PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

PKNS -> BANGUNAN UMNO -> PLAZA PERANGSANG -> PKNS

Sebenarnya hari ini aku bercuti. Sakit kesan daripada terjatuh hari itu masih belum hilang. Tapi, aku gagahkan juga untuk melaksanakan misi aku hari ini. Pagi-pagi lagi aku sudah berada di Kompleks PKNS Shah Alam. Tujuan aku ke sana adalah untuk memberikan hadiah kepada Kak Ita. Kak Ita merupakan salah-seorang kawan aku yang agak rapat semasa berkhidmat di PTK Subang Jaya. Kami sempat sarapan bersama.

Seterusnya, sasaranku adalah Bangunan UMNO. Aku dengan penuh semangat waja, berjalan kaki ke sana semata-mata kerana mahu ke JPP Selangor. Tapi, perjalanan aku ke sana agak sia-sia sedikit kerana aku tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan pengarahnya. Kemudian, aku menelefon seorang kawan yang kebetulan bekerja di salah sebuah pejabat kerajaan yang terdapat di Plaza Perangsang.

Di sana, aku berjumpa dengan kawanku yang pernah sama-sama berkhidmat di KSM Putrajaya. Kami bersembang agak panjang juga. Kemudian, aku meneruskan misiku ke Rumah Nur Kasih (Di bawah Kementerian Pembangunan Wanita & Keluarga). Aku ke sana untuk mendapatkan sedikit maklumat.

Misi yang terakhir untuk hari ini adalah Jabatan Belia & Sukan Selangor. Masih lagi dalam bangunan yang sama. Dan, meneruskan langkah ke Kompleks PKNS semula untuk melaksanakan misi seterusnya.

Tiba waktu tengahari, hujan pula turun dengan lebatnya. Keadaan cuaca membantutkan keinginanku untuk meneruskan misiku itu. Apa boleh buat... Dah nasib badan.. Tapi, aku akan cuba mencari masa yang sesuai bagi melaksanakan misi tersebut.

Geng-geng blogger yang lain mesti tertanya-tanya apakah misi yang ingin aku laksanakan itu... Buat sementara waktu, biarlah aku rahsiakan dahulu apakah misi itu. Seandainya misi itu berjaya... Sudah pasti akan aku war-warkan pada semua....

JATUH MENIMPA TANGGA

Aduh!!... semalam rasa sakit sikit. Tapi, hari ni... sakitnya Allah SWT saja yang tahu. Alkisahnya, cerita ini berlaku pada petang semalam. Orang lain jatuh ditimpa tangga tapi aku jatuh menimpa tangga. Persoalannya, akukah yang malang atau tangga itu yang malang?...

Semalam, aku naik tangga sambil mendukung Zahraa yang sedang tidur. Belum sempat sampai di tingkat 2, aku seolah-olah terlanggar sesuatu dan terjatuh di situ juga. Aku terjatuh dalam keadaan yang sedar dan tidak pitam atau pening. Aku berani bersumpah bahawa ketika itu aku tidak menjatuhkan diri secara cuai atau dengan sengaja. Aku juga tidak jatuh kerana memakai kasut tumit tinggi seperti yang berlaku kepada Lady Gaga. Dan, aku sempat menyambut kepala Zahraa dengan tanganku. Nasib baiklah Zahraa tiada apa-apa.

Petang semalam, seperti yang aku katakan tadi... aku cuma rasa sakit sikit saja. Tapi, memang ada kesan lebam di kedua-dua belah kaki. Pagi ini, bangun dari tidur... Ya Allah! Sakitnya sampai 1 badan. Tangan kiri aku yang selalu aktif membuat kerja-kerja rutin seperti menulis, tidak dapat aku angkat tinggi. Malah, aku juga tidak boleh berdiri tegak atau berdiri lama.

Aku sudah minta kebenaran penyelia untuk kerja setengah hari pada hari ini. Petang nanti, aku akan ke Klinik Kesihatan Seksyen 7 untuk mendapatkan rawatan. Dan, esok... aku sudah pun isi borang permohonan cuti. 

MUH + HAZAMA + BLACK

Sekadar mengingatkan, apa yang tertulis selepas ini hanyalah pendapat dan pandangan aku sebagai seorang insan biasa semata-mata.

Dalam perjalanan aku sekeluarga ke Carrefour Subang Jaya pagi tadi, aku sempat mendengar soksek-soksek di antara Burn dan Dina tentang Meet Uncle Hussein + Hazama + Black.

Aku bukanlah seorang peminat tegar kepada ketiga-tiga artis tersebut. Tapi, aku terfikir tentang sesuatu. Siapa sebenarnya vokalis MUH?.. Adakah Hazama?... Atau, Black?... Ataupun, MUH masih tercari-cari vokalis untuk kumpulan mereka?... Sehingga kini aku masih tertanya-tanya.

MUH - Masih belum dapat mencari pengganti Lan??... Adakah penyanyi beridentiti seperti Lan yang dicari?

Hazama - Bolehkah dia menandingi vokal penyanyi asal MUH?... Atau, Black yang rakan kolaborasi persembahannya?..

Black - Bagi aku, Black mampu berdiri sendiri tanpa MUH. Single terbaru Black, Sofea Jane... memang best!...

Sampai bila MUH + Hazama + Black perlu berkolaborasi???...


AKU TAK BOLEH PING!

Aku dah cuba banyak kali tapi masih juga tak boleh ping kat gengblogger.com.
Apa masalahnya erk?..
Aku rasa bukan aku seorang saja yang tak boleh ping.
Ramai juga blogger yang tak bleh ping.

Bukan apa, selain daripada gengblogger.com, aku cuma tau innit saja tempat nak promote blog...
Nak minta pertolongan geng-geng blogger yang lain ni...
Kat mana lagi aku boleh ping blog aku erk???....

Sementara aku tak boleh ping kat gengblogger.com ni, bolehlah aku blogwalking.
Cuma, terasa macam ada kekurangan saja...

Bilalah aku boleh ping kat gengblogger.com ni???...


HORMATKU BERTEMPAT!!!

Pagi tadi aku menangis lagi. Bukan sebab tekanan kerja. Air mata kali ini keluar kerana 'mulut sial' yang tak tahu hormatkan orang. Aku tahu engkau berpangkat.. tapi, pangkat engkau tu tak bawa ke mati. Layakkah engkau memperolehi penghormatan daripada aku?. Bagi aku... engkau sangat-sangat tidak layak mendapat penghormatan kerana engkau sendiri tidak pernah menghormati orang lain.

Kalau engkau nak menegur aku sekalipun, engkau kena tegur melalui boss aku... engkau jangan nak tegur aku simply mcm tu je.. Dah lah engkau sergah aku depan orang ramai. Kalau apa yang engkau cakap tu betul.. aku tak kisah!... Dahlah engkau tegur aku depan-depan orang ramai.. tapi, benda yang engkau cakap tu tak betul..

Errmmm... mungkin engkau nak tunjuk kat orang ramai yang engkau sangat prihatin terhadap apa yang berlaku hari ini. Aku pun prihatin juga. Sebelum engkau call boss aku, aku dah pun inform tentang perkara tu lebih awal. Tapi, aku sangat tak puas hati bila engkau arah aku buat sesuatu tentang itu. What the hell???... Haluu...Haluuu... Engkau cawangan mana? Dah sah-sah orang dari cawangan engkau yang mengalami masalah itu.. Orang-orang engkaulah yang kena hantar maklumat tentang itu untuk dimaklumkan ke cawangan ini.  Kenapa pula aku kena buat untuk engkau?.. Aku cuma tau terima laporan sahaja!!!... Ingat ini... LAPORAN SAHAJA.

Sekali lagi aku nak bagitahu engkau. Hormat aku bertempat. Aku akan hormat kepada orang-orang yang memang layak aku hormati. Sebelum engkau nak aku hormati engkau... engkau pun perlu menghormati orang lain seadanya... Ingat sikit!!!.... Esok engkau mati, orang tanam kat tanah juga. Balut dengan kain putih juga. Lainlah kalau engkau mati nanti dibalut dengan kain songket tenunan asli dari Pahang..  

SIAPA TAK TUTUP PAIP?

Aku lupa nak buat entri pasal benda alah ni.
Sebenarnya benda alah ni berlaku pada hari khamis lepas.
Petang khamis itu, pejabat ini mengalami gangguan air.
Adalah satu makhluk tuhan yang tidak dapat aku pastikan jantinanya...
telah membuka kepala paip dan mungkin terlupa untuk menutupnya kembali.
Ternyata sekali kealpaan orang itu telah menyebabkan berlakunya banjir kilat.

