PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

PES LAKSA SARAWAK

Ingat lagi tak dengan entry ini?

Ok! sekarang aku nak tunjuk gambar pes laksa Sarawak pula.




























Aku selalu minta tolong kawan-kawan dari Sarawak untuk dapatkan pes ini. Ada beberapa jenis yang aku dah cuba. Tapi, tekak aku tak boleh terima pes yang lain selain daripada pes laksa Hj. Manan. Supplier yang aku selalu contact untuk dapatkan pes Hj.Manan adalah Kak Leha. Nak contact dia? Owh! maaf... dia bukanlah supplier dalam erti kata perniagaan yang sebenarnya. Dia adalah office-mate aku kat Labor Office dulu. Dia adalah orang Sarawak. Dan, setiap kali dia balik Sarawak... aku pasti akan minta pertolongan dia untuk membeli pes tersebut. Tapi, sekarang aku punya supplier ni dah transfer balik Sarawak. Susahlah nak dapat supply. Nak kena cari supplier baru ni.

Selain daripada Kak Leha, aku ada juga minta pertolongan kawan lain dari Sarawak. Dia adalah Chriss Shirliot. Dia merupakan salah-seorang peserta kursus Induksi 2004. Sama dengan aku. Tapi, dengan dia aku takkan dapat brand Hj.Manan. Aku akan dapat brand lain. 

So, dengan ini... aku nak tanya kamu semua... Siapa di antara kamu yang boleh supply pes Hj.Manan kat aku? Aku nak sangat. Dah lama aku tak makan laksa Sarawak tau.. Kalau tak dapat supplier sampai pertengahan tahun ni, maknanya tak de laksa Sarawaklah raya nanti... Itu dah jadi macam trademark aku dah tu.. Lupa! tahun ni aku beraya di Sabah. Jangan marah erk... Memang takkan adalah laksa Sarawak tu... Tapi, kalaulah tiba-tiba aku mengidam nak makan laksa Sarawak... apa nak buat tu?.. Maknanya kamu semua kena cari supplier untuk aku time tu ok!




PINDAH!

Baru seminggu pindah rumah baru. Rumah yang aku dan Inchek Hubby beli dengan hasil titik-peluh kami bersama. Tak jauh dari rumah yang kami sewa sebelum ini. 5 minit perjalanan dari rumah sewa ke rumah tersebut. Sebelum ini, kami boleh keluar dari rumah dalam pukul 6.30 - 6.35 pagi. Tapi, sekarang kena keluar awal 10 minit sebab nak hantar Zahraa ke rumah pengasuh lagi. Jiran kat rumah sewa kami dulu tu. Maintain dengan dia je.. Senang cerita. Nak dijadikan cerita, aku sebenarnya tak sempat nak kemas barang-barang kat rumah lagi. Banyak juga ye barang-barang yang dibeli sepanjang 3 tahun usia perkahwinan kami. Tau tak apa yang paling banyak?.. Baju kurung dan tudung ok! Aku dah letak 1 almari  untuk baju kurung aku je.. Belum sempat kemas yang lain-lain lagi. Itu pun, aku rasa macam tak cukup ruang lagi. Banyaknya baju aku wei.. Itu baru baju aku je. Baju Inchek Hubby belum kemas lagi. Confirm! tak cukup tempat nak letak. Belum kira baju harian lagi.. Bilalah wardrobe baru nak sampai ni? Motif? 

Bosan bila rumah tak de siaran TV. TV besar bukan main tapi kosong je. Astro tak pasang-pasang lagi. Tunggu staff Astro call dulu nak set tarikh bagai. Penat ok! DVD Player yang baru beli tu pula rosak. Bertambah kebosanan kami di rumah. So, sekarang aktiviti malam kami adalah meronda pasaraya berhampiran. Oleh kerana my parents datang hari Jumaat ni, kenalah berhempas-pulas mengemas rumah. Malam ini nak ke kedai perabot lagi. Nak beli tilam tambahan. Takkanlah tetamu datang rumah nak tidur atas 'toto' je kan?... Ok! cukup cerita pasal rumah. Akan aku entry-kan di lain hari..

Bukan setakat pindah rumah je. Pejabat pun nak pindah juga. Coming soon, pejabat kami akan beroperasi di bangunan IPK Selangor yang baru. Dari hari Jumaat tu kami dah busy packing barang. Bersambung pula hari ni. Berganda-ganda lagi penatnya. Packing barang da hampir 90% selesai. Tapi, pindahnya tak tau lagi bila. Kotak dah sealed tapi buka balik sebab nak buat kerja. Nanti dah confirm nak pindah, seal balik je kotak tu.. Tak susah pun.

Bukan apa! semua benda dah masuk dalam kotak tapi pindahnya tak dengar khabar lagi. Nanti jiran-tetangga kat office ni ingat kami tak buat kerja pula. Itu yang gatal tangan pergi buka kotak tu. Tak nak orang kata macam-macam. Alah! bukan aku tak tau.. Aku buat kerja pun mereka tetap mengata juga. Biarkanlah mereka dengan ideology mereka...



VAIO ATAU AIWA?

Dah lama aku nak update pasal ni.. tapi, aku selalu lupa. Kalau aku tak lupa, mesti aku penat.. Bila aku penat, maknanya, tiadalah update. Ceritanya begini..... Last two weeks punya cerita, kalau aku tak silap. Aku lepak kat surau office sementara menunggu Inchek Hubby datang jemput. Macam biasa, aku mesti on netbook. Bosan ok!

Sebelum tu, aku nak tanya 1 soalan je. Kalau kamu tengok gambar di bawah ni, kamu nampak VAIO atau AIWA?

























Aku tak pandai nak olah ayat nak bagi cantik. Apa kata kalau kamu baca je perbualan di bawah ye...

akak tu : Aiwa tu sekarang berapa harga erk?... 

Aku : ...(buat-buat terkejut).... Hah! Aiwa?... 

Akak tu : (confident jawab) : tu notepad yang awak pakai tu....

Aku : Oh! ni HP je kak... tak mampu saya nak beli vaio.. Saya tukar skin je...

Akak tu : Owh.... vaio erk? akak ingat aiwa... salah baca. 

Dan-dan salah baca..  dan-dan tu juga aku tweet-kan.

Hurmmm.... aiwa tu bukan jenama radio ke? seingat aku, aku pernah ada walkman aiwa... Notepad tu pula, aku selalu jumpa kat dalam accessories.. Kalau tak percaya, try-lah cari.

1. On PC

2. Click Start

3. All programs

4. Cari accessories... hah! nampak tak? kan ada tulis notepad kat situ?

Aduh! entah apa yang aku update ni?.... Kepala tengah tak betul. Sakit hati sebab rumah aku bukan di wilayah Celcom.. Aku dengan Inchek Hubby pakai Celcom broadband tapi dua-dua pun tak boleh guna. Kalau nak guna juga... kena bangun pukul 3.00 pagi.... Gila! Dah nak pergi kerja. Kena bangun pukul 3.00 pagi semata-mata nak online. Tak kuasa aku! Baik aku tidur.





KALAU AKU KAYA..

Kalau aku kaya, apa aku nak buat erk? Kamu tahu? Hurmmm... kamu mesti tak tahu kan? Sebab aku sendiri pun tak tahu apa aku nak buat kalau aku kaya. Harap-harap bila aku kaya nanti, aku tak lupa diri.. tak lupa asal-usul... tak lupa keluarga.. yang penting, tak lupa agama.

Kalau aku kaya, akan aku dirikan sebuah istana dan menjemput kedua orang tuaku tinggal bersama.. akan aku sediakan pembantu rumah agar mereka dapat berehat secukupnya. Akan aku sediakan segalanya untuk mereka kerana mereka telah banyak berkorban untukku. Menghabiskan wang ringgit demi membesarkan kami adik-beradik... Aku ingin lihat mereka bahagia... Aku ingin lihat mereka tersenyum gembira.... Tapi, apakan daya? itu cuma angan-angan kosong belaka. 

Kalau aku kaya, akan aku kongsikan kekayaanku itu dengan mereka yang benar-benar memerlukan. Insya Allah! Akan aku agih-agihkan sebahagian daripada kekayaanku untuk rumah-rumah anak yatim. Tapi, aku tak nak menderma kepada mereka yang selalu minta derma di stesen-stesen minyak. Aku bukan tak kesian melihat mereka. Tapi, aku bimbang mereka dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan dengan mudah.. Apa-apa pun, itu cuma sekadar impian kosong. Tidak mampu aku menggapainya.

