PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

MAKAN PERCUMA LAGI

Perghhh!!!... Hari ini aku dapat makan percuma lagi. Kali ini makanan ditaja oleh UiTM pula. Tapi, makan bukan sebarang makan tau. Hari ini, dari pagi sampai ke petang telah berlangsungnya hari pendaftaran pelajar baru bagi e-PJJ.

Makanan ala-ala majlis kahwin. Janji percuma. Sebelum ini, ada juga makanan percuma tapi dalam bentuk 'take away'.. Kali ini, makanan dihidang cara buffet.

Tapi, sebenarnya... aku bukan nak cerita pasal makanan percuma semata-mata. Aku ada cerita lain yang aku nak kongsikan di sini. Apa yang aku perhatikan sepanjang hari ini, kebanyakan pelajar datang dengan pakej keluarga. Bukan tak boleh nak bawa keluarga. Tapi, bila awak makan pakai kupon... kesian kat keluarga awak yang datang escort awak tu.. Awak pun rasanya tak sanggup nak makan bila tengok anak-anak tak makankan??... Lainlah kalau awak tu memang jenis yang tak fikir perasaan orangkan...

Dalam dewan pula, sepatutnya kerusi-kerusi disediakan untuk pelajar  yang datang mendaftar. Tapi, ada juga yang diisi oleh adik-adik kecil. Bagus juga kalau adik-adik kecil ini didedahkan dari awal tentang e-PJJ kan?... Maklumlah! mereka bakal pewaris negara. Dan, aku agak kurang senang dengan situasi tersebut kerana ada sahaja suara-suara kecil yang menjerit... menangis... agak mengganggu tumpuanku sepanjang taklimat itu...

2 cakap-cakap:

Sharinginfoz said...

sedap kan makan percuma, he he he

princess_eryna said...

@Sharinginfoz

makan free memang sedap...hehehe

There was an error in this gadget