PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

EH! DAH SEMINGGU RUPANYA....

Sedar tak sedar rupanya hari ini sudah masuk hari ke-7 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Aku langsung tak perasan. Patutlah blogger-blogger lain sibuk memaparkan cerita tentang juadah berbuka puasa.

So, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam tidak kira di mana saja anda berada.

Sudah 8 tahun aku berpuasa di tempat orang. Rindu pula rasanya hendak berpuasa di kampung halaman sendiri. Rindu ingin berbuka puasa dengan emak dan bapaku. Rindu dengan ikan bakar dan cicah air asam air tangan bapaku. Di sini, aku masih boleh makan ikan bakar dengan cicah air asam tapi tidak sama dengan air tangan bapaku. Kami sekeluarga akan membakar ikan di kawasan lapang berhampiran dengan dapur. Aku rindukan moment itu.

Di sana, aku rajin menemani emak ke bazaar Ramadhan untuk membeli juadah. Aku suka membeli air cendol buatan seorang makcik yang berniaga di bawah panggung. Panggung itu entah apa jadinya sekarang. Aku sudah lama tidak singgah di situ. Bazaar Ramadhan pun sudah beberapa kali beralih tempat. Dari tapak tamu... kemudian berpindah ke seberang.... kembali semula ke tapak tamu.... tidak dapat aku pastikan tempatnya sekarang.

Rindunya aku pada moment itu. Tapi, sekarang.... suasana itu sudah tidak sama seperti dulu. Kalaulah boleh kuundurkan masa...... ingin saja aku kembali ke masa itu.

Aktiviti malam sepanjang bulan Ramadhan ketika itu pula adalah berterawikh di masjid. Biasanya, kami akan solat terawikh 8 rakaat saja. Dan, yang pasti..... ada saja ole-ole yang kami bawa balik dari masjid...

Rindunya.........


4 cakap-cakap:

a d r e y n i e e l i s y a said...

naa.. balik raya ja la..
huhuhu..
:)

princess_eryna said...

@a d r e y n i e e l i s y a

x dpt blk... kalo blk pun, suasana mcm tuh teda suda....

Kie-yu said...

hee :D
takpe sis
masa tu akan dtg juga nnt ~

afendi ariff said...

waaa...igt mak aku jgk!

There was an error in this gadget