Aku nak minta pendapat geng-geng blogger yang lain tentang masalah yang aku hadapi ini. Bukan masalah besar pun. Cuma aku masih tercari-cari template yang sesuai dengan jiwa aku. Patut tak aku tukar template baru? Aku sebenarnya cepat bosan dengan sesuatu. Tak kiralah apa pun. Tapi, aku tak bosan dengan suami tau.
Template yang aku guna sekarang ini bukan tak cantik... cool..soft je aku rasa. Tapi, entahlah!.. Aku nak tukar juga. Ada benda yang aku nak kekalkan dan ada benda yang aku nak buang. Aku masih nak ada 3 column dalam tu. Cuma aku nak buang function read more tu. Aku suka mencuba benda baru walaupun sebenarnya orang lain dah lama tahu benda tu. Nak kekalkan template ni boleh je tapi aku bukannya pandai dalam mengedit HTML code ni. Ada sesiapa di luar sana yang boleh tolong aku tak?
Aku sendiri pun rimas dengan function read more ni. Kalau aku ni pandai mengayat... pandai menarik perhatian pembaca.. oklah juga. Ini mengarang ayat pun macam tahap budak sekolah. Aduh!!... Menyalahkan diri-sendirilah pula.
Warna-warna yang sesuai untuk template blog aku, geng-geng blogger tolong pilih yang mana satu erk.
- warna merah (tapi, ada tak warna merah yang lembut mata memandang?)
- warna coklat cair yang macam sekarang
- warna biru langit
- warna oren lembut
Aku bagi masa seminggu untuk geng-geng blogger fikirkan untuk aku ye... Sesiapa yang dapat memikirkan warna yang sesuai untuk template blog baru aku nanti, walaupun tiada dalam senarai di atas... akan mendapat sesuatu daripada aku.

Entry Paling Hot Di Blog Diariummi...
-
*
*
Berikut adalah *3 Entry Paling Hot* di Blog Diariummi mengikut statistik
yang diperolehi dari blogger.com (setakat 1 Jun 2012):
Resepi Kek Coklat C...
27 minutes ago









10 cakap-cakap:
ermhhh..
rasanya yg ni dah ok..
x payah tuka pun xpe..
tp klau nak tuka i suggest guna yg biru langit tu..soft je..
biru langit or oren lembut.. tenang je mata memandang..
tukar letak warna pink! :)
nampaknya, tak de sambutan... huhu... apa pun, aku mesti tukar juga...
salam ziarah..
urmmm.. rasanya warna pink lembut/biru langit ke.. sejuk sikit kot tgk..
tukar je..ikut kata hati...
@princeduyong
ikut kate hati erk???....ermm...
aiz pun selalu tukar template.. sebab bosan dengan template sama.. ^_^ maybe u sesuai dengan warna pink
Aiz latest entry
babysitter attacked by a cat brutally! must watch!
Idea untuk susun wayar komputer
Tradisi simbah air yang kurang ajar
akum,ader byk cara untuk menukar template.ada bermacam-macam laman yang menyediakan template yang percuma.Antara yang menjadi kegemaran saya ialah the cutest blog on the block(http://www.thecutestblogontheblock.com/),ataupun gooogle blogger sendiri.Sekiranya tidak yakin untuk menukar template,save dahulu template asal anda,pastu pastikan anda berhati-hati apabila memilih template,ini kerana ada template yang xboleh di"back" kembali.tepuk dada tanya selera,berani ke mengambil perubahan,Kadang2 kiter perlu berubah untuk menyegarkan sesuatu itu.
@najib
Thanks for your advice..
Post a Comment