PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

KHAS UNTUK FOLLOWER BLOG INI

Ingat lagi dengan entry ini?...
(terberhenti seketika.... tengoklah petang nanti... kalau aku rajin, aku sambung.. kalau tak, terperamlah gamaknya)

(bersambung hari ini)
Aku malas nak peram lama-lama. So, aku sambung entry ini sekarang.. 
Aku cuma nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mem-follow blog ini.
Maaflah kalau aku tak sempat nak follow kamu balik..
Bukan aku tak nak follow....
Bukan aku tak de masa nak follow...
Aku sentiasa ada masa...
Tapi, sebenarnya aku confuse!
Aku dah follow kamu atau belum?...
Ada sesiapa boleh ingatkan aku tak?
Maklumlah! aku punya short memory memang tak kuat...
Kamu boleh tolong check tak???

Kadang-kadang, walaupun aku tak follow kamu...
Tapi, aku tetap terjah blog kamu...
Cuma.... tak tentu masa..
Dan, 1 lagi....
Perasan tak kat sidebar tu ada 1 column yang baru aku tambah?
Alaaa.... column "Mood : Sedang blogwalking di sini" tu...
Column tu menunjukkan current mood blogwalking aku...
Contohnya, minggu ni mood aku nak terjah blog Sepet..
So, aku akan khatamkan blog dia je untuk sepanjang minggu ni...
Entah! bilalah nak khatam... huhu

(Rehat : nak keluar ke SACC Mall dengan Kak Nurul.. nanti aku sambung)

(Bersambung; live dari rumah MIL @TTJ)

Anyway, thanks again aku ucapkan kepada kamu yang sudi follow blog ni..
Daripada seorang-dua...sampai mencecah 90 orang hingga ke hari ini....
Terima kasih!!!...............teruskanlah bersama blog ini...
Kamu membuatkan aku bersemangat untuk terus blogging...

LEMAN DAWI JUAL CENDOL JE..

Aku, Kak Nurul dan Viruspadu pernah discussed pasal Pak cik Leman ni kat twitter.. Berlaku sedikit keraguan di situ... Aku kata Pak cik Leman ada jual ABC tapi Kak Nurul dan Viruspadu kata tak... Hurmmm!!!... aku tak puas hati... Aku kata Pak cik Leman jual ABC sebab aku nampak budak kat TV tu makan ABC.. dan, budak tu kata dia makan kat gerai Pak cik Leman..

Gambar ni dah lama aku snap tapi malas nak update... Tapi, aku pun tak nak terus menegakkan benang yang memang basah... So, aku upload juga gambar ini...





























Aku snap gambar ni menggunakan Nokia X6 ok!...
Nampak tak itu?
CENDOL LEMAN DAWI - tiada wakil penjual di seluruh negara!!
RESEPI TERPELIHARA! - resepi atau resipi??... Pak cik Leman kena buat banner baru ni...
Actually, aku pun tak pernah lagi makan cendol Pak cik Leman ni.... Entah! bilalah Inchek hubby nak bawa makan cendol kat sana...

Tengok! siap bagi no. hand phone dia lagi....
Pak cik.... ni saya dah tolong promote cendol pak cik ni...
Hahahaa!!... bolehlah dapat cendol percuma erk???...
Apa???....
Cendol tambah percuma?
Gula tambah percuma?
Ice tambah percuma?
Santan tambah percuma?
Lagi banyak tambah, lagi banyak percuma????

Perghhh!!!.... Lebih hebat daripada Unifi.... hahahaa
I like it!!!

p/s : pa, bila nak bawa mama pergi sana?????


SAMBUNGAN ENTRY SEMALAM..

Ingat lagi entry semalam? Alah!.... tak ingatkah? Hurmm.. Baca sini. Ok! aku ada bagitau nak upload makanan yang aku makan semalamkan?.. Aku bukan sengaja tak nak upload.. Tapi, aku ada rasa sikit malas... Hehee.. Sorry to all... Kesian kamu kan?... tertunggu-tunggu.. Ceh!... macamlah ada orang yang nak baca..

Time breakfast, aku discuss dengan Kak Nurul nak ke mana tengahari itu. Setelah mengambil kata sepakat, maka kami pun memilih untuk ke Kompleks PKNS, Shah Alam. Senang nak dapat teksi. So, kami decide untuk makan ini...... hehee.. layan.......

I'm lovin' it..


















Tak sabar nak makan!
















Yummy.....
















Eh!!.. dah habis?....





































Maka, terjawablah entry yang tergantung semalam....


ESOK NAK MAKAN APA ERK?

Oleh kerana mata ini masih segar-bugar, dan mood rajin sudah datang... harus aku update blog ini dengan segera. Apatah lagi bila ditemani oleh si kecil Zahraa... Memang tak patut aku membuang masa yang sangat berharga ini.. Malam ini, aku cuma ingin berkongsi dengan kamu tentang makanan... Hahahaa!....  Disebabkan esok adalah hari jumaat... rehat yang agak panjang... so, mari tolong aku fikirkan apakah menu makanan tengahari aku untuk esok... Boleh?....hahaa






















Adakah ini planning untuk esok??... Mungkin...























Atau, ini?.... Hurmmm.... cukupkah???.... Ni lekat kat celah gigi je ni.. Kalau untuk lunch.. mana cukup!





























Atau pun, ini lagi???...............























Ini pun macam menggoda..... Aduh!!!....






















Inikah????....























Atau pun..... ini???..

Peninglah!... aku tak boleh nak buat keputusan sekarang... Kamu boleh tolong aku tak??.. Agak-agak apa aku nak makan esok erk???.... Tunggu esok je la ye... Aku tak boleh nak fikirlah sekarang... Esok juga aku upload gambar makanan yang aku makan erk...

Tiba-tiba pula aku mengantuk... hehehe.......




MARI BERKENALAN DENGAN AKU

Tiba-tiba pintu hati terbuka untuk memperkenalkan diriku kepada kamu. Kamu mungkin hanya mengenali aku sebagai Princesseryna (dalam blog)... mungkin juga sebagai mamazahraa (twitter)... dan, Rinn Hyena (facebook) juga... Aku bukan mengalami split identity ye.. Dan, aku juga bukan tak tetap pendirian ok!..  

Actually, dalam IC aku tertera nama Azrinah binti Ibrahim. Itulah nama yang diberi oleh kedua orang tua aku. Dulu, aku ingat nama tersebut adalah sangat unik dan tidak dimiliki oleh mana-mana manusia lain di muka bumi ini. Rupa-rupanya, ada orang lain turut menggunakan nama itu. Huh! Sangat tidak puas hati. Tapi, nama aku masih tetap unik sebab ada huruf 'H' di akhir namaku. Dan, kamu mesti sebut betul-betul nama itu.

Aku cukup pantang kalau ada orang panggil aku dengan nama INA atau AZ.. Aku cukup meluat. Menyampah. Terus-terang cakap... kalau kamu panggil aku dengan nama itu.... confirmed! aku tak akan menyahut. Bagi aku, orang yang bernama INA itu adalah orang yang sangat lemah-gemalai... sedangkan aku? lemah-lembik... boleh begitu?..hahaa.... taklah... Aku tak suka orang panggil aku dengan nama INA sebab aku terasa bahawa nama itu terlalu keperempuanan. Sedangkan aku tidak begitu. Kalau nama AZ pula, aku rasa pelik semacam je. So, sila panggil aku dengan nama Rinn sahaja... ok! Jangan memandai nak panggil aku INA atau AZ. Aku gam mulut kamu nanti..

Ini aku ok!... Bukan dia atau kamu juga...

Muka macam budak umur 16 je kan?















Ada macam baru habis sekolah tak?















Yang ni mesti kamu kata aku budak Form 5 kan?















Gambar latest lagi fresh tau!
































Entah! apa motif letak semua gambar ni.. Aku sendiri tak faham...Eh... lupa!.... nak tanya... aku sombongkah?Ada orang kata muka aku muka sombong? Boleh kamu bagitau aku tak? Dalam banyak-banyak gambar ni.. gambar mana yang kata aku ni sombong?... Sila buktikan.

Aku buka peluang ini untuk kamu bertanya apa saja tentang aku... Dan, jawapan akan aku berikan dalam bentuk entry. Ceh! macamlah ada orang nak tanya pasal aku.. Berangan je lebih. Actually, aku tak de idea nak tulis tentang aku..... tu yang minta cadangan kamu semua.... dengan harapan agar selepas ini dapat update blog dengan laju...hahaa


BETULKAH 10/12/2010?...

Sila baca entry ini dahulu.

Berdebarlah pula!
Aku ingat lambat lagi..
Cis!!.. minggu ni rupanya..
Aku macam tak nak percaya..
Tapi, aku terpaksa percaya...
bahawa... pada 10/12/2010 ini result exam akan keluar..
Dag! Dig! Dug!...

Ada sesiapa tak yang kerja kat UiTM?
Try pergi check untuk aku...
Betul tak result akan keluar 10/12/2010 ni?
Kalau betul, minta tolong mereka lewatkan sedikit boleh??..
Hahahahhaaa....
Siapalah aku yang you all nak dengar cakapkan??....
Serious! Aku menggigil ni...
Harap-harap tak de yang repeat...
Encik dan Cik Lecturer...eh! lupa.. dah puan..
Give me markah kesian boleh???

Ini adalah percubaan aku yang kedua..
You all sila doakan agar Encik dan Puan Lecturer itu bersimpati denganku ok!...
Kalau terpaksa repeat..
I swear! tak nak masuk both of you punya class...
Akan aku pilih lecturer yang pemurah...hehee....
Mak!!...ampun!!....
Sila maafkan aku wahai lecturer...

Disebabkan result yang bakal keluar..
Aku jadi tak keruan...
Cis!!.... (tiba-tiba ada bau yang kurang menyenangkan)
Terbantut seketika keinginan untuk menaip....
Ok! sambung balik...
Hurmmm... tak naklah!...
Silalah tunggu entry akan datang ye....




LISA SURIHANI LAGI...

Sebelum ini, aku ada bagitau yang Lisa Surihani ada jenguk blog aku kan??...
Kalau tak tau, baca entry ini.
baca entry ini juga..
Dan, sebagai peminat Lisa Surihani...entah yang ke berapa... aku tetap akan bercerita tentang dia...
Ini bukan bodek!...
Ini kenyataan!...

Rata-rata pengguna twitter mengatakan bahawa dia sombong..
Hanya kerana tak membalas tweets mereka...
Dan, apabila aku mengambil pendekatan ini...
Finally, I got her replied...
See!!.... Bukan dia tak nak reply tapi banyak sangat tweets yang dia terima...
Mana sempat nak reply semua....
Maklumlah.. dia kan artis....
So, kalau tweets you all tak dapat reply daripada mana-mana celebrity yang you all follow...
Jangan melenting dulu.... kita try and error!!....
Mana tau percubaan terakhir itu bakal membuahkan hasil.....

Eh!!... lupa nak tunjuk bukti...
You all ni bukan boleh kalau tak tunjuk bukti...
Nanti you all kata aku menipu pula....

Ini aku punya tweets pasal Lisa Surihani...




































Tak lama selepas itu, tweet daripada Lisa Surihani pula muncul...






















Hahahaha!!!!....... I like!!....
Percubaan itu berjaya...



KAWAN SERUMAH

Dulu, aku duduk menyewa bersama dengan Kak Jamie, Kak Sue, Kak Zana, Kak Faez dan Kak Sya di Putrajaya. Tingkat 12... Blok A.... Wing mana??... Biarlah terus menjadi rahsia..

Aku sebilik dengan Kak Jamie. Dia berasal dari Kedah. Loghat memang pekat.. Tapi, aku seronok sembang dengan dia.. Dia 1 kementerian denganku tapi berlainan jabatan. Dia lahir tahun 1979..

Kak Sue dan Kak Zana duduk sebilik. Kedua-duanya berasal dari Johor. Kebetulan pula, mereka memang saling mengenali semasa di Johor lagi. Mereka bekerja dalam kementerian yang sama. Seronokkan?.. Pergi dan balik kerja berkawan.. Lagi 1, mereka lahir dalam tahun yang sama iaitu 1980..

Kak Faez dan Kak Sya pula duduk sebilik. Mereka masuk lewat sedikit daripada kami. Kak Faez berasal dari Sabah macam aku juga.. dan, Kak Sya... senegeri dengan Kak Jamie... Kak Faez bekerja di jabatan yang sama dengan aku manakala Kak Sya pula bekerja di kementerian yang sama dengan Kak Sue.

Apa yang menariknya tentang kawan serumah aku dulu???...

Pecahan ikut negeri;

Sabah - 2
Kedah - 2
Johor - 2

Pecahan ikut kementerian

KSM - 3
Wisma Putra - 3

Rumah tingkat 12 itu banyak meninggalkan kenangan kepada aku... Siapa yang pernah menyewa beramai-ramai pasti pernah mengalami kenangan yang sama.. Apa pun, kenangan itu..biarlah hanya orang dalam rumah itu saja yang tau.. Tidak perlu aku ceritakan di sini...

Kak Jamie dah pindah balik Kedah... Aku  tak ingat dia bertukar ke jabatan mana.. Dia dah kahwin dan ada 2 orang anak.. Sepasang. Lelaki dan Perempuan. Tak tahu pula, kalau sekarang dah tambah lagi.

Kak Sya pula dah pindah Melaka. Dia dapat kerja kat MARA.. Dia pun dah kahwin.. Tak tahu pula anak berapa...

Kak Faez, dah balik Sabah. Suami dia sedaerah denganku. Kalau tak silap aku, anak dia baru seorang. Anak perempuan...

Kak Zana pun dah kahwin.. Anak dah 2... Dia masih ada lagi kat Putrajaya tu.. Dia dapat duduk kuarters. Besarlah juga kuarters tu..

Kak Sue??.... aku tak dengar apa-apa berita daripada dia.. Dah kahwin atau belum??.. Dia masih tinggal di rumah tingkat 12 tu atau dah pindah?...

Apa pun, aku rindu mereka.....




MOOD TAK BAGUS UNTUK UPDATE BLOG

Terus-terang aku bagitau... Sekarang ni aku macam tak de mood nak update blog. Tapi, tak de lah sampai nak delete blog. Idea banyak.. Isu pun banyak yang ingin dibangkitkan. Tapi, entahlah!... aku rasa malas nak update blog. Mungkin sebab broadband aku dah exceed limit.. hahaha!!!... itu sebenarnya.. Lambatlah pula nak menunggu 3hb... Ceh!!..padahal esok je pun...

Walaupun aku tengah tak de mood nak update blog. Tapi, aku nak share 1 scary story dengan you all.. Tak de scary sangat pun.. Aku je yg scare lebih... hahaha...

Once upon a time in my kampung..... lebih sepuluh tahun yang lalu, my parents berniaga secara part time di pasar malam. Di Sabah, pasar malam bukan macam kat sini. Pasar malam dibuka setiap hari dari pukul 1.00 tengahari hingga 2.00 pagi... Kat pasar malam tu, semuanya jual makanan panas-panas... terbaik dari ladang... hehee... Pasar malam tu pula terletak di tebing sungai... Sg. Padas. Alamak! terlajak ke lain pula.. Apa pun, teruskanlah membaca ye...

Ada 1 malam tu, aku tengah mengemas bilik tidur... tiba-tiba, aku terasa seperti tertusuk duri... Ouch!!!... Aduh... sakit... terasa sakit sampai ke otak. Rupa-rupanya, si kala telah menyengatku tanpa keizinan.. Sakit!!...sakit sangat... aku jadi kejang... tak boleh bergerak... kejang sampai kelu lidah... Tiada orang yang boleh diharap untuk menghantar aku ke hospital kerana yang ada hanyalah adik-adikku yang lebih kecil dari aku... Salah-seorang adikku berlari ke pasar malam memaklumkan insiden itu kepada my parents..
Tidak lama kemudian, my mom datang dan membawa aku ke hospital. Alah!.... hospital pun bukanlah jauh sangat dari rumah aku... Jalan kaki je.. tapi, takkanlah aku yang sedang kekejangan nak berjalan kaki pula... So, my mom papah aku dari rumah sampailah ke wad kecemasan..Kebetulan pula, doktor yang bertugas pada malam itu memang sangat mengenali aku...hahaha!!... dan, dapat soalan cepu 'emas perak tembaga' daripada doktor tersebut... "Sakit apa pula kali ni?"... kuang..kuang..kuang.... Doktor itu menyuruh aku baring di katil berhampiran pintu masuk bilik kecemasan.... Sedang dia dan seorang lagi nurse hendak memeriksaku.... tiba-tiba, kedengaran bunyi ambulan... Tidak lama selepas itu, ada 2 orang mangsa kebakaran diusung masuk... Terus aku ditinggalkan bersendirian. Doktor menyuruhku berehat-rehat dahulu kerana kes-kes kecemasan perlu didahulukan. Mangsa yang terlibat adalah seorang nenek dan budak perempuan berusia lebih kurang 8-9 tahun... Kereta yang mereka naiki terbakar tiba-tiba. Adakah mereka menggunakan Ron 95??.... hehe

Oleh kerana itu adalah kes kecemasan, maka aku terpaksa memberi laluan kepada mereka.. dan, aku terus menahan kesakitan... Di depan mata aku, budak itu dirawat... habis badannya melecur... Begitu juga dengan nenek itu.. Nenek itu diletakkan di katil yang lain... ditutupi dengan langsir hijau... aku cuma dapat mendengar dengusan beliau.... Kesian budak dan nenek itu... Beberapa orang nurse sedang membantu doktor menggunting dan membuang lapisan kulit yang menggelembung... Budak itu merayu kepada nurse dan doktor untuk mendapatkan sedikit air... dia kehausan... tapi, doktor tidak dapat memenuhi permintaannya kerana air sedang dimasukkan ke badannya... Mungkin doktor takut ada effect lain sekiranya budak itu diberikan air... Kes itu agak kritikal.. dan, mereka dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada malam itu juga.... Kalau tak silap, time tu sudah pukul 2.00 pagi... Maknanya. sudah 4 jam aku di situ.... Sakit yang aku alami tadi seolah-olah sembuh begitu saja.... Tapi, aku tidak dibenarkan balik begitu saja tanpa mendapatkan rawatan... So, aku telah disuntik dengan sejenis ubat yang tidak dapat aku ingat apakah ia...

Setelah sampai ke rumah... aku takut untuk tidur di bilik... Aku tidur di luar.... Tidur pula mengadap ke tingkap.... Dalam pukul 4.00 pagi, aku terjaga.... dan, aku terdengar dengusan kasar... Tiba-tiba, aku teringatkan nenek itu... Arghhhh!!!.... dan, pada masa yang sama, aku tidak dapat bergerak... apakah aku masih dikuasai oleh bisa sang kala??.... atau, itu cuma delusi semata?.... Suara dengusan itu semakin kuat... seperti lembu disembelih.... Aku ketakutan.... Aku cuba beristighfar tapi suaraku seolah-olah tersekat di kerongkong... Aku menangis.... Dan, tangisan itu mungkin menyedarkan my mom yang tidur di sebelahku... My mom datang menghampiri dan menggoncang badanku kerana aku kelihatan kaku walaupun sedang menangis... Akhirnya, aku tersedar... tapi, dengusan itu masih kedengaran di telingaku.... Aku bagitau my mom tentang itu.... My mom hanya diam dan memujukku untuk tidur kembali....

Keesokkan harinya, my mom pergi kerja.... jaga anak orang pun kerja juga kan???.... Dalam perjalanan dia ke sana, dia terserempak dengan doktor yang merawatku malam itu.... Tanpa ditanya... doktor itu memberitahu bahawa nenek dan budak perempuan itu sudah meninggal jam 4.00 pagi... Mereka tidak dapat diselamatkan....  Aku terkedu.... Apakah benar suara mendengus itu miliknya???.....




There was an error in this gadget