PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

BLOG PILIHAN KIE-YU

Aku baru balik dari Kompleks PKNS. Usha baju untuk hari raya nanti. Aku bukan nak cerita tentang baju-baju yang ada kat PKNS ataupun apa-apa yang menarik di sana. Aku sebenarnya nak cerita tentang ini. Sampai saja aku di tempatku, aku terus plug in broadband dan terus melayari internet. As usual, aku terus buka blog. Then, aku nampak sesuatu di shout box. Aku sangat teruja kerana menjadi blog pilihan kie-yu dari R4T... Terima kasih kie-yu... Tapi, apa kriteria-kriteria yang menyebabkan blog aku terpilih untuk hari ni ye??.... Apapun, terima kasih bebanyaklah ye kie-yu.... Boleh tengok kat sini.

1 lagi, kie-yu jangan lupa tau pasal kasut but aku tu.. seperti yang kita bincangkan dalam facebook tadi.. Gambarnya nanti aku upload-kan di sini. Aku punya kasut but itu sudah kelihatan usang tapi aku tetap suka memakainya.

Dan, sebelum ke Kompleks PKNS tadi.... aku dan Kak Nurul singgah di SACC Mall dulu... Alang-alang parking kat situ, baik singgah terus kan??... Singgah Bonia.. tapi, itu bukan taste aku. Tapi, bila lalu depan Vincii.... aku tertarik hati untuk singgah. Dengan harapan nak usha kasut but ... Kasut but aku yang lama pun berjenama Vincii. Aku memang sukakan kasut but berjenama Bincii Vincii. Harapan hanya tinggal harapan. Bayangan kasut but pun tidak terlihat olehku di situ. Tapi, aku ada berkenan kasut yang ala-ala but juga... cuma kasut ni mcm jaring tapi bukan macam jaring netball tu... Kasut tu memang cantik. Warna brown. Aku memang minat kasut warna dark brown ni. 

Lunch tadi aku makan set GCB... Memang sedap...


20 TAHUN NANTI

Pernah tak you all terfikir tentang apa yang akan berlaku pada 20 tahun akan datang? Untuk 5 tahun mendatang pun, aku masih belum memikirkannya. Aku sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku padaku nanti..... Tapi, aku sering terbayang bagaimana agaknya keadaan fizikalku nanti?... Adakah aku akan kelihatan seperti seorang yang gemuk dan rendang?... Hurrmmm...

Aku sebenarnya tidak bertujuan untuk mengheret you all untuk berfikir hingga ke situ.. Aku cuma mahu berkongsi sesuatu yang aku perolehi dari sebuah laman web : www.in20years.com ... Aku mahu mengajak you all semua mencubanya.... Bila melihat hasilnya, aku tersenyum sendiri... Betulkah???....

























Bayangkanlah sekiranya ini benar. Hahahaha!!... 20 tahun lagi, rasanya aku sudah berusia 48 tahun... Sesuai lagi tak bekerja??... Nampak sangat keduts kedut-kedut di wajah tua itu...


MY FAIR LADY....

Sejak ketiadaan Astro di rumah, kami suka menonton cerita 'My Fair Lady' di 8TV. Cerita Korea yang dialih bahasa ke Bahasa Cina. Bukan setakat aku seorang saja, Inchek Hubby pun layan juga cerita ni.

























Aku langsung tak perasan pelakon wanita yang memegang watak Kang-Hyena tu merupakan pelakon pujaanku suatu ketika dahulu. Dialah pelakon Princess Hours yang sangat aku minati sehingga mengabadikan nama princess dalam blog ini.

























Dalam cerita Princess Hours, dia kelihatan sangat comel dan naif sekali... Tapi, dalam My Fair Lady... dia nampak begitu elegant sehingga Inchek Hubby turut meminatinya..... (Dalam kata lain, aku nak bagitahu yang Inchek Hubby memang sehati sejiwa dengan aku)....hahahaha!

Kalau aku tidak silap, dia bernama Yoon Eun Hye. 


KURANG SIHAT

Sejak 2-3 hari ini, aku rasa macam kurang sihat.
Bermula dengan stomachache, diarrhea,... now??... headache pula....
Kepala berdenyut-denyut dari petang tadi.
Mungkin makanan yang aku makan tengahari tadi banyak ajinomoto.
Mungkin!...
Badan pun terasa panas.
Mata seperti ingin keluar dari sarangnya.
Aduh!.. Sampai bila aku harus menanggung kesakitan ini?...

Takkan nak masuk hospital lagi?..
Kalau boleh elak, memang aku tak nak ke hospital.
Harap-harap sakit ini berkuranganlah hendaknya selepas jumpa Doctor malam nanti.

nota : kehilangan idea untuk menulis blog. Harap update ini boleh diterima.


MAAF!

Aku cuma nak minta maaf kat kawan-kawan semua. Sejak akhir-akhir ini aku agak busy sedikit. So, semacam sudah lupa untuk meng-update blog. Aku tak lupa tapi aku tak sempat. Minggu untuk aku study sudah pun bermula even kerja-kerja kat office juga sudah semakin banyak yang difahami dan ingin dibuat secepat mungkin. Ditambah pula dengan stomachache yang tak tahu bila nak baik. But still have a time to log in facebook.... hahahha!

Untuk tidak menghampakan mereka yang sering mengunjungi blog ini, aku akan cuba meluangkan masa meng-update walaupun sedikit.

Pada 24/07/2010 bersamaan dengan hari Sabtu minggu lepas, kami sekeluarga dijemput oleh kawan sekerja Inchek Hubby makan tengahari di rumah beliau di Telok Panglima Garang. Sebelum sampai ke rumahnya, sesat-barat jugalah kami sampai ke Banting. Di sana, kami dijamu dengan masakan ala kampung. Aku tak ingat jenis semua masakan tapi yang pasti ada tempe. Ada sup ayam. Daging masak kicap atau dendeng.. entah! aku tak pasti... aku kan tak reti sangat masak. Ada kari ikan tenggiri.... Lama juga kami bertamu di sana. Sebelum balik, kami dijamu pula dengan daging puyoh goreng biasa & daging puyoh bersalut tepung... Alhamdulillah!... sudah jimat makan tengahari.  


POTONG LINE

Aku nak tanya pendapat geng-geng blogger sekalian.. Pernah tak you all cuba potong line member? Atau, ada tak member yang cuba nak potong line you all? Aku bukan apa. Aku geramlah dengan 'N' bukan nama sebenar ni. Dia tahu akan tengah berusaha untuk minta transfer dari sini. Mula-mula dia kata, dia boleh follow the rules or whatever yang ada kat sini. Tiba-tiba..... hari ni dia sibuk pula buat surat nak minta transfer. Aku dan dia sama-sama tahu bahawa post untuk kerani cuma ada 1 saja di sini. Aku dah pergi sana...pergi sini semata-mata nak survey kekosongan jawatan. Tiba-tiba pula member ni nak potong line aku. Tak boleh jadi ni. Aku kena bertindak cepat.

Aku dah buat surat lama dah. Aku dah hantar ke JPA. Aku dah hantar melalui saluran-saluran tertentu seperti yang diarahkan. Tapi, aku sendiri tak confident yang surat aku tu selamat sampai atau tidak ke tangan pihak yang sepatutnya. Aku akan terus buat rayuan ke JPA. Kalau boleh, aku nak pasang khemah kat depan JPA tu. Unfair-lahkan kalau member tu dapat tukar dulu. Sedangkan dia masih baru lagi kat sini. Kalau nak dibandingkan pasal pengalaman bekerja di sini, apa pengalaman yang dia dah belajar selama 2 bulan di sini?... Lagi pun, kerja yang dia buat tidaklah sebanyak mana. Tidaklah sesukar mana... Tidaklah seleceh kerja-kerja yang aku kena buat.

Tapi, banyak juga kerja-kerja dia yang aku cover. Mana boleh! 3 minggu berturut-turut pula tu. Kali ni aku memang nekad. Aku nak juga balas dendam. Aku tak kira!.... Aku memang tak reti bodek... Perghhhh!!!.... petang ni balik awal tu.... Aku bukan jealous... tapi, nak bodek pun agak-agaklah sikit.  





SULIT YANG BUKAN SULIT

Semalam, ada orang tanya aku tentang cinta. Orang yang bertanya itu bukanlah orang lain. Dia merupakan salah-seorang kawanku juga. Agak sulit untuk aku jawab persoalan itu. Tapi, aku akan cuba menjawab persoalan tersebut berdasarkan pengalaman aku sendiri. 

"Cinta itu duri. Cinta itu duka. Perlukah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji?.. Cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tapi, hanya CINTA ALLAH sahaja yang berkekalan dunia dan akhirat.... amiiiin!!"

Ayat-ayat di atas merupakan petikan dari salah sebuah novel cinta yang pernah aku baca. Tapi, aku lupa judulnya. Ayat tersebut aku pahatkan di salah-satu ruangan box dalam facebook aku.  Oppsss! Aku terlupa seketika. Kalau anda bukan sahabatku di facebook atau tidak memiliki account facebook, anda tidak akan dapat melihat profile aku di facebook.

Inilah pertanyaan yang datang daripada sahabatku itu.

"yeke cinta itu duri reen..cinta itu duka ??? cinta alasan untuk bsikap keji.. xpaham2..xplain pls"

Aduh! seharian aku duduk memikirkan jawapan kepada pertanyaan ini. Sehingga kini, aku masih memikirkan apakah ayat yang paling sesuai untuk aku mula menjawab pertanyaan sahabatku itu.


Beginilah. Ini cuma pandangan peribadiku sendiri tentang cinta. Cinta mampu membuatkan semua orang ketawa. Cinta juga mampu membuatkan semua orang menangis. Cinta juga mampu membuatkan semua orang menjadi gila. Ada insan yang menjadikan cinta sebagai medan untuk membalas dendam di atas kekecewaan yang pernah dialaminya. Dan, kerana cinta jugalah ramai di kalangan gadis-gadis sanggup menyerahkan mahkota kesucian mereka kepada teman lelaki sedangkan mereka sepatutnya menjaganya dengan baik.

Ada keluarga yang hilang kasih sayang seorang ayah hanya kerana cintanya beralih arah. Itulah duri dalam cinta.  Ada pula anak-anak yang sanggup mengenepikan ibu-bapa hanya kerana cinta mereka terhadap teman lelaki yang disangka sangat kukuh. Ada abang yang sanggup mengalah kepada si adik apabila mengetahui bahawa mereka menyayangi orang yang sama. Ada adik yang sanggup melukakan hati seorang kakak hanya kerana mencintai jejaka yang sama.

Cinta? Cinta itu tidak perlu dipaksa. Cinta itu akan hadir dengan sendiri jika kita mahu membajanya... mahu menyiramnya... Namun, semuanya tidak bermakna jika tiada keikhlasan. Dan, apa yang pasti..... hanya cinta hamba kepada tuhan penciptanya sahaja yang mampu berkekalan.

Cintaku hanya kepada Allah SWT... Sayangku hanya kepada rasulnya, Muhammad SAW... Dan, kasihku hanya untuk suamiku dan anakku..... Insya Allah! 



DURIAN...

Akhirnya, dapat juga aku makan buah durian. Mengidam wei.. Dah 2 tahun aku dipantangkan makan buah durian ni. Hari tu, aku saja cakap-cakap kat abang yang aku dah lama tak makan durian. Tup-tup, hari Sabtu 2 minggu lepas abang bawa balik durian 3 biji. Alhamdulillah!... tertunai juga hajat aku nak makan durian.



























Actually, time aku pregnant dulu... aku teringin nak makan durian. Tapi, kakak-kakak kat office aku tak bagi aku makan durian. Depa kata tak elok makan durian time pregnant. Panas. Dalam keterpaksaan, aku ikutkan juga nasihat depa. Aku cuma berpeluang jadi jurugambar saja time member-member office sedang berpesta durian. Sedih tau!... Aku cuma boleh tengok je...

Aku ingat, bila dah lepas bersalin... aku dah bolehlah makan durian. Impianku berkecai juga akhirnya. Mak aku pula tak bagi aku makan durian. Alasannya, durian panas... baby breast feed.. takut baby tak tahan nanti... Nak tak nak, aku ikut juga cakap mak aku.

Apa yang menyakitkan hati, setiap kali tibanya musim durian.... raja buah itu ada dijual di depan bus stop jalan masuk ke rumah aku. Tension ! Aku sangat tension. Aku terpaksa buat-buat tak nampak yang buah durian ada dijual di situ.

Anyway, thanks a lot my lovely hubby....


PRODUK SYAHIRAH

Nak minta pendapat kawan-kawan semua berkenaan produk Syahirah ni.













Sekarang ini aku menggunakan produk Safi je. Tapi, ada hati nak beralih arah. Safi ni bukan tak bagus. Aku dah guna produk Safi ni bertahun-tahun. Elok je kulit muka aku. Tak ada masalah. Aku je yang gatal-gatal nak try produk lain.

Produk yang aku gunakan sehingga kini


















1st time aku mula berjinak-jinak dengan Safi ni dulu... aku guna Safi Balqis.

Safi Balqis


















Tapi, rupa-rupanya Safi Balqis tidak begitu sesuai untuk jenis kulit muka macam aku. So, aku pun beralih kepada Safi ekstrak timun yang warna hijau tu. Lama juga aku guna Safi ekstrak timun tu. Sampai abang pun tumpang sekali.

Produk lain aku tak berani nak try.  Kopak purse aku nanti.

Lihatlah wajahku. Hasil penggunaan Safi ekstrak mentimun





















Gambar-gambar ini adalah hasil carian Uncle Google


AKU MEMANG KESAH!!...

Kau tak ambil kisah itu kau punya pasal. Ini kali kedua aku mendengar orang-orang bercerita tentang aku. Kau kata aku tak perform? Disuruh buat kerja baru nak buat?..  Pernah tak orang yang bercakap tu berfikir menggunakan kewarasan fikirannya?.. Inilah dia bila dah lama sangat tertutup sampaikan akal fikiran pun tertutup sama. Nak aku buka segala ceritakah?

Ok! Kau kata aku kena suruh buat kerja baru buat ye?.. Kau tahu tak masa aku mula-mula report duty kat sini, komputer pun tak ada! Aku nak buat kerja pun, kena berkongsi komputer. Oh! Time aku buat kerja kau tak nampak. Time aku tengah berehat tu yang kau nampak ye. Aku seolah-olah back to 15 years ago.


Aku nak buat kerja macam mana kalau facilities yang ada pun tak mencukupi. Kalau kertas A4 pun aku kena beli sendiri. Kalau tak beli pun, aku kena potong kertas A3. Cartridge printer pun berbulan-bulan tak dapat. Stationery pun aku beli sendiri. Ok! Aku boleh bertolak-ansur. Tapi, aku tak puas hati bila aku punya saving pun kau cut sekali. Kau pandai-pandai pula cut dari duit gaji aku untuk Tabung kau. Tanpa sebarang pemberitahuan secara lisan mahupun bertulis. Apa cerita beb?... Gaji aku dahlah sikit, tapi nak kena allocate pula untuk pembelian stationery.

Disebabkan facilities yang tak mencukupi, aku usaha sendiri. Aku bawa laptop untuk tempoh yang agak lama. Tapi, bila laptop aku rosak... duit aku juga yang keluar. Ada kau tolong bayar duit repair tu? Tak ada kan?. So, kau jangan banyak bunyi.

Kaukah yang menilai prestasi aku?.. Siapa yang boleh menilai aku? Banyak lagi yang aku nak tulis kat sini... tapi, aku masih tahu menjaga aib orang.

I am not dealing with you. So, you're not qualified to evaluate me.

Luahan ini tiada kena-mengena dengan pekerjaan aku. Cuma sedikit rasa tidak puas hati terhadap seseorang yang sering mencari kesalahanku.

DUGAAN BERPUASA

Perghhh!!!.... tajuk tak boleh tahan. Actually, aku sedang berpuasa ganti...opsss!!... terlepas sudah... Alhamdulillah!.. setakat ini, aku berjaya menghabiskan puasa sehari setengah. Masih ada balance 5 hari setengah. Boleh pula main kira setengah-setengah. Macam kembali ke zaman kanak-kanak riang ribena je aku rasa. Untuk information, office aku bersebelahan je dengan pantry. So, faham-fahamlah. Memang diduga secara langsung.

Aku berpuasa start semalam. Pepagi lagi dapat jemputan makan cake. Alamak! Dahlah cake tu aku punya favourite. Tarik nafas dalam-dalam erk. Bawalah bersabar. Tengahari pula aku follow Dayang ke Jakel. Aku dan Ain temankan Dayang beli tudung. Cerewet juga kawan aku ni. Lagi beberapa minit nak pukul 2.00 pm, kami bergegas balik ke office.

Sampai je kat office, aku terus sms abang bagitahu nak singgah beli burger kat Bukit Jelutong. So, petang itu aku pun berbuka puasa dengan burger Otai.. Aku bersahur dengan nasi goreng kampung yang aku bungkus kat Restoran Mak Jah.

Pagi ini pula, ada cake lagi. Birthday cake. Tapi, birthday mommy tak pelawa aku pun. Memanglah aku sedang berpuasa. Apa salahnya pelawa aku sekali. Hehehe!... Aku tak announce pun yang aku puasa hari ini. Nampak sangat dia tak suka aku kan??.. Tapi, tak apa. Kalau dia pelawa aku pun, aku bukannya boleh makan. Aku kan berpuasa.

Sekarang ini aku sedang bersabar kerana bau-bauan dari pantry sebelah menyucuk-nyucuk rongga hidungku. Aku rasa sangat-sangat terduga. Ya Allah!... Kau tabahkanlah hatiku agar aku mampu menghabiskan puasaku untuk hari ini. Petang ini aku nak berbuka dengan apa erk???....


SEMUANYA KERANAMU JEMAH a.k.a VIRUSPADU

Aku terlibat secara part time dengan dunia blogging ini bermula pada 18/03/2008..

Semuanya hanya keranamu Jemah a.k.a viruspadu.Hahahha!!... Aku mula mengikuti blog si Jemah a.k.a viruspadu sehingga kini. Aku sendiri tidak tahu apa yang menariknya tentang blog Jemah a.k.a viruspadu ini. Start baca blog si Jemah a.k.a viruspadu ni... aku rasa macam poyo je minah ni... Tapi, lama-kelamaan aku jadi addict untuk membaca blog beliau dan sentiasa ternanti-nanti entri terbaru beliau. Bermula daripada viruspadu.blogspot.com sehingga beliau memiliki domainnya sendiri.

Tenyata benar sekali blog beliau memang ada virus. Virus yang sukar untuk dinyahkan daripada memory para followersnya. Bukan sekadar mengikutinya sebagai pembaca setia blog beliau. Tapi, aku juga berpeluang menjadi rakan beliau dalam facebook dan twitter.

Rupa-rupanya, dengan membaca blog beliau, kita akan lebih mengenali siapakah Jemah a.k.a viruspadu yang sebenarnya. Dia bukanlah seorang manusia poyo seperti yang pernah aku fikirkan tentang dia. Dia tidaklah sehebat RM.. Dia sempoi. Dan, aku suka caranya.

Sekiranya anda ingin mengenali dia dengan lebih dalam lagi..... click je www.cimbclick.com... eh! silap... www.viruspadu.com



Dini 4th Giveaway - Dari Kie-yu






















Untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan... sila klik banner di atas.

Hadiah utama merupakan perfume bernilai RM 109.90 dan terbahagi kepada 2 kategori hadiah, iaitu :

Kategori pertama - Cabutan bertuah

Kategori kedua - Referral terbanyak

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 08/08/2010 jam 1 tengahari.

Ok! contest ini aku dapat dari Kie-yu Si Kie-yu telah menge-tag aku. Tapi, kali ini bukan sebarangan tag. Tag kali ini berupa contest. Wah!!!....macam tahu je aku bakal kehabisan perfume.

Aku dengan bangganya menyahut seruan Kie-yu untuk menyertai contest ini. So, aku juga dengan rela hati menge-tag mereka yang berminat untuk menyertai contest ini. Kepada nama yang tidak disenaraikan, boleh saja join contest ini dengan menjadikan url ini sebagai referral kamu.... Hahaha!!!....

Pssstttt... Kie-yu, kalau menang referral terbanyak tu share-share la ye... huhu

Contest ini di-tagkan kepada :

1) pu3mawar
2) cik ailebiu
3) lovejurnal

ALKISAH JIRAN

Macam-macam perangai orang kan? Kalau dapat jiran yang baik, Alhamdulillah! Kalau dapat jiran yang menyakitkan jiwa raga... Hurmmm... Kesian...

Buat masa ini aku rasa sangat beruntung kerana mempunyai jiran-jiran yang boleh dikatakan baik-baik belaka. Dan, anak aku dijaga oleh salah-seorang daripada jiranku. Alhamdulillah! Sepanjang Zahraa dijaga oleh jiranku itu, sihat walafiat...segar-bugar jadinya. Aku tengok, muka anak aku pun dah nampak macam muka anak dia. Hahaha.... 

Salah seorang jiran kami di sini ada membela kucing. Aku tak kisahlah kalau nak bela haiwan apa pun, tapi janganlah sampai mengganggu keselesaan penghuni lain. Dah nama pun flat kan? Mana boleh bela haiwan. Nak dijadikan cerita, aku bukan nak marah pasal dia bela kucing. Aku marah sebab dia bagi makan kucing dia betul-betul kat depan rumah aku. Bengang betul. Dahlah barang-barang dia bersepah kat depan corridor tu. Memang mengganggu pandangan mata betullah. Ok! Habis cerita tentang jiran yang ini.

Kita cerita pasal orang lain pula ye. Jiran yang ini pula, aku rasa dia suka sangat busy body pasal orang lain. Orang lain punya urusan dia sibuk-sibuk nak tanya. Dah macam reporter dah aku tengok. Ada satu kes di mana anak jiran depan rumah dia direject oleh baby sitter kerana terlalu mengambil kesempatan. Macam ni, yang kena reject adalah anak jiran depan rumah dia tapi dia siap tanya kat aku pula tu. Ayat dia lebih kurang macam ni "Akak tu masih nak jaga anak awak ke?... Jiran depan rumah saya tu dia tak nak jaga"...Aku agak tujuan dia tanya aku macam tu sebab nak korek rahsia daripada aku kot. Aku cakaplah aku tak tahu apa-apa pun. Padahal akak tu dah bagitahu apa alasan dia reject anak jiran dia tu... Akak tu jaga anak aku elok je. Dah engkau yang buat perangai. Pandai-pandailah. Malaslah nak cerita pasal dia lagi. Tutup blog. Huhu

SUARA SIAPA SUMBANG

Banyak betul suara-suara sumbang yang aku dengar dari dalam pantry tadi. Sekarang dah senyap. Dah habiskah mesyuarat pantry untuk sesi petang ini?.. Musykil juga. Waktu rehat cuma 1 hours tapi masih ramai yang melepak kat dalam pantry tu.

Aku bukan nak cerita tentang mereka. Apa yang aku nak kongsikan adalah BAHAN PERBINCANGAN mereka. Mereka mengatakan KTA dari JPA ini lebih teruk daripada PAP yang ada di department ini. Kisahnya bermula apabila salah-seorang KTA di salah sebuah daerah claim tak dapat gaji... Setelah disemak dengan penuh ketelitian oleh orang-orang yang kononnya busy bekerja, mereka mendapati bahawa KTA tersebut tidak datang bertugas untuk suatu tempoh yang agak lama tanpa sebarang alasan. Itulah yang menjadi sebab-musabab gaji beliau tidak dibayar.

Kalau betul apa yang aku dengar, aku tak akan menyalahkan pihak yang membayar gaji kerana kesilapan itu datangnya daripada individu itu sendiri. Bila gaji tidak dibayar pandai pula datang buat report. Da engkau tak datang kerja, macam mana majikan nak bayar gaji?... Aku tahu engkau tak seronok bekerja di sini. Sama macam aku juga. Tapi, aku cuba bertahan selagi aku boleh. Dan, dalam masa yang sama... aku juga berusaha untuk keluar dari sini.

Apa-apa yang melibatkan diri kita seperti gaji, kursus dan yang lain-lain, kita kena follow up sendiri dengan pihak yang bertanggungjawab. Kalau nak tunggu mereka yang menguruskan untuk kita... Memang lambatlah jawabnya.

NAK TUKAR TAK?

Aku nak minta pendapat geng-geng blogger yang lain tentang masalah yang aku hadapi ini. Bukan masalah besar pun. Cuma aku masih tercari-cari template yang sesuai dengan jiwa aku. Patut tak aku tukar template baru? Aku sebenarnya cepat bosan dengan sesuatu. Tak kiralah apa pun. Tapi, aku tak bosan dengan suami tau.

Template yang aku guna sekarang ini bukan tak cantik... cool..soft je aku rasa. Tapi, entahlah!.. Aku nak tukar juga. Ada benda yang aku nak kekalkan dan ada benda yang aku nak buang. Aku masih nak ada 3 column dalam tu. Cuma aku nak buang function read more tu. Aku suka mencuba benda baru walaupun sebenarnya orang lain dah lama tahu benda tu. Nak kekalkan template ni boleh je tapi aku bukannya pandai dalam mengedit HTML code ni. Ada sesiapa di luar sana yang boleh tolong aku tak?

Aku sendiri pun rimas dengan function read more ni. Kalau aku ni pandai mengayat... pandai menarik perhatian pembaca.. oklah juga. Ini mengarang ayat pun macam tahap budak sekolah. Aduh!!... Menyalahkan diri-sendirilah pula.

Warna-warna yang sesuai untuk template blog aku, geng-geng blogger tolong pilih yang mana satu erk.

- warna merah (tapi, ada tak warna merah yang lembut mata memandang?)
- warna coklat cair yang macam sekarang
- warna biru langit
- warna oren lembut

Aku bagi masa seminggu untuk geng-geng blogger fikirkan untuk aku ye... Sesiapa yang dapat memikirkan warna yang sesuai untuk  template blog baru aku nanti, walaupun tiada dalam senarai di atas... akan mendapat sesuatu daripada aku.



NO COMMENT

We're sorry, but we were unable to complete your request.

When reporting this error to Blogger Support or on the Blogger Help Group, please:
  • Describe what you were doing when you got this error.
  • Provide the following error code and additional information.
bX-o3qgph

Additional information

blogID:-------------------   
host: www.blogger.com  
postID: -----------------------  
uri: /comment-moderate-confirm.g
This information will help us to track down your specific problem and fix it! We apologize for the inconvenience.

Find help

See if anyone else is having the same problem: Search the Blogger Help Group for bX-o3qgph
If you don't get any results for that search, you can start a new topic. Please make sure to mention bX-o3qgph in your message.

-----------------------------------
So, aku pun NO COMMENT buat masa ini kerana aku tahu segala comment-comment yang bakal aku tulis tidak dapat disiarkan buat sementara waktu....

Tapi, jangan risau. Update tetap update

Sekian, terima kasih.

Berkhidmat untuk blogspot.com

CERITA HARI INI

Dimulakan dengan Bismillah..... (nyanyi ikut irama nasyid ok!)

Baru nak mula dah terbersinlah pula. Ada je halangan untuk aku memulakan kerja-kerja mengupdate blog. Apapun, jom kita teruskan kepada tujuan penceritaan pada hari ini.

Hari ini merupakan hari yang ke berapa dalam tahun ini erk?.. Aku tak sempat nak kira. Ada sesiapa boleh kirakan untuk aku tak?... Tak de upah. Ok! Straight to the point.... Aku sampai pejabat pepagi buta dan kesakitan perut (faham-faham sendiri sudah!)... Apa yang membantutkan misiku di pagi hari adalah kerana ketiadaan air. Arghhhhh!!!.... Di mana boleh aku dapatkan air?.. Aku sudah kesuntukan masa. Aku sangat-sangat memerlukan air. Lupakan sebentar ok.

Sudah tiba masanya untuk sarapan pagi. Kak Nurul sudah mengetext aku. Nampaknya, hari ini hanya ada aku dan Kak Nurul je. Seorang kawan kami mengmckan dirinya kerana demam. Ok! Satu lagi masalah timbul di sini. Kantin juga mengalami ketiadaan air. Aduh! aku sudah hilang upaya untuk menahan kesakitan perut. Ermmm... sambung makan....

Balik dari kantin, tanpa membuang masa lagi terus menuju ke tingkat 9. Sebelum memulakan misi, aku perlu pastikan bahawa di situ memang terdapat air. Perghhh!... Alhamdulillah... akhirnya, aku dapat melaksanakan misiku dengan aman. Cerita belum tamat lagi. Sila ke perenggan seterusnya.

Kejadian berikutnya berlaku di pantry. Bekalan air masih tergendala. Aku terasa seolah-olah kehabisan air dalam badan. Menjadi lemah seketika. Aku gagahkan diri turun ke kantin dengan harapan murni untuk membeli sebotol dua air mineral. Harapanku sia-sia rupanya. Jangankan air paip, air masak... air mineral pun tak de. Aduh!.. Order pula air limau asamboi ais. Tak de juga. Order tembikai laici... pun tak de... Apa yang ada?... Kalau semua tak de baik tutup je kantin hari ni. Oleh kerana aku sangat dahaga...nak tak nak, aku order orange juice. Tapau.

Lunch time. Text daripada Kak Nurul sudah diterima. Aku turun lagi ke kantin. Order Nasi Goreng Paprik. Itu orang kantin cakap "yang goreng-goreng tak de. Sayur semua tak sampai lagi".... Ermmm..... Sudahnya aku makan nasi putih, , ikan goreng, cencaluk dengan kicap je..

Terasa macam nak tutup je kantin ni.....


SINAMBUNGAN KISAH KAWANKU

Ok!... Dalam entri penipuan terancang sebelum ini, aku ada menceritakan tentang kawan sekolah aku yang ditipu oleh teman lelakinya. Kalau nak tahu, bacalah sendiri ye...

Kali ini aku nak cerita tentang mamat yang aku ceritakan dalam entri penipuan terancang sebelum ini. Aku dapat tahu daripada kawan perempuan aku yang mak dan adik mamat tu call dia. Nak tahu tak apa tujuan mereka call kawan aku tu??... Mereka call semata-mata nak warning kawan aku supaya jangan ganggu mamat tu lagi because mamat tu sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri.

Alahai.... aku rasa nak gelak guling-guling bila dengar cerita tersebut. Kenapa mamat tu tak bagitahu sendiri yang dia dah kahwin? Kenapa nak melalui mak dan adik dia? Apa yang dia takut sangat? Aku rasa, kawan aku tu tak marah kalau dia berterus-terang. Kawan aku tu tak akan kecewa macam sekarang.

Mak dan adik mamat tu bukan setakat call bagi warning tapi siap suruh delete gambar mamat tu dengan kawan aku dalam anak dia punya facebook. Apa hal?...

Aku cakap dengan kawan aku tu, "kau deactivate account facebook mamat tu kalau dia yang call sendiri... kau bagi je alasan yang kau tak tahu dia dah kahwin... dia pun tak bagitahu kau kan..."

Aku suruh kawan aku tu ignore je permintaan keluarga mamat tu. Dah mamat tu buat kawan aku macam tu kan?... Ajar sikit orang tu.. Biar dia tau macam mana nak bersikap jujur selepas ini. 


There was an error in this gadget