Kalau aku kaya, pastinya aku sudah bergelar jutawan ataupun hartawankan? Kamu tahu apa maksudnya? Maksudnya aku sekarang sedang berangan-angan untuk menjadi orang kaya.. Hahaha! Berangan-angan adalah salah-satu terapi release tension tau! Bukan main-main.. Dalam angan-angan je kita boleh membuatkan jalan cerita jadi menarik kerana segalanya di bawah kawalan kita sendiri. Kita pengarah. Kita pelakon. kita penulis skrip.

Kalau kamu jadi kaya, apa yang akan kamu lakukan?



SIAPA LAGI KUAT MEMBEBEL

Siapa lagi kuat membebel? Bukan aku yang tanya tapi Bro Framestone yang suruh aku tanya. Tak percaya? Pergi check kat sini.

























Bro Framestone ada bagi beberapa contoh soalan yang perlu aku masukkan dalam entry ini. So, disebabkan aku memang malas nak fikir soalan-soalan lain... aku pun jawab je ikut apa yang Bro Framestone tanya.

Siapa yang paling kuat membebel dalam hidup anda?

Dalam hidup aku? Tak kiralah siapa pun dia kan? Janji dia ada kena-mengena dalam kehidupan harian aku.. Dia tak de kena-mengena dengan aku. Dia bukan saudara aku. Tapi, aku terpaksa dengar dia membebel hari-hari dalam telefon. Nak tahu siapa dia? Dia adalah..... Miss Cathy (Bukan nama sebenar).

Apakah punca mereka membebel?

Actually, aku pun tak tahu apa punca dia suka membebel. Kadang-kadang dia akan ulang perkara yang sama. Sampai aku dan yang lain-lain naik bosan. Bosan untuk mendengar suaranya. Mendengar namanya pun kami tak sanggup. Secara peribadi, aku rasakan yang Miss Cathy ni suka membebel kerana dia tiada life macam orang lain. Dia tak de suami yang boleh membelai. Dan, tiada anak yang boleh dibelai. Dia sentiasa mencari kesalahan dan kesilapan orang lain dan mulalah membebel tanpa sebab.

Apa anda buat bila dibebelkan?

Tak mahu bebelan berpanjangan.. ikutkan sahaja kehendaknya. Jangan dibantah atau dibangkang kehendaknya. Kalau tidak, semakin panjanglah dia membebel. Pekakkan telinga. Buat-buat tak dengar setiap patah perkataan yang dia keluarkan. 

Seperti di awal tadi, aku dah inform yang aku malas nak create pertanyaan... So, cukuplah sampai di sini sahaja untuk hari ini. 

-------------------------------------------
Aku cukup tak suka orang yang rajin membebel ni kerana aku bukan seorang yang suka membebel. Aku kan pendiam a.k.a pemalu.... hahahaa.... Tapi, Inchek Hubby memang kuat bebel... better than me.. hahaa...


BUNGA RAYA (entry untuk Cikgu Isza)

"cikgu isza said...  kat tempat akak ni masih banyak bunga raya, depan rumah pun ada :), tapi memang betul.. banyaknya takdalah terlampau banyak sampai anak murid nak lukis bunga raya yang mudah dan warnakan dengan warna apa pun tak tahu.."
 
Ingat lagi tak komen ni? Ok! Kalau kamu baca entry ini, kamu akan jumpa ia di situ. Kesiankan bila budak-budak tak kenal dan tak tahu nak warnakan bunga raya. Siapa yang patut dipersalahkan bila keadaan ini berlaku? 

Ok! Sedikit info tentang bunga raya. 
 
Nama jolokan bagi bunga raya ialah Bunga kasut (shoe flower), Chinese hibiscus. Dan, nama saintifik bunga raya ialah Hibiscus rosa sinensis. Eh! jangan terkejut.. bunga raya pun ada nama keluarga tau. Nama keluarga bagi bunga raya ialah Malvaceae. Dan, bunga-bunga ini berasal dari negara China.
 
