PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

NO! NO! NO! NO MORE CLICK FRAUD..

Pengumuman..pengumuman.. siapa yang punya blog... punya nuffnang... sila baca ini entry. Sila nyanyi macam irama lagu Wali band itu ya.. Ini bukanlah entry berbentuk pengumuman sebenarnya. Hanya sekadar perkongsian ilmu semata-mata.

Alkisahnya, sebentar tadi aku baru sahaja selesai membaca tulisan mengenai click fraud ini dalam blog Kepala Bergetar dan juga blog FitriHadi. Time aku mula berjinak dengan blog dulu, aku belum kenal apa itu nuffnang. Blog aku sangat bersih ketika itu. Apabila aku mula mengenali nuffnang, maka aku pun turut meletakkannya dalam blog aku. Malah, melaluinya juga aku boleh menjana pendapatan sampingan... Fulamak!... Cantik... Dan, aku telah pun merasa hasil pendapatanku melalui nuffnang itu. 

Time aku mula berjinak-jinak dengan nuffnang, aku suka sangat click sendiri iklan yang ada dalam blog aku.. tanpa mengetahui bahawa itu adalah satu kesalahan. Apabila aku mendapat tahu tentang itu, aku terus menghentikan perbuatanku itu. Baru aku tersedar akan kesilapanku. So, aku nasihatkan kepada mana-mana bloggers agar tidak melakukan perkara seperti itu. If, you all ada tolong click iklan dalam mana-mana blog pun, tak perlu canang kat tuan punya blog. Sesiapa yang ada account nuffnang mesti faham tentang terma dan syarat yang sudah nuffnang tetapkan...kan???...












Nak tahu apa itu click fraud? sila click di sini.

Di antara perbuatan click fraud yang selalu orang buat:
  • klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
  • mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
  • menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang.
Copy from here

Pesanan ringkas : tolonglah jangan tinggalkan pesanan penaja di dalam shoutbox aku ye... Nanti tak pasal-pasal blog aku pun terkena tempias click fraud...... Harap Maklum!!!


FAVOURITE BOOTS..

Sebelum ini, aku ada berjanji dengan kie-yu dari R4T nak upload gambar boots yang menjadi kesayanganku sejak dulu lagi. Hari ini baru berkesempatan meng-upload gambar yang dijanjikan. Entry berkaitan sila baca di sini.

Inilah boots kesayanganku itu



Latar belakang boots ini adalah seperti berikut ;

Shop - VISS ( cawangan mana pun aku tak ingat )
Year - sumpah! aku tak ingat.. apa yang pasti, aku dah lama pakai boots ni.. since aku stay kat Putrajaya lagi..
Color - Dark brown

Actually, aku sangat sayang boots ini.  Aku tak sampai hati nak buang dalam tong sampah. Nampak sangat buruk kan? Aku suka sangat design boots ni. Tirus kat depan. Merata juga aku cari boots yang sama macam ini. Tapi, aku tak jumpa! Mungkin kedai-kedai di Malaysia sudah tidak mengeluarkan design yang macam ini. Boots yang ada kebanyakkannya aku nampak macam kasut polis je... Sorry! aku tak minat design yang macam itu. Nampak sangat formal. Design lain pun aku tak berapa berminat.. Tak suitable untuk usia macam aku.

Oleh kerana boots yang aku cari selama ini tidak dapat ditemui di mana-mana kedai lagi.. Aku pun pasrah!.. Aku redha!.. ( ayat tak boleh layan )...

Once upon a time in Terminal 1, kami bertiga berjalan-jalan untuk mencari kasut inchek hubby . Sambil menyelam minum air. Sementara menunggu inchek hubby membelek-belek kasut, aku pun pusing-pusing di kedai tersebut. Dengan harapan agar berlaku keajaiban di situ. Tapi, aku masih hampa. Masih belum bertemu dengan boots idaman kalbu. Aku pergi ke kedai kasut bersebelahan. Try mana-mana kasut yang aku berkenan. Nak juga kasut baru walaupun boots impian tak dapat dimiliki. Aku sudah nampak kasut itu.. keinginan untuk memilikinya mula membuak-buak. Aku sabarkan hati ini. Sabar!..Sabar!.. macam-macam kasut sudah cuba disarungkan ke kaki. Tapi, semuanya tidak menepati aku punya taste. Kasut itu masih di hati. Aduh!!.... Setelah keinginan ini diluahkan kepada inchek hubby, akhirnya kasut itu jadi milikku jua... Terima kasih inchek hubby. Eh!... that kasut aku bayar menggunakan duit sendiri.. Tiada kena-mengena dengan inchek hubby. Kenapa nak berterima kasih pula?... (kenyataan bakal mengundang kontroversi)... anyway, thanks to my husband to support me to buy the new shoes...
 


10 SYAWAL KE??

Eh!... today dah masuk hari ke-10 dalam bulan Syawal ke? Ya Allah! kenapa aku tak perasan ye? Aku ingatkan baru 4-5 hari lepas je tengok anak bulan... Rupa-rupanya dah 10 hari berlalu dah... Dan, aku baru perasan yang aku belum lagi memberikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para readers semua. (adakah?)  Maaf ye... alpa untuk seketika. Kiranya aku ada melakukan sebarang kesilapan sepanjang blogging @ blogwalking... harap dapatlah dimaafkan ye...

Aku harap masih belum terlewat untuk mengucapkan ucapan Aidilfitri lagi. Sambutan raya kan sebulan... hehehe..... Transparent! Gambar raya tahun ni langsung tiada.. Adakah kehangatan Aidilfitri dalam diriku sudah mula pudar atau pun aku tidak berkesempatan untuk bergambar sempena Aidilfitri tahun ini?... (Padahal mengada-ngada nak bergambar cuma jurufoto je tak de)...

Tapi, disebabkan entry ini adalah cerita tentang raya.... So, aku cuma ada 1 gambar yang boleh aku kaitkan dengan entry ini.

Baju raya 2010




Ok! ini adalah baju raya aku bagi tahun ini. Aku sebenarnya mencari baju raya berwarna dark brown untuk dipadankan dengan selendang. Cari punya cari... Sampailah hari-hari terakhir Ramadhan... aku masih tidak berjumpa dengan pilihan hati. Sudahnya, minggu ke-3 Ramadhan... aku temui baju ini. Walaupun tidak dapat memenuhi impian hati. Aku gagahkan jua untuk membeli baju ini. Kebetulan pula, baju ini cuma ada 1 saja lagi dan size yang tinggal memang bersesuaian denganku. Dapatlah aku beraya dengan baju berwarna dark brown seperti yang diidam-idamkan. Cuma, 1 saja yang aku kurang berpuas hati. Wristlet coach brown yang aku order belum sampai-sampai lagi. Aku dimaklumkan bahawa wristlet tersebut sudah di-post pada hari Jumaat seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan. Sekali lagi angan-anganku untuk memakai baju dan selendang dengan wristlet berwarna brown tidak kesampaian. Sedih tau!... 

Kalau aku rajin, nanti aku akan uploadkan gambar selendang brown itu... Tunggu saja entry akan datang..



LAWATAN YDH TAN SRI KETUA POLIS NEGARA

Orang lain sibuk update blog pasal raya tapi aku update pasal Majlis perjumpaan sempena persaraan YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan bersama Pegawai. Anggota pangkat rendah dan Kakitangan awam yang berlangsung di perkarangan Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor pada pagi tadi.

diambil dari celah-celah orang ramai


















Aku malas nak update panjang-panjang tentang perjumpaan itu. Aku cuma nak bagitahu yang aku sempat bersalaman dengan YDH Tan Sri KPN... Gambar sedang bersalam sahaja yang tidak dapat aku tunjukkan kepada anda semua. Harap dapat dimaafkan.


