PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

KENDURI KAHWIN ANAK EN.MALIK

Hari ini rezeki kami sangat murah. Makan tengahari ditaja oleh En.Malik sekeluarga. Hehehe!... Tapi, aku tak menipu ok!.. Betul! Hari ini kami makan tengahari di rumah En.Malik. Sebenarnya, hari ini En.Malik melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuannya... Zinnatul Asyikin. Opsss!!... Anda mesti tertanya-tanya siapakah En. Malik yang aku maksudkan di sini. En. Malik pernah menjadi bos aku suatu ketika dahulu di Putrajaya. Kami dapat kad jemputan kahwin daripada pengantin sendiri. Ramai juga kawan-kawan dan juga bos-bos lama yang aku jumpa di sana. Aku sempat jumpa En.Jes Audit, En.Azmi KPSU, En. Mubin Kewangan, Huda PTK, Zairy PTK, Kak Sal BPO, Kak Normah Typist, Kak Zira PTK, Cik Hafizah, En.Mat Muharram & Zamre serta isterinya, Nani. Bukan itu sahaja, Saiful mereng pun ada sekali. Terlupa pula, bekas TKSU(P) pun ada juga.

Makanan memang marvelous aku cakap. Banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih (padahal aku tak cedok makanan pun, abang yang tolong cedokkan untuk aku).. Aku tunggu kat meja saja sambil meriba Zahraa yang sedang tidur. Siap ada cendol yang diimport dari Negeri Sembilan juga tau!.. Ada tapai yang didatangkan khas dari Melaka.

Tapi, malang sebab aku tak sempat nak ambil walau satu gambar pun sebagai bukti aku hadir di majlis perkahwinan itu.


(entri ini sepatutnya aku publish malam tadi tapi disebabkan masalah teknikal, maka baru hari ini aku dapat publish)...

2 cakap-cakap:

Kaito said...

peh ade tapai beb...best tu. lagipun dah lama tak rasa...ko tak tapau ke? huhu

princess_eryna said...

@Kaito

x dan nak tapau la... huhu

There was an error in this gadget