Nasib baiklah kedatangan aku pada pagi jumaat itu tepat pada masanya.


Kepada orang itu,
Kalau sudah tahu tiada air
Faham-faham sendirilah
Tolonglah tutup balik paip tu!
Kan aku juga yang kena mop lantai..
Kalo aku tunggu cleaner tu datang....
Ermmm... Aku rasa tempat aku mesti dah basah teruk.
Tapi, aku cuma mop tempat aku je...
Tak sanggup aku nak mop kat luar tu..
Biarlah cleaner buat kerja dia.
Dia dibayar upah untuk buat semua itu...
Tapi, kalau aku yang buat???...
Siapa nak bayar upah untuk aku??...

Si cleaner lain pula perangainya.
Bila kita suruh mop atau sapu tempat tu...
Banyaklah pula songeh..
Cerewet!!!

Kepada cik cleaner..
Tolonglah!!... itu memang kerja awak..
Company awak bayar gaji untuk itu..
Janganlag merungut!!...

HARI BAPA???....

Serius!.. bila hari bapa? Aku cakap terus-terang. Aku tak tau bila hari bapa. Dan, kenapa mesti tunggu hari itu untuk ucapkan selamat hari bapa? Bagi aku, hari bapa sama saja dengan hari ibu. Hari-hari adalah hari ibu dan bapa. Tapi, macam sudah menjadi trend masa kini, ucapan hari ibu atau hari bapa hanya akan diucapkan pada hari-hari tertentu sahaja. Lainlah cerita kalau ucapan hari lahir. Memang kita akan ucapkan hanya pada hari tersebut sahaja. 

Siapa yang memulakan sambutan hari bapa ini? Aku tidak tahu dan tidak pernah cuba untuk ambil tahu. Apa yang aku tahu, bapa aku tetap ada di hati tak kiralah hari apa pun.

Secara jujur, aku mengaku bahawa aku lebih menyayangi bapaku berbanding emakku. Entah! mungkin juga kerana sikap emakku yang garang.. Garang yang padaku tidak bertempat. Bapaku seorang yang lembut tapi suka berjenaka dengan kami adik-beradik. Tapi, itu dahulu. Bapaku tidak seperti dahulu lagi. Dia sudah berubah. Dia sudah tidak semesra dahulu. Mungkinkah kerana jarak kami yang jauh menyebabkan dia tidak begitu mesra dan suka berjenaka seperti dahulu?

Aku sangat rindu pada bapaku. Aku rindu dengan lawak jenakanya. Dia sekarang sudah jadi pendiam. Sepatah yang ditanya... sepatah juga yang dijawabnya. Apa yang harus aku lakukan agar bapaku kembali seperti dahulu?..

MAKAN PERCUMA LAGI

Perghhh!!!... Hari ini aku dapat makan percuma lagi. Kali ini makanan ditaja oleh UiTM pula. Tapi, makan bukan sebarang makan tau. Hari ini, dari pagi sampai ke petang telah berlangsungnya hari pendaftaran pelajar baru bagi e-PJJ.

Makanan ala-ala majlis kahwin. Janji percuma. Sebelum ini, ada juga makanan percuma tapi dalam bentuk 'take away'.. Kali ini, makanan dihidang cara buffet.

Tapi, sebenarnya... aku bukan nak cerita pasal makanan percuma semata-mata. Aku ada cerita lain yang aku nak kongsikan di sini. Apa yang aku perhatikan sepanjang hari ini, kebanyakan pelajar datang dengan pakej keluarga. Bukan tak boleh nak bawa keluarga. Tapi, bila awak makan pakai kupon... kesian kat keluarga awak yang datang escort awak tu.. Awak pun rasanya tak sanggup nak makan bila tengok anak-anak tak makankan??... Lainlah kalau awak tu memang jenis yang tak fikir perasaan orangkan...

Dalam dewan pula, sepatutnya kerusi-kerusi disediakan untuk pelajar  yang datang mendaftar. Tapi, ada juga yang diisi oleh adik-adik kecil. Bagus juga kalau adik-adik kecil ini didedahkan dari awal tentang e-PJJ kan?... Maklumlah! mereka bakal pewaris negara. Dan, aku agak kurang senang dengan situasi tersebut kerana ada sahaja suara-suara kecil yang menjerit... menangis... agak mengganggu tumpuanku sepanjang taklimat itu...

KENDURI KAHWIN ANAK EN.MALIK

Hari ini rezeki kami sangat murah. Makan tengahari ditaja oleh En.Malik sekeluarga. Hehehe!... Tapi, aku tak menipu ok!.. Betul! Hari ini kami makan tengahari di rumah En.Malik. Sebenarnya, hari ini En.Malik melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuannya... Zinnatul Asyikin. Opsss!!... Anda mesti tertanya-tanya siapakah En. Malik yang aku maksudkan di sini. En. Malik pernah menjadi bos aku suatu ketika dahulu di Putrajaya. Kami dapat kad jemputan kahwin daripada pengantin sendiri. Ramai juga kawan-kawan dan juga bos-bos lama yang aku jumpa di sana. Aku sempat jumpa En.Jes Audit, En.Azmi KPSU, En. Mubin Kewangan, Huda PTK, Zairy PTK, Kak Sal BPO, Kak Normah Typist, Kak Zira PTK, Cik Hafizah, En.Mat Muharram & Zamre serta isterinya, Nani. Bukan itu sahaja, Saiful mereng pun ada sekali. Terlupa pula, bekas TKSU(P) pun ada juga.

Makanan memang marvelous aku cakap. Banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih (padahal aku tak cedok makanan pun, abang yang tolong cedokkan untuk aku).. Aku tunggu kat meja saja sambil meriba Zahraa yang sedang tidur. Siap ada cendol yang diimport dari Negeri Sembilan juga tau!.. Ada tapai yang didatangkan khas dari Melaka.

Tapi, malang sebab aku tak sempat nak ambil walau satu gambar pun sebagai bukti aku hadir di majlis perkahwinan itu.


(entri ini sepatutnya aku publish malam tadi tapi disebabkan masalah teknikal, maka baru hari ini aku dapat publish)...

TV TANPA SUARA

Malam ini tidaklah sebosan seperti malam-malam yang lalu.
Malam ini kami boleh menonton TV walaupun tanpa suara.
TV dah elok warnanya tapi masih tak boleh bersuara.
Tak kisahlah! Janji ada TV.
Berguna juga BLUEBERRY aku itu.
TV mesti dipasang bersama dengan BLUEBERRY bagi mendapatkan suara.
Oklah kan?..
Kalau tidak... pasti malam ini kami akan kebosanan sama seperti malam-malam sebelum ini.
Malam yang kosong tanpa TV.
Bolehlah sang suami menonton perlawanan England nanti.
Si kecil pula tak bosan melayani siaran iklan.
Dan, aku?
Akan terlelap seperti malam-malam yang lalu...

HORLICKS YANG SANGAT MANIS

Pagi ini aku turun kantin lewat sikit daripada kebiasaan.
Walaupun sebenarnya aku selalu lewat daripada kebiasaan.
Tapi, disebabkan hari ini aku sendirian..
Aku cuma bungkus horlicks panas saja.
Sampai kat pejabat, aku pun cubalah menyedut minuman tadi.
Perghhh!!!.... air ini boleh membuatkan aku kencing manis.
Nak buang... membazir...
Nak minum.... manis sangat...
Sampai sekarang air horlicks yang aku beli tadi belum diminum.
Segala-gala yang aku lakukan hari ini sangat membosankan kerana sesungut senggugut yang menggangguku.
Kepala pun pening..
Makan tak berselera.
Duit pun sedang berdiet.
Aduh!!!....

MASALAH SENGGUGUT

Aku sangat tak suka bila datang bulan.
Setiap kali datang bulan, aku mesti sesungut senggugut.
Ada orang kata bila dah berkahwin, senggugut akan hilang.
Tapi, aku dah kahwin 2 tahun kenapa senggugut datang lagi?
Siapa boleh jelaskan untuk aku?
Doktor kat Klinik Menara ada cakap kat aku.
Dia suruh aku buat appointment dengan Dr. Siti untuk check ovari.
Sampai sekarang aku masih tak buat appointment dengan Dr.Siti lagi.
Aduh!!!... perut ini sangat sakit..

MALAM INI TIDUR AWAL

Anda jangan salah faham ok!
Aku bukan tidur awal kerana malam ini malam jumaat.
Malam yang penuh berkat kerana ramai orang rajin baca YASSIN.
Kami sekeluarga sudah seminggu tidur awal kerana ketiadaan tv di rumah.
Aku tak tahu bila kedua-dua TV kami itu akan siap dibaiki.
Nasib baiklah BLUEBERRY ku itu sangat membantu ketika kami sedang dilanda kebosanan.
Tapi, kerabunan mata ini menyebabkan kebosanan berterusan melanda.
Dan, internetlah jadi peneman.

BULAN INI SANGAT MEMENINGKAN

Bulan ini memang sangat menduga kesabaran aku dan suami. Road tax, insurans kereta, lesen memandu suami... semuanya perlu diselesaikan dalam bulan ini. Ditambah pula dengan aku punya yuran pengajian UiTM. Kemudian diduga lagi dengan kerosakan TV.. TV pula bukan 1... tapi, dua-dua sekali... diikuti pula kerosakan Astro Smartcard.. Aduh!!!...sangat-sangat memeningkan.

Aku punya gaji pula belum stabil lagi. EPW aku masih belum dibayar. Komitmen semakin bertambah. Dan, aku ambil keputusan untuk menamatkan riwayat Astro di rumah itu kerana ketiadaan TV. Bukankah rugi sekiranya astro masih lagi terpasang sedangkan kami sekeluarga tidak dapat menonton TV?... Baik aku tamatkan sahaja riwayatnya.

Gaji bulan ini pula masih jauh untuk dicapai. Harap-harap adalah rezeki dari langit untuk kami sekeluarga. Bulan ini memang sangat memeningkan aku.


PENIPUAN TERANCANG?

Kedua-duanya kawan aku. Rakan sekelas pula tu. Si perempuan kawan sejak sekolah rendah. Si lelaki pula kenal masa sekolah menengah. Hendak dijadikan cerita, kedua-duanya bukanlah pasangan bercinta semasa di bangku sekolah. Mereka baru bercinta ketika di alam pekerjaan. Si perempuan bekerja di Putrajaya sebagai kerani manakala si lelaki bekerja di KL. Tidak perlulah aku ceritakan secara detail tentang kisah cinta mereka. Tapi, ada sesuatu yang menarik perhatianku tentang kisah mereka. Aku dapat rasakan bahawa si lelaki tidak jujur terhadap perempuan itu. Dan, berita terbaru yang aku dengar... si lelaki itu baru sahaja berkahwin dengan perempuan yang lain. Apa jadi dengan kawan perempuanku itu?... Aku sangat yakin dia sangat kecewa. Berdasarkan sembang-sembang kami melalui facebook, kawan perempuanku itu baru sahaja mengetahui yang teman lelakinya sudah berkahwin. Malangnya si lelaki itu tidak berterus-terang kepada kawan perempuanku itu. Di akhir pertemuan mereka, iaitu beberapa hari sebelum pernikahannya, si lelaki hanya memberitahu kawanku itu bahawa dia terpaksa 'outstation' dan mungkin tidak akan berjumpa lagi... Yang menjadi persoalan di mindaku, mengapa lelaki itu tidak berterus-terang sahaja yang dia sudah ada yang lain. Apakah kawanku itu menjadi mangsa penipuan terancang?...

SAWAN STRESS

Pernah tak anda dengar tentang sawan stress? Selama ni aku tak tahu pun yang stress boleh menyebabkan sawan. Untuk lebih lanjut, apa kata kalau anda klik (sawan).

Apa yang aku tahu cuma sawan babi. Tak pun, sawan tarik. Rupa-rupanya pemahaman aku tentang sawan @ epilepsi ini terlalu cetek.

Dan, adakah aku juga menghidap epilepsi @ sawan? Kerana simptom-simptom penyakit ini ada pada diriku.

Tapi, setiap kali kekejangan berlaku, doktor hanya mengatakan yang aku kekurangan kalsium. Entahlah!


MATA TAK MENGANTUK

Rajinlah pula update blog tengah-tengah malam ni. Adakah orang nak baca blog aku ni? Aku tak boleh tidur sebab balik dari bank petang tadi aku terlelap. Adalah juga dalam 2 jam kot.

Nak tengok tv, tv rosak. Macam chipsmore. Kejap ada gambar.. kejap lagi suara hilang. Tak pun, suara ada, gambar hilang.. Aku jadi malas nak tengok tv dibuatnya. Dah berapa minggu dah kami sekeluarga tidur awal. Cuma malam ni pula aku tak boleh tidur.

Budak kecik & papa dia dah tidur. Aku tinggal seorang tercongok kat depan lappy sebab mata tak bagi aku tidur. Nak kena dodoi juga?.. Agak-agaklah…

Ada juga aku blogwalking tadi. Banyaklah pula iklan tengah-tengah malam ni. Aku tolong click iklan kawan-kawan blogger tapi aku malas nak tinggal jejak. Kalau kawan-kawan semua rajin, apa kata click untuk aku sekali?.. hehee… rezeki sama dikongsi… musuh jangan dicari…


KESUNYIAN GARA-GARA BOLA

Ini adalah cerita betul. Bukan cerita rekaan. Berlaku kepada pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Si isteri mengingatkan suaminya sama ada memilih bola atau dia. Dan jawapan yang diterima adalah BOLA. Kita kena belajar menyukai apa yang disukai oleh pasangan kita. Aku juga masih lagi belajar menyukai apa yang disukai oleh suamiku. Tapi, aku agak kasihan juga dengan kawanku itu. Maklumlah! pasangan baru berkahwin. Masih inginkan belai manja si suami. Tapi, apa salahnya kita temankan suami tengok bola sekali? Duduk depan tv je pun.

Bagi aku, baik dia layan BOLA depan mata aku daripada dia buat benda lain kat belakang aku kan?… Bukan nak mengongkong tapi masing-masing ada tanggungjawabkan. Aku pun, mungkin lepas ini kena mengurangkan masa untuk berinternet. Aku kena belajar lebih. Bukan sahaja jadi pelajar tapi juga belajar menjadi isteri & mama yang baik dalam segala segi.


UiTM MASIH DIHATIKU

Rupa-rupanya UiTM masih lagi ada di hatiku. Petang tadi, aku sengaja kerja separuh hari sebab sebelah petang aku nak ke Bank Islam kat Wisma PKPS. Sebelum ke bank tersebut, aku dan 2 orang kawan singgah di Seksyen 8 untuk menghantar hadiah perkahwinan salah-seorang staff di pejabat. Kemudian, kami terus ke Seksyen 7 dengan tujuan JJCM. Lepas makan, kawan tadi drop aku di hadapan bus stop bertentangan dengan Bank Islam. So, aku pun menunggu dengan penuh kesabaran sehingga bank dibuka semula.

Tepat jam 2.30 petang, pintu bank pun dibuka. Pengawal keselamatan mengalu-alukan kedatangan kami. Aku sangat-sangat terkejut apabila melihat orang ramai berpusu-pusu memasuki bank tersebut. Rupa-rupanya orang-orang itu juga datang dengan tujuan yang sama denganku. Perghhh!!!… 1167… giliranku tiba. Yuran yang perlu aku bayar adalah RM 1,359.00 + RM 1.00 caj perkhidmatan. Kenapa yuran aku mahal erk??… Aku kan ambil e-PJJ.. itu pasal yuran mahal sikit.

uitm

UiTM tetap di hati. Akan bermulalah lembaran baru sebagai seorang pelajar. Insya Allah!!!… Aku tidak akan sia-siakan peluang kedua ini.



PERSOALAN TENTANG PENGAWAMAN PDRM

Setelah membuat semakan melalui bantuan miss Nuff. Sepanjang beberapa bulan ini, aku dapati ramai sungguh orang-orang yang mengGOOGLE tentang PENGAWAMAN PDRM.

awam

awam2

awam3

Sebelum aku menulis dengan lebih panjang lebar, ingin aku tegaskan di sini bahawa setiap apa yang tertulis adalah pandangan dari kacamata aku sendiri. Harap jangan disalah-ertikan.

Pada pendapat aku, suatu tindakan itu pasti ada sebab, kesan & akibat. Misalnya, dalam kes PENGAWAMAN PDRM ini. Mesti ada suatu sebab/punca yang menyebabkan tindakan pengawaman itu perlu dilaksanakan. Tapi, selepas diAWAMkan, sudah pasti akan ada kesan/akibat daripada perlaksanaan tindakan tersebut.

Biasanya, sebelum suatu keputusan dibuat, 1 pasukan khas telah dilantik untuk melihat keberhasilan sesuatu tindakan itu. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan projek besar-besaran seperti NKRA. Apa yang penting, situasi menang –menang sangat diperlukan.