Diambil menggunakan Nokia X6 ku..






















WANTED WEDDING PHOTOGRAPHER!!!

Sebenarnya, cerita ini sudah lama berlaku tapi aku tidak berkesempatan untuk meng-update tentang itu di sini. Aku cuma ingin membantu seorang rakan yang menjadi mangsa penipuan beliau. Kalau tidak silap, ramai lagi client beliau yang menjadi mangsa. Penipuan ini juga telah dilaporkan kepada pihak polis tapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Menurut seorang mangsa yang aku kenali, beliau sudah membuat bayaran melalui bank account transfer. Tapi, album gambar perkahwinan beliau masih tidak diperolehi sehingga ke hari ini.  Kedua-dua nombor telefon yang diberikan juga tidak dapat dihubungi. Aku akan cuba dapatkan details tentang ini daripada mangsa tersebut dan akan update dari semasa ke semasa.

Ini dia photographer yang aku maksudkan itu.

Razi - Selambakreatif























Beliau juga memiliki laman blog : http://raziselambakreatif.blogspot.com

Kepada sesiapa yang mengenali beliau, minta tolong sampaikan pesanan dari mangsa : "Apa cerita album gambar perkahwinan saya?".....

Dan, kalau boleh.... minta tolong war-warkan tentang photographer ini kepada semua kawan-kawan lain agar tiada lagi mangsa penipuan seterusnya. Inginkan maklumat lanjut, sila email aku ok!...


1 MALAYSIA : DULU-DULU

Mungkin entri aku kali ini sangat panjang... Dan, mungkin juga sangat pendek.. Aku sebenarnya belum ada idea untuk mencurahkannya di sini walaupun segalanya tertulis di minda. Apa yang pasti, aku tidak akan bercerita tentang Lim Li Lian atau Namewee itu. Bercerita tentang mereka hanya akan menghangatkan lagi semangat perkaumanku.

Aku ingin berkongsi sesuatu yang aku faham tentang 1 Malaysia. Bagi aku, 1 Malaysia sudah lama wujud. Cuma kita sahaja yang kurang menyedarinya.

Anda kenal siapa ini ?

Bapa Kemerdekaan






















Dia orang Melayu kan??? Jangan kata aku racist dulu... Baca apa yang aku tulis selepas ini.

Dia ini pula bangsa Cina bukan???....

Tun Tan Cheng Lock




















Yang ini pun bangsa Cina juga bukan?

Tun H.S. Lee























Yang ini pula confirmed bangsa India....

Tun Sambanthan

























Mereka inilah yang berganding bahu untuk memerdekakan negara kita daripada penjajah. Sebenarnya ramai lagi di belakang mereka. Ada Tun Sardon Jubir, Tun. Dr.Ismail, Ada Haji Abdullah Fahmi (Datuk kepada mantan Perdana Menteri kita yang ke-4). Dato' Sir Onn Jafaar tidak harus aku lupakan. Tapi, kali ini aku tidak mahu menyentuh walau 1 pun tentang beliau. (Lihat pada tajuk entri). Aku tidak rasa bersalah sedikit pun kerana tidak memasukkan nama beliau dalam list ini. Nama beliau akan aku masukkan dalam 1 entri yang lain... yang belum aku fikirkan tajuk dan draft-nya lagi.

Kalian kenal siapa Tun Tan Cheng Lock? Tun H.S. Lee? Tun Sambanthan? Tunku? Kalau kalian tidak mengenali mereka, sila kembali ke sekolah untuk belajar tentang sejarah kemerdekaan Tanah Melayu. Semangat 1 Malaysia yang ada pada diri mereka itu patut kita contohi. Tidak kira apa bangsa dan agama. Mereka tetap bersatu untuk mendapatkan kemerdekaan Malaysia.

Aku tabik dengan semangat mereka.

p/s : dulu-dulu mereka tak kata 1 Malaysia sebab Malaysia belum ditubuhkan lagi...





There was an error in this gadget