PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

PEMBAWAAN BUDAK..

Opsss!!!.... Tengok tu...
Belum start pun lagi...
You all dah fikirkan lain...
Bukan aku ok!

Aku nak cerita pasal alahan masa mengandung.
Ada mak mengandung tapi bapa yang alah..
Ok!.. itu biasa kita dengar.

Macam mana pula dengan situasi ini?
Orang lain mengandung tapi orang lain pula yang alah..
Percaya tak?
Aku pun tak nak percaya.
Apa kata you all baca dulu sampai habis..

Di office aku ni adalah seorang wanita yang sedang mengandung..
Nak dijadikan cerita, sebelum dia pregnant..
Aku tak pernah nak ambil port pasal dia..
Sebab aku tak mesra pun dengan dia..
Buang masa aku beb!
Dan, aku tak pasti..
Bila rasa itu bermula...
Tanpa aku sedari, aku jadi menyampah dengan dia tanpa ada alasan yang munasabah.
Puas aku fikirkan apakah kesalahan dia...
Jenuh aku berfikir...
Aku masih belum ketemu jawapan...
Sehingga pada suatu hari...
Di kantin..
Semua makanan yang aku pesan...
Terasa masin....
Sedangkan orang lain makan berselera...
Aku mula berfikir yang bukan-bukan....
Adakah aku.....??...

Akhirnya....
Aku dapat jawapan itu...
Aku tidak mengandung tapi orang itu sebenarnya...
Pelik!
Dia yang mengandung bukan aku...
Kenapa aku yang terasa???....

WOW!!!...BUKAN IKLAN CELCOM...

Wow!!!!... ini bukan iklan Celcom yang selalu tayang kat TV tu..
Aku terkejut sangat...
Dah lama aku tak buka website nuffnang.com.my...
Baru hari ni teringat nak buka...
Sekali lagi wow!!...
Aku dapat 3 BE....
Tak percaya?
Tak apa.....




















Nampak tak?? Nampak tak??...
Aku tau 3 tu masih tak banyak...
Tapi, aku happy...
Dah lama aku tak dapat BE tau...
Hah?... BE tu apa???
BE stand for Buffered Earning...
nak tau lebih lanjut???
Silalah tanya Miss Nuffy ye...

Berbulan aku tunggu...
Akhirnya, ada juga BE...
Penantian itu satu penyeksaan..
Tapi, tak apa..
Berakit-rakit ke hulu..
Berenang-renang ke tepian..
Bersakit-sakit dahulu...
Bersenang-senang kemudian....
Inilah dia berkat kesabaranku.... hehehe


Terima kasih nuffnang.com.my .. Lain kali bagilah BE lagi...hehehe

AKU & 20102010

Tiada cerita menarik yang ingin digembar-gemburkan..
Tiada gambar untuk dikomersialkan..
Sekadar cerita biasa untuk tatapan semua..
Macamlah cerita-cerita sebelum ini menarik sangatkan??...huh...

20102010...
Apa yang unik tentang angka ini?
Ada orang bersalinkah?
Ada orang nak bertunangkah?
Atau, ada yang ingin bernikah?...

20102010...
Tidaklah seunik 10.10.10..
Tiada cerita yang menarik pun di sebaliknya..

20102010 adalah tarikh semalam...
Semalam adalah hari aku MC..
Aku MC sebab Diarrhea.
Bukan sengaja mengada-ada tak nak datang office..
Juga bukan Emergency Planning Leave!

Sehari sebelum itu, si kecil Zahraa pun Diarrhea
Cerita tentang dia sila baca di sini.



KASUT BARU

Untuk bacaan yang lebih jelas dan terang..
Tak perlu pakai kaca mata.
Hanya memerlukan you all baca entry berkaitan terlebih dahulu.

Dah habis baca??..
Ok!... inilah kasut yang aku maksudkan itu.  
So nice bila disarungkan ke kakiku...  
As I told already, kasut ini aku beli di sebuah kedai kecil bertempat di Terminal One.


Kasut raya 2010


Tapi, kasut baru ini sudah buat hal dengan aku.
Time nak pergi majlis jamuan raya kat office lama aku, tiba-tiba pula tapak kasut ni tertanggal..
Aduyai... nasib baik jumpa..  
Credit to Kak Nurul yang tolong carikan untuk aku.
Tajamnya mata dia.
Kalau bukan sebab Kak Nurul, memang aku dah campak dah kasut ni.
Buat malu aku je..

Actually, bukan kasut ni yang problem.
Jalan kat office aku ni yang tak rata. habis rosak kasut aku...
Hahaha!!!... lagi nak salahkan jalan pula.
Mengaku je la engkau tu yang tak pandai jaga kasut...hahaaa...

Eh!!... Apa yang aku melalut ni??....
Aku cuma nak bagitahu yang kasut aku ni ramai benar peminatnya.
Siap nak try lagi... Perghh!!... nasib baik kaki orang tu besar...
So, tak bolehlah nak try kasut aku yang ber-size comel ni...heheh..




HARI RAYA YANG LALU...

Hari raya dah habis erk??....Aku ingat masih raya lagi...hehee.... Aku buat entry ini semata-mata kerana para sabahat sahabat yang bertanya aku kenapa tiada satu pun gambar raya dalam facebook aku mahupun Inchek Hubby? Ok!... ini entry untuk you all... Aku bagi lump sum tau!...

Raya 2008





Ini gambar raya tahun 2008. Aku sedang mengandungkan Zahraa time tu... Time tu dah masuh 5 bulan dah... Eh!... you all tak perasan ke??... Aku memang tengah pregnant time tu. Sumpah! aku tak tipu... You all nampak perut aku macam kempis je kan?... Itulah untungnya orang berbadan kecil macam aku...huhu...

Raya 2009

Gambar kat atas ni pula raya last year. Walaupun dah selamat melahirkan seorang anak perempuan, badanku tetap maintain ok!... hahaha.... Jangan jealous ye...

Raya 2010


Ini gambar raya untuk tahun 2010. Eh!.. Mana gambar sambutan hari raya di office baru??... Hurmmm... baru aku perasan... semua gambar yang aku letak di sini semuanya hanya dengan kawan-kawan lama... Jangan risau!...kalau aku tak silap, gambar jamuan hari raya office baru ada dengan Kak Nurul. Aku tak sempat nak copy dari netbook beliau... Kalau aku ada masa free nanti, aku upload-lah kat sini nanti...

Hakikatnya, aku rindu dengan suasana sambutan hari raya di situ.... Rindu sangat!!!...


APA KES??....

Aku sangat busy sejak pagi tadi...  
So, aku memang tak berkesempatan untuk membuka mana-mana website pun.
Kalau ada pun, baru buka petang tadi tau!...
Nak update blog pun tak sempat...
Tak ade idea sebenarnya.
Balik dari rumah terbuka...eh!..pejabat terbuka JTKNS.. (macam tak sedap je bunyi).. aku terus connect celcom broadband dan buka blog ini...
Terbuntang biji mata aku tau... terkejut tengok reading list jadi macam ni...



















Kenapa jadi macam ni? Tak suka! tak suka!...... kembalikan dia seperti sebelum ini...
Tolonglah!...
Adakah Blogspot sedang mengalami masalah teknikal?...
Hurm... Atau, aku yang tertinggal sesuatu?....
Ada sesiapa yang boleh tolong explain untuk aku tak kenapa reading list boleh jadi macam itu?...




PANDAIKAN???......

Aku dah lama nak buat entry pasal ini.
Tapi, aku selalu lupa.
Maklumlah... aku kan manusia biasa je.
Gambar ini aku dah pernah published kat facebook aku.
Entry ini sekadar mengingat kembali je...

parking cantik je..



Kejadian berlaku dalam bulan puasa yang telah melabuhkan tirainya 2 bulan lalu. Time ni, aku join Fatil & Ana ke PKNS untuk mencuci mata. Sejurus selepas mengambil tiket parking, aku terpandang kereta ini. Terdetik di hati... Wah! baik punya parking. Tangan automatik seluk poket dan ambil gambar. Maka, inilah dia.... Baik punya parking... Bukan calang-calang driver boleh parking macam ni... Aku pun tak tahu kat mana dia belajar parking kereta. Tapi , memang terbaiklah!... Aku nak belajarlah dengan tuan punya kereta ni... Chait!... nak bawa kereta pun takut... lesen pun tak ada.... ada hati nak belajar kereta... huh!...

Inilah yang dinamakan pandai memanfaatkan segala ruang yang ada. Walaupun petak parking dah penuh... tapi, tetap ada ruang untuk tuan punya kereta ni parking. Memang baguslah!...  



PUISI UNTUK SUAMIKU

Antara perbualan aku dengan Inchek Hubby berkenaan hal ini.

I.H  : Mama tak nak cipta sajak untuk papa ke?..
Aku : Ape??...sajak??...(telan air liur)....
I.H. :  Mama kan pandai tulis sajak... buatlah 1 untuk papa...
Aku : Tengoklah nanti kalau ilham datang...
I.H  : .... (tersenyum).....

Tahu tak berapa lama baru dapat memenuhi permintaan Inchek Hubby ni? Tulis sajak ni bukan macam kita tulis karangan sekolah rendah tu. Ayat mesti kreatif... Mesti menusuk ke jiwa.. Aduh!!...pening aku... ilham pula tak datang-datang lagi..

Hari ini, ilham pun hadir tanpa rasa malas... datang mencurah-curah... Berkali-kali diolah agar sedap dibaca...tajam menusuk jiwa... tapi, makin tak sedap pula bunyinya.... Sudahnya, terhasillah Kerana Kau Suami .... maka, tertunailah permintaan Inchek Hubby itu... Kalau nak baca sajak tersebut, silalah layari : (suarahatiberkata)... Blog ini juga milik aku dan intipatinya lebih kepada puisi-puisi ciptaan aku sendiri.... promo sebentar...heheee.... Inchek Hubby... tolong baca kat blog yang itu ya....hehehee




There was an error in this gadget