PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

SAMA TAPI SERUPA TAK???

Ini cerita tentang Ramadhan pertamaku di tempat orang. Berlaku 8 tahun yang lalu di sebuah kedai makan yang lokasinya tidak mampu untuk diingati.

Alkisahnya, petang itu telah berlaku satu silap faham antara aku, pelayan dan menu.  Aku buka menu.... dan ambil masa untuk membaca satu persatu. Menu pula tiada bergambar. Oleh kerana nama makanan itu sangat sinonim pada diriku... So, aku main order je.

Dalam menu yang ada di depan mata aku... ada  tertulis soto... Yes! makanan kegemaranku boleh didapati di sini. Dengan penuh kegembiraan, aku pun memanggil pelayan tadi dan terus meng-order makanan tersebut.

Dalam 15 - 20 minit, hidangan itu pun dihantar kepadaku. Aku termenung seketika.. Eh! aku order soto... kenapa ini yang datang?... Pelayan ni silap tuliskah?... Macam-macam bermain di fikiranku...

Aku order ini....












Tapi, yang dihidangkan adalah ini...



















Hurmmmm.... Aku hampir-hampir ingin memarahi pelayan itu. Tapi, aku punya teman makan semeja menyuruhku bersabar. Dan, dia menerangkan bahawa apa yang terhidang di hadapanku itu memang dikenali dengan nama soto sejak turun-temurun lagi.... soto yang aku maksudkan itu pula namanya bihun sup.....  Aduh!!!...... itulah kesamaan yang tak serupa..... Di Sabah, bihun sup itu dikenali dengan nama soto....

-------------------------------------------------
lama betul aku draft dan peram entri yang ini....
Terima kasih kepada Google untuk gambar-gambar ini.




1 cakap-cakap:

Nazz@Purple said...

hehehehe..lain tempat lain namenye..

There was an error in this gadget