PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

UiTM MASIH DIHATIKU

Rupa-rupanya UiTM masih lagi ada di hatiku. Petang tadi, aku sengaja kerja separuh hari sebab sebelah petang aku nak ke Bank Islam kat Wisma PKPS. Sebelum ke bank tersebut, aku dan 2 orang kawan singgah di Seksyen 8 untuk menghantar hadiah perkahwinan salah-seorang staff di pejabat. Kemudian, kami terus ke Seksyen 7 dengan tujuan JJCM. Lepas makan, kawan tadi drop aku di hadapan bus stop bertentangan dengan Bank Islam. So, aku pun menunggu dengan penuh kesabaran sehingga bank dibuka semula.

Tepat jam 2.30 petang, pintu bank pun dibuka. Pengawal keselamatan mengalu-alukan kedatangan kami. Aku sangat-sangat terkejut apabila melihat orang ramai berpusu-pusu memasuki bank tersebut. Rupa-rupanya orang-orang itu juga datang dengan tujuan yang sama denganku. Perghhh!!!… 1167… giliranku tiba. Yuran yang perlu aku bayar adalah RM 1,359.00 + RM 1.00 caj perkhidmatan. Kenapa yuran aku mahal erk??… Aku kan ambil e-PJJ.. itu pasal yuran mahal sikit.

uitm

UiTM tetap di hati. Akan bermulalah lembaran baru sebagai seorang pelajar. Insya Allah!!!… Aku tidak akan sia-siakan peluang kedua ini.



0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget