PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

GANGGUAN SEKSUAL

Entry kali ini lebih berinformasi. Pernah tak kalian mengalami gangguan seksual? Atau, anda yang melakukan gangguan tersebut? Tahu atau tidak bahawa perlakuan yang membawa kepada gangguan seksual boleh dikenakan tindakan tatatertib? Ok! aku tak nak buang masa. Straight forward ok!

Gangguan seksual merupakan satu daripada perlakuan yang dilarang atau ditegah sama sekali bagi Pegawai Awam mengikut peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“4A.    (1)    Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh –

(a)    membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau

(b)    melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.

(2)    Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan sesuatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain –

(a)    termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa lain;

(b)    tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.”



Seseorang Pegawai Awam yang didapati melakukan gangguan seksual, boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan 4A atau peraturan 4(2)(d), Peraturan Pegawai Awam yang memperuntukkan “Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemar nama perkhidmatan awam”. 

Seseorang Pegawai Awam yang didapati bersalah melakukan gangguan seksual boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu menurut peraturan 38, Peraturan Pegawai Awam:

(a)    amaran;
(b)    denda;
(c)    lucuthak emolumen;
(d)    tangguh pergerakan gaji;
(e)    turun gaji;
(f)     turun pangkat; atau
(g)    buang kerja.


Beberapa kategori gangguan seksual yang digambarkan dalam peraturan 4A(1) Peraturan Pegawai Awam adalah:

(a)    Cubaan Untuk Merapati Orang Lain Secara Seksual

Secara umum, semua kategori dan bentuk perlakuan serta gangguan seksual termasuk dalam perbuatan “merapati orang lain secara seksual”.  Perbuatan ini mengambil berbagai bentuk dan dilakukan dengan berbagai cara seperti yang dijelaskan dalam perenggan 6. Ia boleh berlaku sekali sahaja atau berulang kali sehingga mendapat reaksi daripada Pengadu.


(b)    Meminta Layanan Seksual Daripada Orang Lain 

Kategori gangguan seksual ini lebih khusus dan boleh berlaku dalam keadaan Pegawai Awam mempunyai kuasa atau dianggap mempunyai kuasa untuk memberikan sesuatu faedah atau ganjaran tertentu kepada Pengadu (quid pro quo atau this in return for that) seperti penilaian prestasi yang baik, peluang peningkatan kerjaya, ganjaran dan faedah-faedah lain yang dijanjikan sekiranya Pengadu bersetuju memberikan layanan seksual kepada Pegawai Awam tersebut.

    Sebagai contoh –

(i)    seorang Pegawai Awam menjanjikan markah penilaian prestasi yang cemerlang sebagai ganjaran apabila Pengadu yang merupakan Pegawai di bawah seliaannya memenuhi kehendak seksual yang diminta atau disyaratkan.

(ii)      seorang Pegawai Awam meminta layanan seksual daripada orang awam yang berurusan dengannya untuk meluluskan sesuatu permohonan atau mendapatkan tender sesuatu projek Kerajaan.

(c)     Gangguan Seksual Yang Mengugut

Keadaan seperti di perenggan 5.1(b) boleh berlaku apabila terdapat elemen ugutan cubaan untuk merapati orang lain secara seksual atau meminta layanan seksual bagi mendapatkan faedah tertentu seperti yang dinyatakan di atas.  Perbezaannya ialah Pengadu tidak dijanjikan dengan faedah-faedah tertentu sebaliknya diugut tidak akan mendapat faedah-faedah seperti contoh yang dinyatakan sekiranya Pengadu tidak membenarkan Pegawai Awam tersebut merapatinya secara seksual atau enggan memberi layanan seksual kepadanya.  

Mengambil contoh yang sama seperti di perenggan 5.1(b)(i) di atas, sekiranya permintaan untuk layanan seksual tersebut ditolak, Pengadu diugut bahawa laporan penilaian prestasi Pengadu tersebut akan dinilai sebagai tidak cemerlang.

(d)    Gangguan Seksual Yang Menyinggung Atau Menghina

Gangguan seksual bagi kategori ini pula memperlihatkan perlakuan seorang Pegawai Awam yang bersifat seksual terhadap orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras berasa tersinggung atau terhina.

Perlakuan seorang Pegawai Awam seperti merenung atau melihat orang lain dengan pandangan yang berunsurkan seksual dan dilakukan secara sedar, boleh dianggap sebagai gangguan seksual bagi kategori ini.  Begitu juga perlakuan seorang Pegawai Awam yang meraba atau memeluk rakan sekerja yang lain dengan sengaja dan perlakuan ini tidak disukai oleh Pegawai Awam berkenaan.

Selain itu, tindakan membuat pernyataan atau mempamerkan perlakuan yang berunsurkan seksual sehingga mencetuskan kesan atau emosi negatif seperti rasa tidak selamat atau takut kepada seseorang atau Pegawai Awam juga boleh dianggap sebagai suatu gangguan seksual di bawah perenggan ini.

Apa yang dimaksudkan sebagai “segala hal keadaan” dalam peraturan 4A Peraturan Pegawai Awam adalah bergantung kepada fakta dan keadaan setiap kes. Sama ada sesuatu perbuatan atau pernyataan akan menyinggung atau menghina seseorang perlu dilihat dari sudut Pengadu. Seorang Pegawai Awam perlu peka kepada perbezaan agama, budaya dan adat-istiadat kaum di negara ini untuk mengelakkan perbuatan atau pernyataan yang akan menyinggung atau menghina seseorang.

Perbuatan yang “memburukkan atau mencemarkan perkhidmatan awam” dalam peraturan 4A Peraturan Pegawai Awam tidak terhad kepada perbuatan gangguan seksual yang terjadi antara PYDM dan Pengadu sahaja, ia juga boleh terjadi antara lain dalam keadaan-keadaan berikut:

(a)    seorang Pegawai Awam dalam mesyuarat atau ceramah membuat kenyataan atau berjenaka berunsur seksual yang menyinggung, menghina atau mengugut mana-mana pendengar; atau

(b)    perlakuan yang bersifat seksual antara seorang Pegawai Awam dengan Pegawai Awam lain atau dengan orang awam, yang menyebabkan seseorang yang melihat kejadian atau perlakuan itu berasa tersinggung, terhina atau terugut walaupun tidak terlibat sama, boleh dianggap sebagai memburukkan atau mencemarkan perkhidmatan awam. 


Perlakuan, keadaan atau perbuatan yang boleh terjumlah kepada gangguan seksual, antara lainnya adalah seperti yang berikut:


(a)    Gangguan Secara Lisan

Bentuk gangguan ini dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut untuk berurusan dengan Pegawai Awam berkenaan.

(b)    Gangguan Secara Isyarat (Bukan Lisan)


Bentuk gangguan ini dipamerkan melalui sikap atau perlakuan Pegawai Awam yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.

(c)    Gangguan Secara Visual

Perlakuan menghantar nota, surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menyebabkan Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual.

(d)    Gangguan Secara Fizikal

Terdapat juga gangguan seksual berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut.

(e)    Gangguan Secara Psikologi

Perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual Pegawai Awam sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada Pengadu yang menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas Pengadu adalah terjumlah kepada gangguan seksual.

Dalam keadaan tertentu perbuatan seperti pemberian pujian atau persalaman yang disenangi, pemberian memo atau surat tahniah kerana melakukan tugas dengan baik, perbincangan seksual secara akademik dan relevan kepada bidang tugas Pegawai Awam dan sebagainya yang dilakukan dengan suci hati tidak terjumlah kepada gangguan seksual.

Apabila seseorang mempercayai dirinya telah mengalami gangguan seksual, beliau boleh mengambil mana-mana tindakan berikut:



(a)    Tidak Mengambil Apa-Apa Tindakan

Tindakan ini boleh diambil sekiranya gangguan seksual tersebut telah  dihentikan dan Pengadu tidak mahu memanjangkan perkara tersebut. Keputusan yang dibuat secara sukarela oleh Pengadu adalah sah dan hendaklah dihormati. 

(b)    Mendapatkan Maklumat Atau Bantuan Untuk Menyelesaikan Kes Secara Tidak Rasmi

Pengadu yang tidak pasti sama ada gangguan seksual telah terjadi ke atasnya atau jika Pengadu mempercayai dirinya telah mengalami gangguan seksual tetapi tidak pasti apakah tindakan yang boleh diambil, boleh:

(i)    menghubungi Kaunselor, Pegawai Kaunseling, pegawai atasan atau agensi-agensi yang mengendalikan isu gangguan seksual untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat;

(ii)    setelah mendapat maklumat yang lengkap, Pengadu boleh menyelesaikan kes gangguan seksual dengan cara bersemuka dengan PYDM dan menyatakan dengan tegas, jelas dan berterus terang kepada PYDM bahawa perlakuan tersebut telah menyebabkan Pengadu berasa tersinggung, terhina atau terugut dan ia perlu dihentikan segera;

(iii)    Pengadu boleh meminta bantuan Kaunselor atau Pegawai Kaunseling agar hadir bersamanya ketika Pengadu bersemuka dengan PYDM; dan

(iv)    Pengadu juga dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:

(A)    mengenal pasti PYDM sama ada PYDM adalah rakan sekerja atau pegawai atasan;

(B)    menyimpan apa-apa nota, e-mel, foto, sms, mms dan lain-lain dokumen atau benda yang diterima daripada PYDM sebagai bahan bukti. Perlu diingatkan bahawa dokumen atau benda yang diterima tersebut tidak boleh diubahsuai untuk menjaga rantaian keterangan bahan bukti tersebut;  

(C)    membuat catatan atau merekodkan kejadian tersebut (sekiranya Pegawai Awam yang mengganggu adalah pegawai atasan atau Ketua Jabatan dan Pegawai berasa takut untuk berterus terang) agar dapat dijadikan sebagai bahan bukti apabila diperlukan;

(D)    memaklumkan kejadian gangguan seksual tersebut kepada pihak ketiga. Walau bagaimanapun jumlah orang yang dimaklumkan mengenai kejadian haruslah dihadkan kepada jumlah yang paling minimum untuk menjaga kerahsiaan dan maruah kedua-dua pihak; dan

(E)    mengenal pasti Pegawai lain yang melihat kejadian yang berlaku agar Pegawai berkenaan boleh diminta untuk memberi keterangan apabila diperlukan.



(c)    Membuat Aduan Rasmi Kepada Kaunselor Atau Pegawai Kaunseling

Sekiranya Pengadu bercadang untuk membuat aduan rasmi kepada Kaunselor atau Pegawai Kaunseling, langkah-langkah yang perlu ialah:

(i)    mengenal pasti PYDM sama ada PYDM adalah rakan sekerja atau pegawai atasan;

(ii)    menyimpan apa-apa nota, e-mel, foto, sms, mms dan lain-lain dokumen atau benda yang diterima daripada PYDM sebagai bahan bukti. Perlu diingatkan bahawa dokumen atau benda yang diterima tersebut tidak boleh diubahsuai untuk menjaga rantaian keterangan bahan bukti tersebut;

(iii)    membuat catatan atau merekodkan kejadian tersebut (sekiranya Pegawai yang mengganggu adalah pegawai penyelia atau Ketua Jabatan dan Pegawai berasa takut untuk berterus terang) agar dapat dijadikan sebagai bahan bukti apabila diperlukan;

(iv)    memaklumkan kejadian gangguan seksual tersebut kepada pihak ketiga, walau bagaimanapun jumlah orang yang dimaklumkan mengenai kejadian haruslah dihadkan kepada seminimum yang mungkin untuk menjaga kerahsiaan dan maruah kedua-dua pihak;

(v)    mengenal pasti Pegawai lain yang melihat kejadian yang berlaku agar Pegawai berkenaan boleh dipanggil untuk memberi keterangan apabila diperlukan; dan

(vi)    mendapatkan perkhidmatan kaunseling di tempat Pegawai Awam bertugas atau di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya Pegawai mengalami kesan negatif akibat daripada gangguan seksual.

(d)   Membuat Laporan Rasmi Untuk Tujuan Tindakan Tatatertib

Sekiranya Pengadu bercadang untuk membuat aduan rasmi kepada Pihak Berkuasa Tatatertib:

(i)    Pengadu boleh terus membuat laporan rasmi kepada Pihak Berkuasa Tatatertib mengenai kejadian gangguan seksual supaya tindakan tatatertib diambil terhadap PYDM. Dalam keadaan ini, prosedur tatatertib biasa adalah terpakai.

(ii)    Pengadu juga dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah yang dinyatakan di perenggan 8.1(c)(i) hingga (v).

(e)    Membuat Laporan Polis

Sekiranya perbuatan gangguan seksual itu terjumlah kepada kesalahan jenayah, seperti mencabul kehormatan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan, meminta layanan seksual sebagai suapan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan sebagainya, Pengadu hendaklah terus membuat laporan kepada polis atau agensi yang bertanggungjawab.

Sekiranya seseorang mempunyai maklumat mengenai perlakuan gangguan seksual oleh seorang Pegawai Awam atau menjadi saksi kepada perlakuan gangguan seksual oleh Pegawai Awam, orang tersebut boleh membuat aduan kepada Kaunselor atau Pegawai Kaunseling, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkaitan atau membuat laporan polis mengenai perkara itu dengan memberikan butir-butir mencukupi mengenai kejadian gangguan seksual itu. Pihak ini hendaklah juga dinasihati supaya menjaga kerahsiaan aduan tersebut.

Dakwaan gangguan seksual adalah satu dakwaan yang serius dan boleh menjejaskan reputasi seseorang walaupun tidak dapat dibuktikan. Oleh itu, aspek kerahsiaan perlu diberi penekanan di setiap peringkat tindakan yang diambil oleh semua pihak yang terlibat untuk menjaga maruah dan reputasi Pengadu, PYDM, Jabatan dan perkhidmatan awam secara keseluruhannya.

Walaupun begitu, jika Kaunselor atau Pegawai Kaunseling dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah, tidak ada halangan undang-undang bagi Kaunselor atau Pegawai Kaunseling dari kalangan Pegawai Awam untuk memberikan keterangan di mahkamah jika diputuskan bahawa keterangan tersebut adalah relevan kepada kes dan tidak bercanggah dengan kepentingan awam.

Gangguan seksual boleh memberi kesan negatif kepada Pengadu, PYDM dan organisasi:

Kesan Gangguan Seksual Ke Atas Pengadu

Pegawai Awam yang mengalami gangguan seksual cenderung mengambil tindakan yang boleh merugikan diri mereka dan akhirnya memberi kesan kepada organisasi.  Antara kesan negatif yang boleh mengganggu kehidupan Pegawai Awam ialah:

(i)     Kesan Kerjaya

Pegawai Awam cenderung untuk mengasingkan diri, mengelakkan diri untuk hadir ke pejabat, mengalami penurunan tahap kepuasan atau prestasi kerja, kehilangan pekerjaan atau peluang kenaikan pangkat dan mengubah matlamat kerjaya. 

(ii)     Kesan Kepada Masyarakat

Pegawai Awam yang mengalami gangguan seksual bukan sahaja mengalami kesan dari segi kerjaya, malahan ia boleh menjejaskan keharmonian dalam keluarga terutama hubungan kekeluargaan. 

(iii)     Kesan Fisiologi

Dari aspek implikasi fisiologi, Pegawai Awam mungkin mempamerkan gejala-gejala seperti sakit kepala, gangguan tidur (mimpi ngeri), hilang selera makan atau mempunyai berat badan yang sering berubah.

(iv)    Kesan Psikologi

Pegawai Awam yang mengalami gangguan seksual juga cenderung untuk mengalami kemurungan, kebimbangan, kemarahan, ketakutan, kekecewaan, keaiban, kekeliruan, fobia, panik, berasa rendah diri, tidak berdaya (tidak berupaya), mengasingkan diri atau menyalahkan diri sendiri.

(v)     Kesan Keruntuhan Akhlak

Di dalam situasi di mana tiada sebarang bantuan atau sokongan diberikan kepada Pegawai Awam yang mengalami gangguan seksual, Pegawai boleh terjurus ke arah permasalahan keruntuhan akhlak yang boleh menjejaskan imej organisasi.


Kesan Kes Gangguan Seksual Ke Atas PYDM

PYDM juga mungkin boleh mengalami kesan negatif contohnya –

(i)    menjejaskan kemajuan kerjaya dan masa depan PYDM;

(ii)    menjejaskan kesejahteraan dan hubungan kekeluargaan di antara PYDM dan keluarga di mana mereka mungkin berasa malu, rendah diri, kecewa, sukar menerima kenyataan, hilang kepercayaan dan mengasingkan diri; dan

(iii)    sekiranya aduan yang dikemukakan adalah palsu, atau PYDM melakukan sesuatu perbuatan “gangguan seksual” dengan suci hati, maka aduan terhadap PYDM juga mungkin boleh menyebabkan PYDM mengalami kemurungan, kebimbangan, ketakutan, kekecewaan, keaiban, kekeliruan atau mengasingkan diri.

Kesan Kes Gangguan Seksual Kepada Organisasi

Organisasi juga boleh mengalami kesan negatif seperti –

(i)    Dari aspek pelaksanaan tugas, Pegawai Awam yang mengalami gangguan seksual mungkin mempamerkan penurunan produktiviti, kualiti dan motivasi;
(ii)    Pegawai Awam juga cenderung untuk meletakkan jawatan sebagai pilihan terakhir sekiranya Pegawai Awam berasakan gangguan seksual menjadi lebih serius;

(iii)    Tindakan Pegawai Awam meletakkan jawatan boleh meningkatkan kos operasi kerana Ketua Jabatan perlu melatih pekerja baru; dan

(iv)    Selain itu, sekiranya gangguan seksual melibatkan pihak luar, imej Pegawai Awam dan organisasi juga turut terjejas apabila isu gangguan seksual diwar-warkan kepada umum.

Semua pertanyaan mengenai Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam bolehlah menghubungi:

ALAMAT
(Update)



Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pengurusan Psikologi
Bangunan MKN-Embassy Techzone
Aras 4, Blok A, No 3200
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Sepang
Selangor Darul Ehsan 


No. Tel    : 03-83164401
No. Faks : 0383201972 




*PYDM - Pegawai Yang Disyaki Mengganggu




CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN

Serius!.. aku sangat terkejut pagi tadi..
Inchek hubby bagitau aku ada kulat tumbuh kat mop..
Time Incek hubby bagitau aku pagi tadi... aku tak percaya!
Aku pergi tengok sendiri..
Hah!... memang betul!...
Sah! Sahih! Nyata!....
Aku tak bermimpi...
You all tak percaya erk??...
Nah!.... tengok sendiri....

Kulat

























Kulat tu nampak macam cantik kan?..
Nak buat perhiasan boleh tak agak-agak?..
Hehehe.....
Kulat biasanya tumbuh musim hujankan?...
Mop tu lembablah kot...
Terkena tempias hujan....
Nak kata basah atau tak basuh selepas digunakan...
Tak mungkin!...
Sebab aku jarang guna mop...hahah!!

Lagipun, mop tu nampak bersih je...
Tiada kesan kotoran langsung....
Hehehee!!...
Kalau you all ada nampak line hitam tu..
Itu bukan kotoran ye...
Itu kawasan yang ditumbuhi kulat...
Insya Allah!.... dah masuk rumah baru nanti...
rajinlah aku basuh rumah...hehhee

Kebetulan pula, semalam aku masak mushroom soup...
adakah disebabkan itu????...



APA KAITAN AKU DAN LISA SURIHANI??

Baru sebentar tadi aku try 1 aplikasi kuiz di facebook.
Dan, keputusannya cukup mengujakan aku...
Nak tau?...
Nak share-lah ni..
Sabar!...

Selepas aku try aplikasi kuiz 'Siapakah artis wanita Malaysia yang mirip kamu?' ...
Aku cukup teruja sampai tak sabar-sabar nak update blog..
Nak tau tak siapa artis yang dimaksudkan itu?... Hahaha!!....
Ingat lagi tak dengan entry ini?
Dialah artis tersebut.

Tak percaya?... ini buktinya....

Nampak tak???...













Nak lagi jelas??...
Sila add aku sebagai friend you all dalam facebook ye...
Ceh!!.... nak promote facebook acount tu....
Tapi, kalau you all nak add pun, aku Ok je...
Dengan syarat, jangan bagi aku hadiah farmville Ok!...

Aku dah tak layan game-game tu...
Sekarang ni, aku cuma layan Mafia Wars je....
Itu pun, kadang-kadang assistant a.k.a inchek hubby aku yang tolong mainkan.... 



REQUESTING FOR YOUR PARTNERSHIP

Pernah tak you all terima email sebegini?... Aku sebenarnya dah muak dan rimas dengan email yang macam ini.. 

**************************************

Dear Friend,

I am Mr Wen Lee, an Account Officer with the International bank of Taipei, I have a very sensitive and confidential brief for you from international bank of Taipei, Taiwan. I am requesting for your partnership in re-profiling funds I will give the details, but in summary, the funds are coming via Bank Of Taipei Taiwan.

This is a legitimate transaction,You will be paid 30% for your Management Fees". If you are interested,please write back and provide me with your confidential telephone and fax numbers, and I will provide further details and instructions. Please keep this confidential, as we can't afford more political problems. Finally,please note that this must be concluded within two weeks.Please write back promptly via this confidential email address
{wen.lee@9.cn} for further information.

I look forward to it.

Regards,

Mr Wen Lee

*************************************

You all percaya tak dengan email yang macam ini? You all tak rasa email ini suatu penipuan?... So scare tau! Kalaulah ada manusia yang percaya email ini.... memang kesianlah kat dia. Dah banyak kali pesan kan?... Kalau ada email yang kita tak kenal siapa pengirimnya, jangan layan!... Just ignore it... Tak merugikan apa-apa pun...

Apa yang aku hairan, bila masa aku pernah jadi kawan dia??.... "Dear friend".... Kenal pun tidak... tiba-tiba hantar email nak request partnership dengan aku pula... Melampau! Aku tak kenallah dengan Mr. Wen Lee ni. Tapi, masa sekolah dulu.. aku ramai juga kawan-kawan berbangsa Cina. Adakah dia salah-seorang daripada mereka?... Takkanlah!... Aku masih ingat dan kenal lagi kawan-kawan aku yang berbangsa Cina. So, jangan nak tipu aku... Ok!... Bila masa pula aku pernah deal dengan mana-mana bank kat Taiwan tu?.. Nampak sangatlah menipu Mr. Wen Lee oiiii....




MASAK & MAKAN...

Perghhh!!...semalam, aku tunjuk skill memasak kat mak mertua.. Tapi, tak tau sedap ke tak.. Nak tau aku masak apa?.. You all bacalah sampai habis erk.. Aku masak simple je... Janji boleh makan.. Ok! Sementara menunggu inchek hubby balik dari pasar, aku buatlah apa yang patut.

Nasi Lobak Merah


















Mula-mula, aku sediakan bahan-bahan untuk masak nasi carrot ni. Senang je. Lagipun, semua bahan untuk masakan ni memang dah ada kat rumah..

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah;

Beras - 2 pot (ikut suka masing-masing nak guna beras apa pun)
Air - ikut sukatan beras.., 2 pot (aku selalu ikut berapa banyak beras yang nak dimasak.)
Carrot - ikut suka masing-masing (diracik halus)
Bunga cengkih - 5 kuntum
Bunga lawang - 3 kuntum
Buah pelaga - 3 biji
Kulit kayu manis - 2cm
Bawang besar - 1 biji (dihiris)
Minyak masak - 1/2 @ 1 senduk besar
Mentega - 1/2 @ 1 senduk besar
Sedikit garam

Cara-cara nak masak pula;

Panaskan minyak & mentega. Tumis bawang, bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis sehingga wangi. Selepas itu, masukkan air, beras & carrot... Bubuh sedikit garam dan gaul rata. Biarkan hingga masak..

Kari Udang



















Inchek hubby dah balik. Bahan-bahan untuk menyediakan makanan di atas sudah pun sampai.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk meyediakan kari udang adalah;

Udang
Bawang merah - dikisar
Lengkuas - dikisar
Kunyit hidup - dikisar
Buah keras - dikisar
Cili kering - dikisar
Serai
Sedikit belacan
Santan
Kari udang
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

Cara-cara memasak;

Panaskan minyak. Masukkan serai & tumis bahan kisar & rempah kari hingga wangi. Masukkan santan, biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan udang. Tambahkan air & sedikit garam. Kacau hingga semua bahan masak..

Jelatah Timun




















Part ni yang paling senang. Cuma perlukan timun, nenas, udang kering, cili merah, bawang besar, gula & garam. Selepas itu, gaulkan semuanya sekali. Apa yang penting, mana bahan yang perlu dipotong, potong... yang perlu ditumbuk, tumbuk... yang perlu dihiris, hiris... Janganlah you all masukkan sebiji-sebiji. Agak-agaklah!....




BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN??...

Bunga raya dah pupus ke?.. Kenapa aku dah jarang nampak bunga tu ye?.. Kalau bunga yang ada kat duit syiling & duit kertas tu jangan cakaplah... Hari-hari aku nampak.. Dulu, kat mana-mana pun ada je bunga tu kan?.. Kat tepi jalan.... kat tengah-tengah divider jalan tu... kat roundabout pun boleh nampak tau!..

sumber : uncle Go












sumber : uncle Go






















Percaya tak apa aku tulis ni?... Bunga raya sekarang ni macam nak pupus. Boleh jumpa kat tempat-tempat tertentu je... Dulu, kat halaman sekolah, pejabat... pendek kata, kat mana-mana bangunan milik kerajaan mesti adalah pokok bunga raya ni.... Tapi, sekarang.... tak semua sekolah ada tanam pokok bunga raya... Apa yang aku nampak, bunga yang ini memang ada di merata tempat. Kadang-kadang aku terfikir juga, adakah bunga kebangsaan kita sudah bertukar???....

Setelah sekian lama aku tercari-cari pokok bunga raya... akhirnya, dapat juga aku melihatnya lagi... Kebetulan masa itu, kami pergi ke Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan..

























BUKAN DELUSI II

Entri terdahulu

Sesi soal-jawab itu masih berterusan… Dan, aku tetap begitu… Setia ditemani 3 sahabatku yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia lain…

*******************************************
Semuanya bermula dengan satu mimpi. Mimpi yang tak dapat aku tafsirkan maknanya sehingga hari ini. Dalam mimpi tersebut, seorang lelaki tua ada memberikan aku sehelai selendang berwarna kuning keemasan. Untuk apa aku pun tidak pasti. Mimpi itu berterusan selama tiga hari. Dan, mimpi-mimpi itu seolah-olah bersambung antara satu sama lain.

Mimpi pertama, aku didatangi oleh seorang lelaki tua berjubah putih, lengkap berserban. Tetapi, aku tidak dapat melihat wajahnya. Lelaki tersebut memberikan aku sehelai selendang berwarna kuning keemasan. Lelaki itu seperti ingin mengatakan sesuatu kepadaku tetapi... aku terjaga dan mimpi itu berakhir begitu sahaja.

Mimpi kedua, lelaki itu datang lagi. Namun, aku masih tidak dapat melihat wajahnya. Aku mula tertanya-tanya siapakah dia?.. Kali ini, lelaki itu sempat berkata "simpanlah ia, pakailah ia, selagi ia bersamamu...Insya Allah! dirimu akan terbela"..... dan, dia terus hilang...

Mimpi ketiga, aku didatangi oleh tiga orang lain yang tidak aku kenali dan lelaki tua yang selalu hadir dalam mimpi-mimpiku sebelum ini tidak kelihatan. Aku tercari-cari di manakah dia? Terlalu banyak persoalan yang ingin aku ajukan padanya. Dan, mereka menyampaikan pesan bahawa mereka diamanahkan untuk menjagaku. Timbul lagi persoalan di mindaku. Kenapa aku perlu dijaga? Sedangkan kedua ibu-bapaku masih ada. Untuk apa? Untuk apa semua ini?...Siapakah mereka? Siapa pula yang mengamanahkan mereka untuk menjaga aku? Aduh! Sakit kepala memikirkan tentang itu.

Apakah mimpi ini sekadar mimpi? Atau, gangguan tidur semata-mata?...

bersambung........


ADA APA DENGAN 11/11/2010??...

11/11/2010 adalah hari Khamis.
Tiada apa yang menarik.
Tiada kejadian pelik-pelik yang berlaku.
Apakah yang bakal berlaku???
Cuba teka?... you all memang terror kalau jawapan you tepat...
Tapi tak de hadiah disediakan tau...
Minta maaf ye...

11/11/2010 adalah hari esok...
Hari yang sangat mendebarkan aku..
Ada apa ye hari esok?..
Ada sesiapa tahu?..

11/11/2010...
Bukanlah tarikh keramat..
Juga bukan sambutan ulang tahun perkahwinan...
Sambutan hari lahir jauh sekali...
Siapa boleh jelaskan?...

Ok!...ok!.... nak main teka-teki pula dia...
Esok adalah hari exam untuk aku...
Para readers sila doakan untuk aku...
Agar semua soalan bertukar menjadi mudah pada esok hari.... hahahaa...
Semoga aku diberikan kesihatan yang baik....
Supaya aku dapat menjawab segala soalan dengan tenang....

Aku harap biarlah  lecturer keluarkan soalan yang senang-senang je....
hahahaa.... nak soalan senang baik tak payah ambil exam...
Esok nak exam tapi masih ada masa nak update blog...huhu...
Tapi, hati di dalam siapa yang tahu?...
Dag dig dug....
Kenapa exam kali ini aku rasa tenang semacam je...
Tak macam sebelum ni..
Dulu, lagi seminggu nak exam.. aku menggigil tau...
Harap-harap semuanya ok...





NAK JADI HULK

Waktu kejadian adalah lunch hour...
Tipu!!... Itu tidak benar..
Sebelum pukul 1.00 pm aku dah terpacak kat kantin..
Sila baca perbualan ini sampai habis.

Jack : Hei Kecik... nak minum apa??... sambil tersengih-sengih macam kerang busuk...
Aku : Jus Jambu Pak Cu ada??
Jack : Tak ada.. Dah tak jual..
Aku : Habis tu? Apa yang ada?
Jack : Jus tembikai.. jus tomato... blablabla...
Aku : Jus honeydew!

Dah habis bersoal-jawab dengan budak Jack, aku ke kaunter pula.

Aku : Nasi goreng ikan masin plus telur dadar satu...
Minah Rus : .......angguk ambil kertas dan tulis order...
Aku : .... ambil duit terus bayar harga makanan dan minuman tadi....

Dah siap order makan, aku terus melangkah ke bilik makan VIP...
Cis!!....perasan VIP sungguh aku kan??...
Banyak lagi tempat kosong kat luar...
Nak juga makan dalam bilik VIP tu...huhu

Lebih kurang 10-15 minit, Mat datang kepadaku dan berlaku lagi sesi soal-jawab antara kami.

