PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

PKNS -> BANGUNAN UMNO -> PLAZA PERANGSANG -> PKNS

Sebenarnya hari ini aku bercuti. Sakit kesan daripada terjatuh hari itu masih belum hilang. Tapi, aku gagahkan juga untuk melaksanakan misi aku hari ini. Pagi-pagi lagi aku sudah berada di Kompleks PKNS Shah Alam. Tujuan aku ke sana adalah untuk memberikan hadiah kepada Kak Ita. Kak Ita merupakan salah-seorang kawan aku yang agak rapat semasa berkhidmat di PTK Subang Jaya. Kami sempat sarapan bersama.

Seterusnya, sasaranku adalah Bangunan UMNO. Aku dengan penuh semangat waja, berjalan kaki ke sana semata-mata kerana mahu ke JPP Selangor. Tapi, perjalanan aku ke sana agak sia-sia sedikit kerana aku tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan pengarahnya. Kemudian, aku menelefon seorang kawan yang kebetulan bekerja di salah sebuah pejabat kerajaan yang terdapat di Plaza Perangsang.

Di sana, aku berjumpa dengan kawanku yang pernah sama-sama berkhidmat di KSM Putrajaya. Kami bersembang agak panjang juga. Kemudian, aku meneruskan misiku ke Rumah Nur Kasih (Di bawah Kementerian Pembangunan Wanita & Keluarga). Aku ke sana untuk mendapatkan sedikit maklumat.

Misi yang terakhir untuk hari ini adalah Jabatan Belia & Sukan Selangor. Masih lagi dalam bangunan yang sama. Dan, meneruskan langkah ke Kompleks PKNS semula untuk melaksanakan misi seterusnya.

Tiba waktu tengahari, hujan pula turun dengan lebatnya. Keadaan cuaca membantutkan keinginanku untuk meneruskan misiku itu. Apa boleh buat... Dah nasib badan.. Tapi, aku akan cuba mencari masa yang sesuai bagi melaksanakan misi tersebut.

Geng-geng blogger yang lain mesti tertanya-tanya apakah misi yang ingin aku laksanakan itu... Buat sementara waktu, biarlah aku rahsiakan dahulu apakah misi itu. Seandainya misi itu berjaya... Sudah pasti akan aku war-warkan pada semua....

1 cakap-cakap:

eelobor said...

apa kerja nie? misi meronda2 jer ek? hehehe

There was an error in this gadget