PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

MEE BERKUAHKAN....... SEDAP JUGA!

Semalam, class ADS460 tidak ada kerana telah digantikan pada hari Sabtu. Kononnya lecturer ada hal. Cancel last minutes. Aku terima dengan redha. Class BEL422 pula dibatalkan kerana lecturer terlibat dengan workshop MUET. Pastinya akan diganti pada bila-bila masa sahaja. Abaikan tentang itu. Aku nak bercerita tentang hal lain...

Disebabkan class canceled, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk memenuhi undangan majlis ulang tahun anak seorang kawan lamaku. Kami agak terlewat tiba ke majlis tersebut. Di majlis itu, aku sempat menemui 2 orang mak yong iaitu Kak Naim dan Che Eja... Comel je aku tengok depa bawa perut. Aku hampir terlupa tentang seseorang... si anak dara pun ada sekali... siapa lagi kalau bukan Ac-Lah... Tapi, bukan itu yang ingin aku kongsikan sebenarnya. Aku ingin berkongsi tentang juadah yang dihidangkan kepada para tetamu. Kalau aku tidak tersilap pandang, ada roti jala & mee kari.

Aku dan Inchek Hubby pun cedoklah mee ke dalam mangkuk. Completed set.  Tanpa ada rasa serba-salah.. Tanpa ada rasa was-was...Tanpa menyedari sebarang kesilapan... Kami dah habis makan.. baru tersedar yang kami sebenarnya silap cedok kuah.. Mee dimakan bersama dengan kuah roti jala... Patutlah tekak tak berapa nak terima...  





1 cakap-cakap:

Kie-yu said...

Kie-yu kalau mkn wajib ada kuah
kalo tak ilang selera
hee :D

There was an error in this gadget