Tahu tak bunga raya juga dinamakan dengan nama orang kenamaan?
- Hibiscus rosa sinensis 'Dr. Mahathir'
- Hibiscus rosa sinensis 'Dr. Siti Hasmah'
 
YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj  telah menjadikan Bunga Raya 'Hibiscus rosa sinensis ' sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960. Warna merah membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat berani menempuh cabaran manakala kepelbagaian bunga raya dari segi bentuk, warna dan ukuran melambangkan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya yang hidup dalam harmoni.

Ihsan : Google

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pokok Bunga Raya ini boleh ditanam dengan menggunakan keratan batang, pokok ini berbunga sepanjang tahun. 
 
So, lepas ni bolehlah anak murid cikgu isza warnakan bunga raya ye.. 

CHAPTER 2 : CONTINUED! (study mood)

3 branches of the Classical Approaches.


Scientific Management

- by Frederick Winslow Taylor (Father of Scientific Management)

- based on production line time studies.


Principles ;

- Assign all responsibility for the organization of work to managers rather than workers.

- Use scientific methods to determine the one best may performing each task.
- Select the person most suited to each job to perform that job.
- Train the workers to perform the job correctly.
- Monitor work performance to ensure that specified work procedures are followed correctly and that appropriate results are achieved.
- Provide further support by planning work assignments and eliminating interruptions.


Benefits ;


- Its rational approach to the organization of work enabled tasks and processes to be measured with a considerable degree of accuracy.
- Measurement of tasks and processes provide useful information on which to base improvements in working methods.
- By improving working methods it bought enormous increases in productivity.
- It enabled employees to be paid by results and to take advantage of incentive systems.
- It stimulated management in adopting a more positive roles in leadership at the shop floor level.
- It contributed to major improvements in physical working conditions for employees.
- It provided the foundations on which modern work study and other qualitative techniques could be soundly based.

Drawbacks ;


- It reduced the worker's role to that of rigid adherence to methods and procedures over which he had no discretion.
- It led to the fragmentation of work on account of its emphasis on the analysis and organization of individual tasks or operations.
- It generated a 'carrot and stick' approach to the motivation of employees by enabling pay to be geared tightly to output.
- It put the planning and control of workplace activities exclusively in the hands of the management.
- It ruled out any realistic bargaining about wage-rates since every job was measured, timed and rated 'scientifically'.
----------------------------------------

Administrative Principles Management

- Henri Fayol (French Industrialist)

Principles ;

Division of labor - the more people specialize, the more efficiency they can perform their work.
Authority - managers have the right, the authority, to give orders to get things done.
Discipline - members of an organization need to respect the rules and agreements that govern it.
Unity of command - each employee must receiver instructions about a particular operation from only one person to avoid conflicting instructions and confusion. 
Unity of direction - managers should coordinate the efforts of employees working on projects, but only one should be responsible for an employee's behavior.
Common goal - the interests of individual employees should not take precedence over the interests of the entire organization.
Remuneration - pay for work done should be fair to both the employee and employer.
Centralization - managers should retain final responsibility but should also give their subordinates enough authority to do their jobs properly. 
Scalar chain - a single uninterrupted line of authority should run rank to rank from top management to the lowest level position in the company.
Order - materials and people should be in the right place at the right time. People should be in the jobs or positions best suited to them.
Equity - managers should be both friendly and fair to their subordinates.
Stability and tenure of staff - a high rate of employee turnover is not efficient.
Initiative - subordinates should be given the freedom to formulate and carry out their own plans.
Esprit de corps - promoting team spirits gives the organization a sense of unity. 

Criticism to Scientific Management ;

- Fail to appreciate the social context of work and higher needs of workers.
- Manager called it unwarranted interference in managerial prerogatives.
- Workers resisted it. In Taylor's testimony in 1912, he said that unions are really not needed.
- Fails to acknowledge the variance among individuals.
- Fails to recognize the ideas and suggestions of workers.
--------------------------------------------------------

Bureaucratic Organization / Management.

