PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

SERUPA?? KENAPA TAK SAMA?

Ini lagi suatu perbezaan yang aku temui sepanjang berada di tempat orang. Benda / makanan yang memiliki rupa bentuk yang sama tetapi namanya berlainan.




















Di Sabah, makanan ini dikenali dengan nama kuih terang bulan.. refer ( sini )
Di sini pula, orang memanggilnya dengan nama apam balik...
Dan, ada pula orang yang panggil makanan ini dengan pancake...
Ikut you all nak panggil apa pun...
Tapi, aku lebih selesa dengan nama terang bulan...
Itu kerana nama tersebut memang sudah sinonim denganku sejak kecil lagi...
Cuma, bila aku berada di sini, barulah aku gunakan nama apam balik....




LISA SURIHANI SUDI JENGUK BLOG AKU

Wah!!!..... Lisa Surihani jenguk blog aku. Aku patut rasa bangga ni. Aku sangat teruja apabila Lisa Surihani menjenguk blog aku semalam. Kamu tak percaya erk???... Ini buktinya...

Nampak tak dia???











Aku memang sangat excited gila... Mungkin blog aku bukanlah yang pertama disinggahi... Tapi, aku happy sangat... Eh! ada 1 lagi....

Sini pun ada juga!
















Tak sia-sia aku minat dengan Lisa Surihani. Sudi juga dia menjenguk blog aku yang tak seberapa ini....

------------------------------------------------------
Sorry ye.... sekadar iklan.... untuk menghiasi blog... anyway, thanks to Nuff.... bila lagi nak bagi aku Buffered Earning pula?????...........



SAMA TAPI SERUPA TAK???

Ini cerita tentang Ramadhan pertamaku di tempat orang. Berlaku 8 tahun yang lalu di sebuah kedai makan yang lokasinya tidak mampu untuk diingati.

Alkisahnya, petang itu telah berlaku satu silap faham antara aku, pelayan dan menu.  Aku buka menu.... dan ambil masa untuk membaca satu persatu. Menu pula tiada bergambar. Oleh kerana nama makanan itu sangat sinonim pada diriku... So, aku main order je.

Dalam menu yang ada di depan mata aku... ada  tertulis soto... Yes! makanan kegemaranku boleh didapati di sini. Dengan penuh kegembiraan, aku pun memanggil pelayan tadi dan terus meng-order makanan tersebut.

Dalam 15 - 20 minit, hidangan itu pun dihantar kepadaku. Aku termenung seketika.. Eh! aku order soto... kenapa ini yang datang?... Pelayan ni silap tuliskah?... Macam-macam bermain di fikiranku...

Aku order ini....












Tapi, yang dihidangkan adalah ini...



















Hurmmmm.... Aku hampir-hampir ingin memarahi pelayan itu. Tapi, aku punya teman makan semeja menyuruhku bersabar. Dan, dia menerangkan bahawa apa yang terhidang di hadapanku itu memang dikenali dengan nama soto sejak turun-temurun lagi.... soto yang aku maksudkan itu pula namanya bihun sup.....  Aduh!!!...... itulah kesamaan yang tak serupa..... Di Sabah, bihun sup itu dikenali dengan nama soto....

-------------------------------------------------
lama betul aku draft dan peram entri yang ini....
Terima kasih kepada Google untuk gambar-gambar ini.




EH! DAH SEMINGGU RUPANYA....

Sedar tak sedar rupanya hari ini sudah masuk hari ke-7 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Aku langsung tak perasan. Patutlah blogger-blogger lain sibuk memaparkan cerita tentang juadah berbuka puasa.

So, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua umat Islam tidak kira di mana saja anda berada.

Sudah 8 tahun aku berpuasa di tempat orang. Rindu pula rasanya hendak berpuasa di kampung halaman sendiri. Rindu ingin berbuka puasa dengan emak dan bapaku. Rindu dengan ikan bakar dan cicah air asam air tangan bapaku. Di sini, aku masih boleh makan ikan bakar dengan cicah air asam tapi tidak sama dengan air tangan bapaku. Kami sekeluarga akan membakar ikan di kawasan lapang berhampiran dengan dapur. Aku rindukan moment itu.

Di sana, aku rajin menemani emak ke bazaar Ramadhan untuk membeli juadah. Aku suka membeli air cendol buatan seorang makcik yang berniaga di bawah panggung. Panggung itu entah apa jadinya sekarang. Aku sudah lama tidak singgah di situ. Bazaar Ramadhan pun sudah beberapa kali beralih tempat. Dari tapak tamu... kemudian berpindah ke seberang.... kembali semula ke tapak tamu.... tidak dapat aku pastikan tempatnya sekarang.

Rindunya aku pada moment itu. Tapi, sekarang.... suasana itu sudah tidak sama seperti dulu. Kalaulah boleh kuundurkan masa...... ingin saja aku kembali ke masa itu.

Aktiviti malam sepanjang bulan Ramadhan ketika itu pula adalah berterawikh di masjid. Biasanya, kami akan solat terawikh 8 rakaat saja. Dan, yang pasti..... ada saja ole-ole yang kami bawa balik dari masjid...

Rindunya.........


LAGU SEKOLAHKU...

Teguh... berdiri tersergam indah
Inilah sekolah kita
Nadimu teruskan berjasa
Membentuk nusa bangsa

Guru.. kami takkan lupa
Tanpamu kami kecewa
Kami kan berusaha
mencapai cita-cita

Cita-cita kami, negara dan bangsa....
---------------------------------------------
Entah! tiba-tiba pula aku teringatkan lagu sekolahku ini. Lagu ini akan dinyanyikan pada setiap kali perhimpunan diadakan. Kebiasaannya pada hari Isnin setiap minggu.

Kami akan menyanyikan lagu ini selepas lagu Negaraku dan juga Sabah Tanahairku...


MEE BERKUAHKAN....... SEDAP JUGA!

Semalam, class ADS460 tidak ada kerana telah digantikan pada hari Sabtu. Kononnya lecturer ada hal. Cancel last minutes. Aku terima dengan redha. Class BEL422 pula dibatalkan kerana lecturer terlibat dengan workshop MUET. Pastinya akan diganti pada bila-bila masa sahaja. Abaikan tentang itu. Aku nak bercerita tentang hal lain...

Disebabkan class canceled, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk memenuhi undangan majlis ulang tahun anak seorang kawan lamaku. Kami agak terlewat tiba ke majlis tersebut. Di majlis itu, aku sempat menemui 2 orang mak yong iaitu Kak Naim dan Che Eja... Comel je aku tengok depa bawa perut. Aku hampir terlupa tentang seseorang... si anak dara pun ada sekali... siapa lagi kalau bukan Ac-Lah... Tapi, bukan itu yang ingin aku kongsikan sebenarnya. Aku ingin berkongsi tentang juadah yang dihidangkan kepada para tetamu. Kalau aku tidak tersilap pandang, ada roti jala & mee kari.

Aku dan Inchek Hubby pun cedoklah mee ke dalam mangkuk. Completed set.  Tanpa ada rasa serba-salah.. Tanpa ada rasa was-was...Tanpa menyedari sebarang kesilapan... Kami dah habis makan.. baru tersedar yang kami sebenarnya silap cedok kuah.. Mee dimakan bersama dengan kuah roti jala... Patutlah tekak tak berapa nak terima...  





ANGAN-ANGAN JADI KENYATAAN... WALAUPUN...

You all masih ingat tak angan-angan zaman budak-budak dulu?... Bukan apa! aku tiba-tiba teringatkan sesuatu tentang angan-anganku sebelum aku menjejakkan kaki ke Peninsular ini..

Kisahnya begini....... Once upon a time in Sabah..... aku pernah berangan-angan nak datang ke Peninsular. Aku selalu berangan jadi seorang pelakon... Hahahaha!!!... Jangan gelakkan aku.. Aku tak bersalah... Itu hanyalah angan-angan semata. Apa yang paling aku ingat sampai sekarang... aku berangan sedang belajar di sebuah IPTA di sini. Aku dapat ramai kawan... Kononnya aku adalah seorang pelajar yang sangat dikenali ramai kerana sikapku yang gila-gila.... Indahnya angan-angan itu. Padahal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Aku bukanlah seorang yang talk active.  Aku sebenarnya hanya banyak bercakap dengan orang-orang tertentu sahaja.

Apapun, ada juga angan-anganku yang menjadi kenyataan walaupun tidak semua.. Sekarang aku memang ada di Peninsular. Bakal memiliki sebuah rumah...juga di Peninsular.... Suamiku juga orang Peninsular.... Anakku juga lahir di Peninsular...

Aku juga sedang belajar di salah sebuah IPTA di Peninsular walaupun bukan sepenuh masa... Tapi, janganlah samakan aku dengan Mat Jenin. Mat Jenin berangan time panjat pokok kelapa. Asyik dengan angan-angan itu yang menyebabkan dia terjatuh.... Hurrrmmmm.... Kalau aku berangan-angan lebih daripada itu, aku rasa pencapaian aku mungkin lebih baik kot.... hahahaaa!!!.... Kalaulah aku berangan jadi menteri ketika itu??...  Sekarang mungkin aku sudah berkecimpung dalam arena politik tanahair... Maklumlah! family background aku memang bersangkut-paut dengan politik...

~~ aku masih suka berangan sehingga kini~~



PUASA PUN BELUM LAGI..... TAPI,...

Bulan Ramadhan bakal menjelang tidak lama lagi. Aku masih berhutang 2 hari. Entah bila boleh aku lunaskan hutang tersebut. Sebenarnya, aku bukan nak bercerita tentang itu. Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan dengan kamu semua.

Di sini, sekarang ini sedang panas dengan isu cuti raya. Kami cuma boleh ambil cuti sebelum atau selepas raya saja. Dah sah-sahlah orang semua nak bercuti masa raya tu. Apa hal pula nak kena ambil cuti sebelum atau selepas???.... Sebelum tu bukankah masih puasa??... Aku rasa ada orang dengki ni...  ~off record~

Aku tak kira. Aku tetap dengan keputusan aku nak cuti selepas raya. Member tu pula nak ambil cuti sebelum dan selepas raya.... Halu...halu.... Aku pun tak tamak macam gitu ok!... Sudah-sudahlah tu!.... Aku tak kisah nak kerja masa raya tu tapi aku kena fikirkan perasaan hubby aku juga. Dahlah hubby pun tak ada cuti. Cuti yang ada pun memang cuti yang company bagi. Bukan cuti tahunan tau!... Cuti hubby cuma 8 hari je setahun.

Ok! lupakan tentang itu. puasa pun belum bermula tapi aku dah start cari baju kurung berwarna dark brown. Aku rasa macam sangat cantik je colour tu. Dipadankan pula dengan selendang baru yang aku beli hari tu. Memang cantiklah!... Pakai heel ala-ala but yang aku idam-idamkan itu.... perghhh!!!...terserlah kecantikan aku colour tersebut.



ULANG TAHUN AYAHANDA TERCINTA

Happy birthday to my beloved dad..

Hari ini merupakan hari ulang tahun bapaku yang ke-51.
Semoga bapaku itu dimurahkan rezekinya...
Dipermudahkan segala urusannya dunia dan akhirat..
Semoga dilapangkan dada dan fikirannya...
Aku sangat rindukan bapaku itu..
Aku mahu melihat dia seceria dahulu..
Aku masih ingin mendengar lawak bicaranya...
Aku ingin dia sihat selamanya...

Ya Allah! ya tuhanku, aku menadah kedua belah tanganku..
Memohon kepada-Mu...Kau ampunkanlah dosa-dosanya
kerana aku tahu, dia sudah tidak tertanggung dosa-dosa silam keluargaku...
Aku memohon kepada-Mu Ya Allah!.... Kau permudahkanlah segalanya bagi bapaku itu....
Aku tidak sanggup melihat dia terbeban seorang diri...
Ya Allah! ya tuhanku,... kembalikanlah keceriaan bapaku itu...
Amin...




There was an error in this gadget