PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

BUKALAH MATA!

 Maaf! hari ini aku tidak berniat untuk mendajalkan sesiapa. Tapi, aku mahu seseorang itu sedar akan kebenaran. Bukalah mata! Pandang dengan mata hati. Bukan ingin menghasut. Tak terniat! Cuma, mahu kamu sedar dari lena yang panjang. Jangan sampai kamu dipijak kepala. Dia baru tunang. Belum jadi isteri kamu lagi. Tolonglah! kamu masih ada masa untuk mengajar dia tentang adab sopan. Kamu lelaki. Jangan biarkan kamu dibayangi oleh dia. 

Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!RM1.00 per friend invited.

Lelaki jenis apakah kamu kalau tidak pandai menasihatkan tunang kamu? Jangan main tuduh-tuduh je. Dan, kamu! Sudah tahu diri itu sedang bertunang, janganlah kenyit mata dengan perempuan lain pula. Memang aku yang hantar sms kat handphone tunang kamu. Tujuan aku cuma satu. Aku nak tunang kamu perelokkan bahasa yang digunakan. Kalau kamu baca entry sebelum ini, kamu pasti akan nampak apakah masalah tunang kamu. Tunang kamu itu sememangnya sangat kurang ajar! Mana perginya kesopanan seorang wanita? Perempuan seperti itukah yang ingin kamu jadikan sebagai isteri? 

Kalaulah aku boleh publish kat sini apa sms yang tunang kamu hantar kat adik tu... aku rasa kamu akan malu sendiri nanti. Bak kata Kak Nurul "sifir mencarut" tak sudah-sudah. Setiap sms yang dihantar... setiap balasan yang diterima.. pasti ada saja perkataan mencarut. Aku nak je tulis apa yang tunang kamu mencarut kat adik tu. Tapi, aku masih lagi sedar diri! Dan, aku cuma nasihatkan kamu secara dewasa seperti yang kamu mahukan.  
Kalau begitu gayanya, lepas kahwin nanti... pasti dia tidak hormatkan kamu... Fikir-fikirkan! Aku bukan menghasut tapi aku mahu kamu tahu apa itu kebenaran. Cara kamu tidak akan menyelesaikan masalah. Apa yang patut kamu buat adalah sekolahkan tunang kamu itu. Mula-mula sekali, kurangkan mencarut! Akhir sekali, kamu jadikanlah dia seorang perempuan yang solehah. Bagaimana caranya? Terpulang kepada kamu asalkan ia tidak mendatangkan masalah kepada orang lain.

0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget