PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

SEKADAR MUHASABAH DIRI

Aku dianugerahkan sepasang mata oleh yang maha Esa. Dan, mata itu sepatutnya hanya melihat perkara-perkara baik sahaja. Tapi, ada ketikanya aku telah tersalah guna. Bukan sahaja dianugerahkan dengan sepasang mata tetapi juga sepasang telinga. Telinga itu dianugerahkan dengan tujuan agar aku hanya perlu mendengar perkara-perkara baik sahaja. Itu juga telah disalah guna. 

Yang maha Esa juga telah menganugerahkan aku dengan sepasang tangan untuk digunakan bagi mengerjakan kebaikan. Tidak cukup dengan sepasang tangan, juga dianugerahkan sepasang kaki. Tapi, kedua-duanya telah aku salah guna. Aku gunakan sepasang tangan itu untuk mengambil hak-hak anak yatim... Aku gunakan sepasang kaki untuk pergi ke tempat-tempat yang tak sepatutnya aku pergi.. 

Tapi, mengapa yang maha Esa hanya menganugerahkan aku dengan satu hidung dan juga satu mulut? Tidakkah Dia kasihan kepadaku? Aku berfikir sendiri. Oh! begitu rupanya. Dia menjadikan aku begitu ada hikmahnya. Hidung yang satu itu pun telah banyak aku salah guna. Hidung itu sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghidu berita-berita buruk yang berlaku. Dan, mulut yang satu itu juga telah aku gunakan untuk menyampai dan menyebarkan segala berita-berita yang tidak enak untuk didengar. Hidung dan mulut yang serba satu itu banyak melakukan kesilapan. Kerana hidung dan mulut itulah ramai yang menjadi mangsa. Hidung dan mulut itulah punca dosa. 

Ya Allah! aku memohon padamu, ampunkanlah segala keterlanjuran kata-kataku.... Berdosa dengan-Nya, mudah untuk kita memohon keampunan... tapi, dosa dengan manusia?... jika tidak berkesempatan memohon kemaafan... bawa ke mati jawabnya...



0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget