali) dan ayam ke dalam 2 liter air. Setelah masak, keluarkan udang dan ayam tersebut dari air rebusan. Masukkan perencah laksa serta batang serai ke dalam air rebusan dan kacau dengan menggunakan api yang perlahan. Setelah mendidih, masukkan pati santan (biar cukup rasa lemaknya) dan kacau. Biarkan mendidih sebentar. Masukkan garam dan bahan perisa (jika perlu).

Penyediaan bahan-bahan;
- Bihun dicelur dengan air panas, kemudian dicelup ke dalam air sejuk sebentar. Taugeh dicelur, udang dikopek kulitnya dan isi ayam dicarik / dikoyak halus. Telur dipukul dan digoreng dadar, gulung dan hiris halus.
Lagi sedap kalau makan dengan sambal belacan… Penyediaan sambal belacan;
- Cili hidup dan sedikit belacan ditumbuk sekali. Sediakan buah limau kasturi dan hidangkan berasingan.

Cara menghidang;
- Masukkan bihun ke dalam pinggan / mangkuk. Masukkan taugeh, telur, isi ayam, udang dan 2-5 helai daun ketumbar ke dalam pinggan / mangkuk. Curahkan kuah ke dalam pinggan / mangkuk tadi. Untuk rasa yang lebih enak dan sedap, tambahkan sambal belacan yang telah disediakan tadi ke dalam pinggan / mangkuk. Perahkan limau jika mahu (tiada paksaan) – Dengan 1 peket perencah (200 gram), kamu boleh menyediakan sajian untuk 6-7 orang tetamu.

laksasrwk2

Selamat Mencuba!


4 cakap-cakap:

Cik SHiNJU said...

Laksa Swak nyaman...
Pernah makan kat area Satok..
x ingat dah nama kedainya...

princess_eryna said...

@Cik SHiNJU

favorite tuh.... ku bukan org sarawak tp ku suka mkn laksa sarawak... nyamankan?...

huzaifah said...

nyummy,,sedap ,,
nk cuba buat

princess_eryna said...

@huzaifah

nak cuba bleh je... tp laksa paste tuh bleh dpt kat sarawak jerr....

There was an error in this gadget