PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

FAVOURITE BOOTS..

Sebelum ini, aku ada berjanji dengan kie-yu dari R4T nak upload gambar boots yang menjadi kesayanganku sejak dulu lagi. Hari ini baru berkesempatan meng-upload gambar yang dijanjikan. Entry berkaitan sila baca di sini.

Inilah boots kesayanganku itu



Latar belakang boots ini adalah seperti berikut ;

Shop - VISS ( cawangan mana pun aku tak ingat )
Year - sumpah! aku tak ingat.. apa yang pasti, aku dah lama pakai boots ni.. since aku stay kat Putrajaya lagi..
Color - Dark brown

Actually, aku sangat sayang boots ini.  Aku tak sampai hati nak buang dalam tong sampah. Nampak sangat buruk kan? Aku suka sangat design boots ni. Tirus kat depan. Merata juga aku cari boots yang sama macam ini. Tapi, aku tak jumpa! Mungkin kedai-kedai di Malaysia sudah tidak mengeluarkan design yang macam ini. Boots yang ada kebanyakkannya aku nampak macam kasut polis je... Sorry! aku tak minat design yang macam itu. Nampak sangat formal. Design lain pun aku tak berapa berminat.. Tak suitable untuk usia macam aku.

Oleh kerana boots yang aku cari selama ini tidak dapat ditemui di mana-mana kedai lagi.. Aku pun pasrah!.. Aku redha!.. ( ayat tak boleh layan )...

Once upon a time in Terminal 1, kami bertiga berjalan-jalan untuk mencari kasut inchek hubby . Sambil menyelam minum air. Sementara menunggu inchek hubby membelek-belek kasut, aku pun pusing-pusing di kedai tersebut. Dengan harapan agar berlaku keajaiban di situ. Tapi, aku masih hampa. Masih belum bertemu dengan boots idaman kalbu. Aku pergi ke kedai kasut bersebelahan. Try mana-mana kasut yang aku berkenan. Nak juga kasut baru walaupun boots impian tak dapat dimiliki. Aku sudah nampak kasut itu.. keinginan untuk memilikinya mula membuak-buak. Aku sabarkan hati ini. Sabar!..Sabar!.. macam-macam kasut sudah cuba disarungkan ke kaki. Tapi, semuanya tidak menepati aku punya taste. Kasut itu masih di hati. Aduh!!.... Setelah keinginan ini diluahkan kepada inchek hubby, akhirnya kasut itu jadi milikku jua... Terima kasih inchek hubby. Eh!... that kasut aku bayar menggunakan duit sendiri.. Tiada kena-mengena dengan inchek hubby. Kenapa nak berterima kasih pula?... (kenyataan bakal mengundang kontroversi)... anyway, thanks to my husband to support me to buy the new shoes...
 


2 cakap-cakap:

ken said...

nice boots =)

princess_eryna said...

yep... still loving that boots...

There was an error in this gadget