- Max Weber (German Social historian).
Characteristics ; 

Rules - formal guidelines for the behavior of employees while they are on the jobs.
Impersonality - all employees are evaluated according to rules and objectives data such sales or units produced.
Division of labor - the process dividing duties into simpler, more specialized tasks.
Hierarchical structure - a well defined hierarchy helps control the behavior of employees by making clear to each exactly where he/she stands in the organization.
Authority structure - determines who has the right to make decisions of varying importance at different levels within the organization.
Lifelong career commitment - job security is guaranteed as long as the employee is technically qualified and performs satisfactorily.
Rationality - managers in a bureaucratic management system operate logically and scientifically with all decisions leading directly to achieving the organization's goals.

Source : Principles and Practice of Management (Text book).


BUKALAH MATA!

 Maaf! hari ini aku tidak berniat untuk mendajalkan sesiapa. Tapi, aku mahu seseorang itu sedar akan kebenaran. Bukalah mata! Pandang dengan mata hati. Bukan ingin menghasut. Tak terniat! Cuma, mahu kamu sedar dari lena yang panjang. Jangan sampai kamu dipijak kepala. Dia baru tunang. Belum jadi isteri kamu lagi. Tolonglah! kamu masih ada masa untuk mengajar dia tentang adab sopan. Kamu lelaki. Jangan biarkan kamu dibayangi oleh dia. 

Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!RM1.00 per friend invited.

Lelaki jenis apakah kamu kalau tidak pandai menasihatkan tunang kamu? Jangan main tuduh-tuduh je. Dan, kamu! Sudah tahu diri itu sedang bertunang, janganlah kenyit mata dengan perempuan lain pula. Memang aku yang hantar sms kat handphone tunang kamu. Tujuan aku cuma satu. Aku nak tunang kamu perelokkan bahasa yang digunakan. Kalau kamu baca entry sebelum ini, kamu pasti akan nampak apakah masalah tunang kamu. Tunang kamu itu sememangnya sangat kurang ajar! Mana perginya kesopanan seorang wanita? Perempuan seperti itukah yang ingin kamu jadikan sebagai isteri? 

Kalaulah aku boleh publish kat sini apa sms yang tunang kamu hantar kat adik tu... aku rasa kamu akan malu sendiri nanti. Bak kata Kak Nurul "sifir mencarut" tak sudah-sudah. Setiap sms yang dihantar... setiap balasan yang diterima.. pasti ada saja perkataan mencarut. Aku nak je tulis apa yang tunang kamu mencarut kat adik tu. Tapi, aku masih lagi sedar diri! Dan, aku cuma nasihatkan kamu secara dewasa seperti yang kamu mahukan.  
Kalau begitu gayanya, lepas kahwin nanti... pasti dia tidak hormatkan kamu... Fikir-fikirkan! Aku bukan menghasut tapi aku mahu kamu tahu apa itu kebenaran. Cara kamu tidak akan menyelesaikan masalah. Apa yang patut kamu buat adalah sekolahkan tunang kamu itu. Mula-mula sekali, kurangkan mencarut! Akhir sekali, kamu jadikanlah dia seorang perempuan yang solehah. Bagaimana caranya? Terpulang kepada kamu asalkan ia tidak mendatangkan masalah kepada orang lain.

BILA AKU KEMBALI MENDAJALKAN ORANG

Actually, aku bukanlah suka sangat nak mendajalkan orang... Tapi, sesekali nak mendajalkan orang yang kurang ajar.. aku no problem! Aku dah lama tak mendajalkan orang. Aku buat macam ni pun ada sebabnya. Malas nak cerita panjang.. Layan perbualan ini ye... Aku tulis sebiji-sebiji sama macam dalam sms.. Nama dan tempat je yang aku ubah...

Aku : Abg Jul tgh mkn ngan awek..

Jal : Spe plak ni?

Dan-dan call aku...

Aku : I informer je.. X yah la call2 I.. I x nak dikenali.. Nak kawan x?

Jal : Setan, ko ingat aku tkt pe yg kO ckp!kO msti B kn?!! Klu kO nk wat repOrt yg aku maki2 kO, skng gk aku wat repOrt kO kcu idup aku..!kO tgu aku kat bangunan buruk tu..

Aku : Bahasa melambangkan bangsa. Eh! U nujum eh? Sape plak minah name B ni? Nape I x tau ye? Eh! Abg Jul da pindah bangunan buruk ke? I ingat dia dtg msyrt je kat cnie..

Jal : X pyh nk jd setan,gampang, bOhsia lah cilake! Sblm kO jahanam kn aku n Jul, aku akn jahanam kn kO dlu.. juz wait n see..

Aku : Patutlah Jul mnggatal ngan awek lain.. Mcm ni prangai tunang dia.. Hurmm.. U br tunang.. Blom jd bini lg.. Isk..isk..isk... Kesian dia dpt tunang prangai cam gini..

Jal : Klu aku check nO kO ni, n aku tau spe je kO.. Hmm, kO mmg naya lah....

Jal : Whtever..!aku klu dpt kO, mmg aku bunuh ko slOw2..! Aku tau kO B yg setan tu.. Xpe, kO wat lah pe ko sk.. slOw2 kO akn t'sksa sbb m'gcu aku.. Ingat ek gampang

Aku : Nak bomohkn I erk? Kalo ade ape2 jd kat I.. U yg wat kat I tu.. I x suspect org lain da.. U ni mental la..

Jal : Aku xkn lyn Org yg nk rOsak kn hgan Org ni...! Ko akn kne nnt B, kO akn kne..

Call aku lagi.... berkali-kali pula tu....

Aku : X yah la call I.. I mls nak angkat.. I saje je nak psiko u..

Jal : Ko akn kne nnt, t'msuk family kO aku akn keje kn!!kO tgu jelah. sbb kO kcu slh Org..

Aku : X baik fitnah tuduh2 berdosa.. I nak tolong pun da kira baik.... Muahahaha...

Jal : Ko ni yg kne msuk kat hsptal tmpOi tu, whtever lah setan.. Ko akn bahagia skng sbb kcu aku, tp d'saat kO t'sksa nnt kO jgn dtg tuk mnx maaf kat aku! Kjb je lg aku akn tau spe kO.. Juz wait n see kO akn mti pelahan2..

Aku : Wat pe nak mintak maaf kat u? Euww! X kuasa la I..

Aku : U da call maxis? Eh! Lupe la.. No je 012... Mane tau kot2 I da tuka line celcom ke.. Digi ke...

------------------------

Aku rasa menyesal pula layan budak psycho ni.. Aku tulis lain, dia reply lain.. Dia ni sekolah darjah berapa ye?.. Mengeja pun tak pandai... kesian..kesian... Serious! aku tak faham sepatah haram apa yang dia sms aku.. Cikgu aku kat sekolah dulu pun tak pernah ajar aku mengeja macam tu.. Patut report kat Dewan Bahasa dan Pustaka ni.. Tengok! dia tak tahu pun aku yang sms dia.. Boleh pula dia tuduh orang yang tak de sangkut-paut dalam ini cerita. Dahlah bahasa yang digunakan pun macam kurap. Aku tak de pun menggampangkan atau mencelakakan dia... Kalau akulah yang jadi tunang dia.. dah lama aku tinggal.. Bukan sebab dia tak cantik.. tapi, sebab attitude dia. Perempuan macam ni tak layak jadi tunang sesiapa. Jenis yang tak hormat orang lain.. Hurmm... Entah-entah abang Jul tu dah kena bomoh dengan dia kot... Suka hatilah!... Malas nak cakap pasal dia dah.. Tapi, kalau dia kacau kawan aku tu lagi... Hah! siaplah... tahulah apa aku nak buat kat dia...

Kamu boleh perhati dan bandingkan sms yang aku hantar dan tengok macam mana dia reply? So rude kan?

LAKSA SARAWAK

Laksa Sarawak juga merupakan salah-satu favorite food aku selain daripada bihun sup. Ok! tiba-tiba pula aku ada feeling rajin nak share something about this food.

Ok! Sebelum tu, aku nak tunjukkan  kamu gambar Laksa Sarawak.
laksasrwk
Ini Laksa Sarawak yang sudah dicampurkan dalam satu mangkuk.

Bahan-bahan yang diperlukan;
- 1 peket (200 gram) perencah laksa (aku paling suka guna brand ‘Hj.Manan)
- 500 gram udang
- 1ketul dada ayam (nak guna kiub ayam pun boleh)
- 1 peket Bihun (Laksa Sarawak tak pakai mi laksa ok!)
- 500 gram taugeh (aku tak suka taugeh, so.. aku pandai-pandai tukar dengan timun)
- 500 ml santan
- Garam secukup rasa
- Daun ketumbar
- 4 biji telur ayam (ikut suka hati masing-masing)
- 2 batang serai

Penyediaan kuah laksa;
- Rebuskan udang (dengan kulitnya sekali) dan ayam ke dalam 2 liter air. Setelah masak, keluarkan udang dan ayam tersebut dari air rebusan. Masukkan perencah laksa serta batang serai ke dalam air rebusan dan kacau dengan menggunakan api yang perlahan. Setelah mendidih, masukkan pati santan (biar cukup rasa lemaknya) dan kacau. Biarkan mendidih sebentar. Masukkan garam dan bahan perisa (jika perlu).

Penyediaan bahan-bahan;
- Bihun dicelur dengan air panas, kemudian dicelup ke dalam air sejuk sebentar. Taugeh dicelur, udang dikopek kulitnya dan isi ayam dicarik / dikoyak halus. Telur dipukul dan digoreng dadar, gulung dan hiris halus.
Lagi sedap kalau makan dengan sambal belacan… Penyediaan sambal belacan;
- Cili hidup dan sedikit belacan ditumbuk sekali. Sediakan buah limau kasturi dan hidangkan berasingan.

Cara menghidang;
- Masukkan bihun ke dalam pinggan / mangkuk. Masukkan taugeh, telur, isi ayam, udang dan 2-5 helai daun ketumbar ke dalam pinggan / mangkuk. Curahkan kuah ke dalam pinggan / mangkuk tadi. Untuk rasa yang lebih enak dan sedap, tambahkan sambal belacan yang telah disediakan tadi ke dalam pinggan / mangkuk. Perahkan limau jika mahu (tiada paksaan) – Dengan 1 peket perencah (200 gram), kamu boleh menyediakan sajian untuk 6-7 orang tetamu.

laksasrwk2

Selamat Mencuba!


#CelcomEveryone sale is back! Awesome discounts for the new phone & gadgets. More ->

#CelcomEveryone sale is back! Awesome discounts for the new phone & gadgets. More ->

Aku dah grab 1.. Kamu bila lagi?...Aku dapat HP Mini dengan harga RM838.00 + broadband 3g RM68.00 sebulan (Rebat RM10.00 untuk 6 bulan) + registration RM100.. Mana nak dapat harga murah macam tu kan?...Cepat! Kamu masih ada peluang sehingga 31/03/2011 kalau aku tak silaplah erk..Mahu bukti? Aku akan uploadkan gambar HP Mini + receipt pembelian dalam entry yang akan datang.........

KASUT RM0.50

Sebenarnya entry ni dah lama aku peram dalam draft. Tak tahu bila nak publish sebab tak upload-kan gambar lagi. So, sementara rajin nak update blog ni…. baik aku edit dan publish

Berbalik kepada cerita kasut RM0.50 tadi.. Aku dan Kak Nurul pergi makan kat salah sebuah bangunan di Segi Tiga Cuci Mata.. Mesti kamu nak tahu Segi Tiga tu di mana kan??… Actually, aku je yang pandai-pandai letak nama Segi Tiga tu… Aku letak nama tu sebab di situ ada Kompleks PKNS, SACC Mall dan Plaza Alam Setan Sentral… Maka, wujudlah nama Segi Tiga Cuci Mata… Hehehe… Jangan marah!..

Ok! Ok!…nak aku tunjuk gambar kasut RM0.50 tu erk?… Jap! aku cari dulu… lupa letak kar file mana… hehehee…. Sorry!.. Hah! dah jumpa…. aku upload sekarang…

kasut50sen3
Nampak receipt tu? Nampak tak kasut tu? Kasut tu memanglah kasut murah.. Pedulilah orang nak cakap apa pun… Dah kasut murahkan… kalau rosak, tak de lah ralat sangat… Nanti boleh beli lain… hehhee… Kalau kasut aku beli mahal-mahal, lepas tu rosak…. memang aku makan hati.. Tapi, dalam hati tu dah set target nak beli kasut Charles & Keith pula lepas ni.. Aku dah survey kat Empire, Subang.. Harga pun masih di tahap kemampuan aku…

Tak jelas erk gambar tu? Ok! aku tunjuk gambar kasut sekali lagi..

kasut50sen
Nampak?

kasut50sen2
Nampak?..

Actually, aku lebih berminat dengan boots yang tirus dan runcing di bahagian hadapan tu…. Tapi, aku tak jumpa.. Terpaksalah aku beli juga kasut ni.. Padahal, kasut kat rumah berlambak lagi tak pakai-pakai. Kalau Inchek Hubby tahu aku beli kasut lagi… habislah kena ceramah.


HAKIKATNYA AKU BEGITU...

Aku suka senyap! Aku suka bersendiri.. Nak kata aku tak berkawan... aku berkawan juga. Tapi, aku memang memilih orang dalam berkawan. Aku tak berpegang pada prinsip ini 'Don't judge a book by its cover'... Sebab bagi aku, kalau orang-orang itu berpotensi untuk menikam dari belakang... baik aku tak payah berkawan dengan mereka dari awal.

Aku berpegang pada ayat-ayat ini 'begitu kamu lihat di luar, maka begitulah di dalamnya'... Biar orang kata aku kera sumbang.. Aku tak kisah! Walau pun aku jarang bercakap, tapi mata aku meliar... melihat keadaan sekeliling.. Mata ini boleh melihat kebenaran walaupun ketika telinga sedang diasak dengan pelbagai omong kosong. Mata ini mampu mengenali true color mereka.

Lebih baik aku diam kerana aku kenal diri-sendiri. Bila aku diam membisu, kamu jangan cuba memanaskan keadaan. Jangan cuba mencabarku. Aku bukanlah pantang dicabar. Aku hanya akan bertindak jika keadaan begitu mendesak. Tapi, bila aku mula bertindak... AWAS! Akan aku telanjangkan rahsia kamu satu demi satu... Ingat itu! Ini bukan ugutan... tapi, lebih kepada peringatan semata-mata. Jangan dijolok sarang tebuan.. 

Siapa kata aku tak pandai menyesuaikan diri dengan keadaan? Bukan aku tak pandai... bukan tak boleh.. cuma, aku sendiri yang memilih untuk terus begitu.. terus berdiam diri.. Biarlah orang kata susah nak dengar aku bersuara. Aku izinkan keadaan itu terus berlaku.. Biarkan aku begitu.. Aku sedar, bila aku diam menyendiri... orang tetap akan memperkatakan tentang aku... tapi, bila aku mula buka mulut.... aku tetap akan diperkata juga.. Shit!.. 

Cis! perasan diri hebat diperkata.. Mungkin itu cuma delusi semata.... Biarlah!............




CHAPTER 2 : EVOLUTION OF MANAGEMENT THOUGHT (study mood)


Classical Approach.

Nature of solutions - Rational allocations of work for efficient specialization and authority structure to maintain control and coordination.
Means - Principles drawn from experience.
Factors studied - Nature of work undertaken, specialization, workloads, authority, responsibility.
Background influence - Military, engineering, physiology, classical economics.

Human Relations / Resources.

Nature of solutions - Arrangements that evoke cooperation.
Means - Worksgroup  participation in decisions that affect them.
Factors studied - Individual wants and needs, behavior of workgroups, supervisory behavior, intergroup behavior.
Background influence - Social, psychology, sociology.

Modern Approach.

Nature of solutions - Minimizing communications.
Means - Decisions, analysis, provision of information and communication channels suited to decisions to be.
Factors studied - Decision making information needs communication channel.
Background influence - Mathematical, economics, research system, engineering.

Source : Principles and Practice of Management (Text book).

--------------------------------------

to be continue later..
I can write the next entry for you but not today...
And, I don't know when.....
So sleepy! can I sleep now?
See you tomorrow... 

Just take my rest and sleep for 1 hours. 

Then, I must wake up and go to work.
Owh.. No dreams for me today



p/s : please correct my words if you found the 'wrong words' there.. Thanks!



There was an error in this gadget