Mat : Boleh order lain tak?
Aku : Kenapa pula?... dahi dah berkerut-kerut diterpa kehairanan..
Mat : Nasi habis. Baru nak ambil kat restoran bawah.
Aku : Aik.... Kenapa tak bagitahu awal-awal?... Pergi ambil menu..
Mat : Alaaa.. menu sama je... Cuma nasi yang goreng2 je tak de...
K.Nurul : Mana nak ingat menu apa yang ada...

Mamat itu berlalu pergi untuk mendapatkan menu. Dia datang balik...

Mat : Nah!...

Aku ambil menu... tenung-tenung menu...
bincang-bincang dengan Kak Nurul...
nak makan apa?..
Ok!... aku decide nak makan Bihun Cantonese.

Kena tunggu lagi... orang lain dah habis makan tapi makanan aku belum sampai lagi...
Datang Minah Mok bawa pinggan...
Aku dah senyum...
Akhirnya.... makanan sudah sampai...

Sekali Kuey tiau Cantonese yang sampai...........
Arghhh!!!......Ini memang mendatangkan kemarahan...
Minah Mok ambil pinggan tersebut dan dengan segera ke dapur untuk membetulkan kesilapan...
Aduh!!...tunggu lagi.....
selera sudah semakin hilang....
rasa macam nak cancel je...

Aku pergi ke kaunter dan tanya Minah Rus lagi..

Aku : ...pandang Minah Rus dengan muka bengang sambil angkat kening gaya Ziana Zain..
Minah Rus : tengah masak kak... tadi salah buat. Tukang masak sedang masak bihun akak tu..
Aku : Ok!... tapi, saya dah bayar harga nasi goreng ikan masin plus telur dadar tadi...

Aku terus berlalu... Kembali ke bilik VIP....
Nasib baik dia kata tengah masak.. kalau tak, memang aku dah cancel!...
Kali ini baru betul... bihun Cantonese...
Tapi, rasanya memang hampeh!... tak sedap!...
Memang tak sedap atau selera sudah hilang semua?..
Aku cuba makan lagi... dan, nampaknya tidak dapat aku habiskan....

Sudahnya..... bihun Cantonese plus Jus honeydew cuma berharga RM 5.00 sahaja.... sama harga dengan  nasi goreng ikan masin plus telur dadar plus Jus honeydew yang aku order tadi.... Actually, Bihun Cantonese harganya RM 4.00 dan jus itu cuma RM 2.00++

Bukan silap aku ya.....

KISAHNYA....

Kisah ini berlaku semalam..
di pejabat ini...
di tempat aku..
aku telah disapa oleh seseorang..
bukan hantu... tapi, manusia

Aku menerima suatu teguran yang membuatkan hati sangat mendidih. Aku tak kisah if teguran itu betul. Tapi, teguran itu so annoying.

Dia : Akak nak cakap sikit.
Aku : .... (aku cuma senyum je)
Dia : Rinn ni memang pendiam ke?..
Aku : Tak juga. Bergantung dengan siapa teman bercakap... (dalam hati : dengan kau je aku tak suka nak bercakap sangat... sebab kau poyo)
Dia : Nak bagitahu ni.... kat sini, kalau jumpa pegawai.. tak kiralah perempuan ke lelaki ke.. kalau kita tahu agama dia... bagi salam... janganlah pandang ke lain...
Aku : .................. hanya mampu tersenyum...

Apa sebenarnya yang ingin dia sampaikan?...
Kalau dia kata aku tak hormat pegawai...
Jumpa pegawai tak bagi salam...
yang selama ini aku buat tu apa??...
Nak aku hentak kaki...bagi tabik hormat bagai???

Siapa pegawai yang aku tak pernah tegur?
Menyampah macam mana sekali pun aku dengan pegawai tu... aku tetap tegur...
Bila pula masanya aku pandang ke lain?...
Kenyataan itu berbaur fitnah!...
Kalau ada yang aku tak tegur pun...
Itu sebab pegawai tu dah tegur aku dulu...
How to do???....

Kalau yang memberi teguran tu adalah pegawai..
OK!.. aku boleh terima...
Tapi, yang menegur itu sama juga seperti aku...
cuma dia tinggi sikit je pangkatnya...
Kalau betul pun seperti yang diperkatakan dia...
Sudah pasti 2nd boss aku dah tegur aku macam kes dulu..

Atau, hanya propa daripada dia???...





There was an error in this gadget