PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

HARI BAPA???....

Serius!.. bila hari bapa? Aku cakap terus-terang. Aku tak tau bila hari bapa. Dan, kenapa mesti tunggu hari itu untuk ucapkan selamat hari bapa? Bagi aku, hari bapa sama saja dengan hari ibu. Hari-hari adalah hari ibu dan bapa. Tapi, macam sudah menjadi trend masa kini, ucapan hari ibu atau hari bapa hanya akan diucapkan pada hari-hari tertentu sahaja. Lainlah cerita kalau ucapan hari lahir. Memang kita akan ucapkan hanya pada hari tersebut sahaja. 

Siapa yang memulakan sambutan hari bapa ini? Aku tidak tahu dan tidak pernah cuba untuk ambil tahu. Apa yang aku tahu, bapa aku tetap ada di hati tak kiralah hari apa pun.

Secara jujur, aku mengaku bahawa aku lebih menyayangi bapaku berbanding emakku. Entah! mungkin juga kerana sikap emakku yang garang.. Garang yang padaku tidak bertempat. Bapaku seorang yang lembut tapi suka berjenaka dengan kami adik-beradik. Tapi, itu dahulu. Bapaku tidak seperti dahulu lagi. Dia sudah berubah. Dia sudah tidak semesra dahulu. Mungkinkah kerana jarak kami yang jauh menyebabkan dia tidak begitu mesra dan suka berjenaka seperti dahulu?

Aku sangat rindu pada bapaku. Aku rindu dengan lawak jenakanya. Dia sekarang sudah jadi pendiam. Sepatah yang ditanya... sepatah juga yang dijawabnya. Apa yang harus aku lakukan agar bapaku kembali seperti dahulu?..

0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget