PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

SUARA SIAPA SUMBANG

Banyak betul suara-suara sumbang yang aku dengar dari dalam pantry tadi. Sekarang dah senyap. Dah habiskah mesyuarat pantry untuk sesi petang ini?.. Musykil juga. Waktu rehat cuma 1 hours tapi masih ramai yang melepak kat dalam pantry tu.

Aku bukan nak cerita tentang mereka. Apa yang aku nak kongsikan adalah BAHAN PERBINCANGAN mereka. Mereka mengatakan KTA dari JPA ini lebih teruk daripada PAP yang ada di department ini. Kisahnya bermula apabila salah-seorang KTA di salah sebuah daerah claim tak dapat gaji... Setelah disemak dengan penuh ketelitian oleh orang-orang yang kononnya busy bekerja, mereka mendapati bahawa KTA tersebut tidak datang bertugas untuk suatu tempoh yang agak lama tanpa sebarang alasan. Itulah yang menjadi sebab-musabab gaji beliau tidak dibayar.

Kalau betul apa yang aku dengar, aku tak akan menyalahkan pihak yang membayar gaji kerana kesilapan itu datangnya daripada individu itu sendiri. Bila gaji tidak dibayar pandai pula datang buat report. Da engkau tak datang kerja, macam mana majikan nak bayar gaji?... Aku tahu engkau tak seronok bekerja di sini. Sama macam aku juga. Tapi, aku cuba bertahan selagi aku boleh. Dan, dalam masa yang sama... aku juga berusaha untuk keluar dari sini.

Apa-apa yang melibatkan diri kita seperti gaji, kursus dan yang lain-lain, kita kena follow up sendiri dengan pihak yang bertanggungjawab. Kalau nak tunggu mereka yang menguruskan untuk kita... Memang lambatlah jawabnya.

4 cakap-cakap:

suhaisweet said...

Bekerja dgn ikhlas..baru berkat duit yg dapat..Nice..My very da very latest.. Bahaya!

princess_eryna said...

@suhaisweet

dalam bekerja memang kita kena ikhlas tapi kalau akhirnya kita terbeban macam mana???..

AiZ said...

pekerjaan memang sangat memenatkan.. lama2 dah tak best.. hujung bulan best pula.. pertengahan bulan dah tak best.. awal bulan best juga.. ^__^ gagaga


Aiz latest entry
Babysitter pukul baby pula
How to be profesional blogger
babysitter attacked by a cat brutally!

ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

princess_eryna said...

@AiZ

awal bulan sampai ujung bulan pun tetap x best... bukan pasal kerja tp adalah sbb2 yg x bleh nak dikongsikan kat cnie.... agak bahaya utk memberi jawapan secara terbuka...

There was an error in this gadget