Untuk pengetahuan semua, setiap penjawat awam yang berkhidmat dengan KERAJAAN perlu menandatangani AKTA RAHSIA RASMI 1972. Anda faham apa maksudnya? Bukan hanya penjawat awam yang berkhidmat di PDRM sahaja yang terikat dengan AKTA RAHSIA RASMI tapi melibatkan semua penjawat awam. Selagi kita bergelar manusia, selagi itulah berbagai-bagai dugaan akan datang kepada kita. Jangan kata penjawat awam dari luar sana yang masuk ke PDRM saja boleh melakukan pecah amanah. Di mana-mana pun kita ditempatkan, kalau mata dah kelabu asap.. akan berlaku juga pecah amanah.

Kalau kemasukan penjawat-penjawat awam dari luar boleh menyebabkan tahap motivasi anda yang berada di dalam sana menurun, sebenarnya begitu jugalah yang berlaku terhadap penjawat awam yang terpaksa mengambil-alih tempat anda. Sikap KETIDAKTERBUKAAN anda dalam menerima penjawat awam yang anda anggap orang luar juga menyumbang kepada peningkatan stress di tempat kerja. Pengalaman-pengalaman yang pernah mereka miliki sebelum ini menjadi sia-sia kerana corak kerja dan cara kerja memang jauh berbeza.

Tujuan PENGAWAMAN ini sebenarnya hendak membantu PDRM dalam PENGURUSAN PENTADBIRAN. Pengawaman ini tidak sama sekali mengganggu tugas-tugas kePOLISan anda.

Sekali lagi aku tegaskan ok! Ini hanyalah pandangan peribadi aku sendiri.

Anda ada masa?.. Baca sini : pandangan warga polis terhadap pengawaman


RED TUB SEKODENG

Aku betul-betul tak faham! Ada seseorang tengah mengGOOGLE RED TUB SEKODENG!

keyword

Aku tak tau orang itu nak sekodeng apa? Apa pula red tub tu? Ada sesiapa boleh explain it to me? Aku memang tak faham. Orang itu sedang mencari tab mandi kah? Yang berwarna merah?.. Ermmm…


PERUBAHAN

Kalau sebelum ini, aku banyak membuat perubahan dari segi layout bagai.. kali ini, aku cuba buat perubahan pada bahasa penulisanku pula. Korang mesti perasankan?. Sebelum ni, aku sangat suka menggunakan bahasa-bahasa rempit… Perghhh!!!.. konon-kononlah… Tapi, aku serius!!!… walaupun penulisan aku masih cacamarba bahasanya tapi aku cuba untuk meMELAYUBAKUkan penggunaan bahasa di dalam penulisanku sedikit demi sedikit. Aku INSAF wei… aku tetap ada 1 masalah lagi.. aku cukup suka menggunakan bahasa KORANG… aku harap korang tak kisah erk??….


TERLEBIH GUNA GIGABYTE

Maaf ya para pembaca di luar sana. Itu pun kalau adalah. Rasanya lama juga aku tak update blog kan?.. Agak-agak adalah dalam 1-2 hari juga… hehee… Bukan apa, CELCOM dah bagi warning kat aku. Aku dah terlebih guna gig… itu yang tak ada mood nak update blog. Lappy mesti slow. Tapi, hari ni aku update sevab sebab CELCOM dah renew @ reset aku punya penggunaan gig. So, lajulah jugalah internet ni. Aku pun ada semangat nak update blog. Ini live punya update tau. Aku update sementara menunggu Incek Hubby datang jemput.


ASAP ROKOK BUAT AKU STRESS

Transparentlah aku cakap.. Aku memang tak boleh hidu asap-asap rokok ni. Asap rokok boleh buat aku stress. Orang lain sedut dan hembus tapi aku terpaksa sedut asap-asap rokok ni. Patutlah aku tak sihat-sihat.
asap rokok
Masalahnya, mereka ni tak faham-faham. Tak tahulah apa yang bagusnya merokok ni.
orig_comics061015
Aku pun tak nak stress. Stress itu boleh menyebabkan kanser. Tapi, siapa yang peduli? Kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap aku, boleh tak aku saman orang-orang yang merokok ni? Sebab merekalah punca segala penyakit. 

There was an error in this gadget