PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

BUNGA RAYA (entry untuk Cikgu Isza)

"cikgu isza said...  kat tempat akak ni masih banyak bunga raya, depan rumah pun ada :), tapi memang betul.. banyaknya takdalah terlampau banyak sampai anak murid nak lukis bunga raya yang mudah dan warnakan dengan warna apa pun tak tahu.."
 
Ingat lagi tak komen ni? Ok! Kalau kamu baca entry ini, kamu akan jumpa ia di situ. Kesiankan bila budak-budak tak kenal dan tak tahu nak warnakan bunga raya. Siapa yang patut dipersalahkan bila keadaan ini berlaku? 

Ok! Sedikit info tentang bunga raya. 
 
Nama jolokan bagi bunga raya ialah Bunga kasut (shoe flower), Chinese hibiscus. Dan, nama saintifik bunga raya ialah Hibiscus rosa sinensis. Eh! jangan terkejut.. bunga raya pun ada nama keluarga tau. Nama keluarga bagi bunga raya ialah Malvaceae. Dan, bunga-bunga ini berasal dari negara China.
 
Tahu tak bunga raya juga dinamakan dengan nama orang kenamaan?
- Hibiscus rosa sinensis 'Dr. Mahathir'
- Hibiscus rosa sinensis 'Dr. Siti Hasmah'
 
YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj  telah menjadikan Bunga Raya 'Hibiscus rosa sinensis ' sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960. Warna merah membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat berani menempuh cabaran manakala kepelbagaian bunga raya dari segi bentuk, warna dan ukuran melambangkan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya yang hidup dalam harmoni.

Ihsan : Google

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pokok Bunga Raya ini boleh ditanam dengan menggunakan keratan batang, pokok ini berbunga sepanjang tahun. 
 
So, lepas ni bolehlah anak murid cikgu isza warnakan bunga raya ye.. 

1 cakap-cakap:

cikgu isza said...

yang jadi masalahnya bunga raya yang dipilih sebagai bunga kebangsaan. Warnanya merah menyala... bukan pink.. bukan maroon dsb. Itu yang anak-anak ni tak faham..

Bukan nak timbul isu - Jangan anak-anak jadi mangsa | Semekar Kasih

There was an error in this gadget