PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

PERSOALAN TENTANG PENGAWAMAN PDRM

Setelah membuat semakan melalui bantuan miss Nuff. Sepanjang beberapa bulan ini, aku dapati ramai sungguh orang-orang yang mengGOOGLE tentang PENGAWAMAN PDRM.

awam

awam2

awam3

Sebelum aku menulis dengan lebih panjang lebar, ingin aku tegaskan di sini bahawa setiap apa yang tertulis adalah pandangan dari kacamata aku sendiri. Harap jangan disalah-ertikan.

Pada pendapat aku, suatu tindakan itu pasti ada sebab, kesan & akibat. Misalnya, dalam kes PENGAWAMAN PDRM ini. Mesti ada suatu sebab/punca yang menyebabkan tindakan pengawaman itu perlu dilaksanakan. Tapi, selepas diAWAMkan, sudah pasti akan ada kesan/akibat daripada perlaksanaan tindakan tersebut.

Biasanya, sebelum suatu keputusan dibuat, 1 pasukan khas telah dilantik untuk melihat keberhasilan sesuatu tindakan itu. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan projek besar-besaran seperti NKRA. Apa yang penting, situasi menang –menang sangat diperlukan.

Untuk pengetahuan semua, setiap penjawat awam yang berkhidmat dengan KERAJAAN perlu menandatangani AKTA RAHSIA RASMI 1972. Anda faham apa maksudnya? Bukan hanya penjawat awam yang berkhidmat di PDRM sahaja yang terikat dengan AKTA RAHSIA RASMI tapi melibatkan semua penjawat awam. Selagi kita bergelar manusia, selagi itulah berbagai-bagai dugaan akan datang kepada kita. Jangan kata penjawat awam dari luar sana yang masuk ke PDRM saja boleh melakukan pecah amanah. Di mana-mana pun kita ditempatkan, kalau mata dah kelabu asap.. akan berlaku juga pecah amanah.

Kalau kemasukan penjawat-penjawat awam dari luar boleh menyebabkan tahap motivasi anda yang berada di dalam sana menurun, sebenarnya begitu jugalah yang berlaku terhadap penjawat awam yang terpaksa mengambil-alih tempat anda. Sikap KETIDAKTERBUKAAN anda dalam menerima penjawat awam yang anda anggap orang luar juga menyumbang kepada peningkatan stress di tempat kerja. Pengalaman-pengalaman yang pernah mereka miliki sebelum ini menjadi sia-sia kerana corak kerja dan cara kerja memang jauh berbeza.

Tujuan PENGAWAMAN ini sebenarnya hendak membantu PDRM dalam PENGURUSAN PENTADBIRAN. Pengawaman ini tidak sama sekali mengganggu tugas-tugas kePOLISan anda.

Sekali lagi aku tegaskan ok! Ini hanyalah pandangan peribadi aku sendiri.

Anda ada masa?.. Baca sini : pandangan warga polis terhadap pengawaman


1 cakap-cakap:

Adam said...

terima kasih datang melawat dan juga komen blog Musafir Cyber

pendapat pasal isu ini. mmg tak dinafikan ade pros dan cons. tapi kalau kita asyik pandang kekurangan atau kelemahan dia mmg la kebaikan dia pun boleh hilang

=D

There was an error in this gadget