PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

KAWAN SERUMAH

Dulu, aku duduk menyewa bersama dengan Kak Jamie, Kak Sue, Kak Zana, Kak Faez dan Kak Sya di Putrajaya. Tingkat 12... Blok A.... Wing mana??... Biarlah terus menjadi rahsia..

Aku sebilik dengan Kak Jamie. Dia berasal dari Kedah. Loghat memang pekat.. Tapi, aku seronok sembang dengan dia.. Dia 1 kementerian denganku tapi berlainan jabatan. Dia lahir tahun 1979..

Kak Sue dan Kak Zana duduk sebilik. Kedua-duanya berasal dari Johor. Kebetulan pula, mereka memang saling mengenali semasa di Johor lagi. Mereka bekerja dalam kementerian yang sama. Seronokkan?.. Pergi dan balik kerja berkawan.. Lagi 1, mereka lahir dalam tahun yang sama iaitu 1980..

Kak Faez dan Kak Sya pula duduk sebilik. Mereka masuk lewat sedikit daripada kami. Kak Faez berasal dari Sabah macam aku juga.. dan, Kak Sya... senegeri dengan Kak Jamie... Kak Faez bekerja di jabatan yang sama dengan aku manakala Kak Sya pula bekerja di kementerian yang sama dengan Kak Sue.

Apa yang menariknya tentang kawan serumah aku dulu???...

Pecahan ikut negeri;

Sabah - 2
Kedah - 2
Johor - 2

Pecahan ikut kementerian

KSM - 3
Wisma Putra - 3

Rumah tingkat 12 itu banyak meninggalkan kenangan kepada aku... Siapa yang pernah menyewa beramai-ramai pasti pernah mengalami kenangan yang sama.. Apa pun, kenangan itu..biarlah hanya orang dalam rumah itu saja yang tau.. Tidak perlu aku ceritakan di sini...

Kak Jamie dah pindah balik Kedah... Aku  tak ingat dia bertukar ke jabatan mana.. Dia dah kahwin dan ada 2 orang anak.. Sepasang. Lelaki dan Perempuan. Tak tahu pula, kalau sekarang dah tambah lagi.

Kak Sya pula dah pindah Melaka. Dia dapat kerja kat MARA.. Dia pun dah kahwin.. Tak tahu pula anak berapa...

Kak Faez, dah balik Sabah. Suami dia sedaerah denganku. Kalau tak silap aku, anak dia baru seorang. Anak perempuan...

Kak Zana pun dah kahwin.. Anak dah 2... Dia masih ada lagi kat Putrajaya tu.. Dia dapat duduk kuarters. Besarlah juga kuarters tu..

Kak Sue??.... aku tak dengar apa-apa berita daripada dia.. Dah kahwin atau belum??.. Dia masih tinggal di rumah tingkat 12 tu atau dah pindah?...

Apa pun, aku rindu mereka.....




0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget