PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

1 MALAYSIA : DULU-DULU

Mungkin entri aku kali ini sangat panjang... Dan, mungkin juga sangat pendek.. Aku sebenarnya belum ada idea untuk mencurahkannya di sini walaupun segalanya tertulis di minda. Apa yang pasti, aku tidak akan bercerita tentang Lim Li Lian atau Namewee itu. Bercerita tentang mereka hanya akan menghangatkan lagi semangat perkaumanku.

Aku ingin berkongsi sesuatu yang aku faham tentang 1 Malaysia. Bagi aku, 1 Malaysia sudah lama wujud. Cuma kita sahaja yang kurang menyedarinya.

Anda kenal siapa ini ?

Bapa Kemerdekaan






















Dia orang Melayu kan??? Jangan kata aku racist dulu... Baca apa yang aku tulis selepas ini.

Dia ini pula bangsa Cina bukan???....

Tun Tan Cheng Lock




















Yang ini pun bangsa Cina juga bukan?

Tun H.S. Lee























Yang ini pula confirmed bangsa India....

Tun Sambanthan

























Mereka inilah yang berganding bahu untuk memerdekakan negara kita daripada penjajah. Sebenarnya ramai lagi di belakang mereka. Ada Tun Sardon Jubir, Tun. Dr.Ismail, Ada Haji Abdullah Fahmi (Datuk kepada mantan Perdana Menteri kita yang ke-4). Dato' Sir Onn Jafaar tidak harus aku lupakan. Tapi, kali ini aku tidak mahu menyentuh walau 1 pun tentang beliau. (Lihat pada tajuk entri). Aku tidak rasa bersalah sedikit pun kerana tidak memasukkan nama beliau dalam list ini. Nama beliau akan aku masukkan dalam 1 entri yang lain... yang belum aku fikirkan tajuk dan draft-nya lagi.

Kalian kenal siapa Tun Tan Cheng Lock? Tun H.S. Lee? Tun Sambanthan? Tunku? Kalau kalian tidak mengenali mereka, sila kembali ke sekolah untuk belajar tentang sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Semangat 1 Malaysia yang ada pada diri mereka itu patut kita contohi. Tidak kira apa bangsa dan agama. Mereka tetap bersatu untuk mendapatkan kemerdekaan Malaysia.

Aku tabik dengan semangat mereka.

p/s : dulu-dulu mereka tak kata 1 Malaysia sebab Malaysia belum ditubuhkan lagi...





0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget