PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

HAKIKATNYA AKU BEGITU...

Aku suka senyap! Aku suka bersendiri.. Nak kata aku tak berkawan... aku berkawan juga. Tapi, aku memang memilih orang dalam berkawan. Aku tak berpegang pada prinsip ini 'Don't judge a book by its cover'... Sebab bagi aku, kalau orang-orang itu berpotensi untuk menikam dari belakang... baik aku tak payah berkawan dengan mereka dari awal.

Aku berpegang pada ayat-ayat ini 'begitu kamu lihat di luar, maka begitulah di dalamnya'... Biar orang kata aku kera sumbang.. Aku tak kisah! Walau pun aku jarang bercakap, tapi mata aku meliar... melihat keadaan sekeliling.. Mata ini boleh melihat kebenaran walaupun ketika telinga sedang diasak dengan pelbagai omong kosong. Mata ini mampu mengenali true color mereka.

Lebih baik aku diam kerana aku kenal diri-sendiri. Bila aku diam membisu, kamu jangan cuba memanaskan keadaan. Jangan cuba mencabarku. Aku bukanlah pantang dicabar. Aku hanya akan bertindak jika keadaan begitu mendesak. Tapi, bila aku mula bertindak... AWAS! Akan aku telanjangkan rahsia kamu satu demi satu... Ingat itu! Ini bukan ugutan... tapi, lebih kepada peringatan semata-mata. Jangan dijolok sarang tebuan.. 

Siapa kata aku tak pandai menyesuaikan diri dengan keadaan? Bukan aku tak pandai... bukan tak boleh.. cuma, aku sendiri yang memilih untuk terus begitu.. terus berdiam diri.. Biarlah orang kata susah nak dengar aku bersuara. Aku izinkan keadaan itu terus berlaku.. Biarkan aku begitu.. Aku sedar, bila aku diam menyendiri... orang tetap akan memperkatakan tentang aku... tapi, bila aku mula buka mulut.... aku tetap akan diperkata juga.. Shit!.. 

Cis! perasan diri hebat diperkata.. Mungkin itu cuma delusi semata.... Biarlah!............




4 cakap-cakap:

Chiey Memey said...

wa i luv it ,,
kata2 bernas ,,,

princess_eryna said...

@Chiey Memey

kata2 mana 1 yg bernas???...

Rie said...

just be yourself then.
xyah pedulikan org lain :)

princess_eryna said...

@Rie

yes... you're rite!!...

There was an error in this gadget