PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

PENIPUAN TERANCANG?

Kedua-duanya kawan aku. Rakan sekelas pula tu. Si perempuan kawan sejak sekolah rendah. Si lelaki pula kenal masa sekolah menengah. Hendak dijadikan cerita, kedua-duanya bukanlah pasangan bercinta semasa di bangku sekolah. Mereka baru bercinta ketika di alam pekerjaan. Si perempuan bekerja di Putrajaya sebagai kerani manakala si lelaki bekerja di KL. Tidak perlulah aku ceritakan secara detail tentang kisah cinta mereka. Tapi, ada sesuatu yang menarik perhatianku tentang kisah mereka. Aku dapat rasakan bahawa si lelaki tidak jujur terhadap perempuan itu. Dan, berita terbaru yang aku dengar... si lelaki itu baru sahaja berkahwin dengan perempuan yang lain. Apa jadi dengan kawan perempuanku itu?... Aku sangat yakin dia sangat kecewa. Berdasarkan sembang-sembang kami melalui facebook, kawan perempuanku itu baru sahaja mengetahui yang teman lelakinya sudah berkahwin. Malangnya si lelaki itu tidak berterus-terang kepada kawan perempuanku itu. Di akhir pertemuan mereka, iaitu beberapa hari sebelum pernikahannya, si lelaki hanya memberitahu kawanku itu bahawa dia terpaksa 'outstation' dan mungkin tidak akan berjumpa lagi... Yang menjadi persoalan di mindaku, mengapa lelaki itu tidak berterus-terang sahaja yang dia sudah ada yang lain. Apakah kawanku itu menjadi mangsa penipuan terancang?...

4 cakap-cakap:

Nina Nurziana said...

mengarut la laki tuh.. ish3..

Nazz@Purple said...

tidak tanduk sang lelaki sering kali sukar utk dijangka..kenapa harus menyakiti perempuan je..

fndrocka said...

maybe this is just another story of 'lelaki yang berubah hati'..takde penipuan terancang, lagipun dorang bukan ada ikatan apa2...dan ikatan perkahawinan si lelaki lebih mulia.jadi semoga lelaki itu berbahgia

Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat

princess_eryna said...

@fndrocka

tp sekurang-kurangnya berterus-teranglah kan... Janganlah buat perempuan tu tertanya-tanya tentang hubungan mereka. Lebih-lebih lagi bila perkahwinan itu diketahui daripada orang lain...

There was an error in this gadget