PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

MEMBANGUNKAN ATAU MEMBETULKAN?

Aku pernah bincangkan perkara ini di ruangan status facebook aku. Perbincangan itu berbunyi begini…

Aku : ANDA DIBERIKAN 2 SITUASI YANG BERBEZA DAN ANDA PERLU MEMILIH SALAH-SATU DARIPADANYA...

1. ANDA BERADA DI SUATU TEMPAT YANG BARU & BELUM ADA APA-APA PUN... DAN, ANDA DITUGASKAN UNTUK MEMBANGUNKAN TEMPAT TERSEBUT...

2. ANDA DIARAHKAN UNTUK PERGI KE SUATU TEMPAT UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN YANG SUDAH LAMA TIDAK BETUL... SITUASI MANAKAH YANG AKAN ANDA PILIH???....

Kawan A : situasi pertamalah....

Kawan B : yang pertama....

Kawan C : Of course la yang first tu ina......aku yang berkuasa hahahaha

Kawan D : yang kedua..

Kawan E : (Lari daripada tajuk persoalan & tidak dapat disiarkan)

Kawan F : yang pertama....coz lebih mudah untuk membangun dan menguruskan sesuatu yang baru berbanding untuk mengubah sesuatu yang telah menjadi amalan sekian lama....banyak cabaran untuk ubah kepada sesuatu yang baru,....kalau tak cukup kuat,boleh tewas...so..gud luck yea..yang penting jangan give-up

Kawan D : org selalu takut pada cabaran.. dan selalu mengharapkan benda yang mudah.. betul, kalau kita di tempat yang baru kita boleh corak keadaan di tempat baru tu mengikut kehendak kita.. tapi, di mana kepuasan yang kita dapat? ada orang boleh menilai samada kerja yang kita lakukan tu betul atau tak? jika kita diberi kuasa untuk mengubah keadaan di tempat yang sudah lama tidak betul, sekurang-kurangnya kita tahu atas tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita tu things will be back on track.. the satisfaction tak dapat nak digambarkan.. tapi terpulang kepada individu.. memimpin tanpa arah atau memimpin ke satu arah matlamat..

p/s: reen.. apela ko ajak berpikir lepas lunch nih hehehe..

Kawan G : Dua2 pun ada cabaran......Sahutlah cabaran, baru anda sedar potensi sebenar diri anda…

-------------------------------------------

Aku setuju dengan jawapan Kawan D… Tapi, kalau tempat itu dikuasai oleh kuasa-kuasa yang mereka fikir mereka sangat berkuasa sehingga kita tidak mampu membetulkan keadaan yang sudah lama tidak betul… Kita menjadi sangat-sangat kecil pada pandangan mata mereka… Jadi, rasa sangat sia-sia keberadaan kita di tempat itu kan??… Ditambah pula dengan kemudahan yang agak kekurangan, memang susah untuk kita membetulkan keadaan di situ…

------------------------------------------

Wahhh!!!!…. aku sgt poyo rasenyerrr…. whateva, aku masih tau bahasa melayu w/pun penulisanku kdg2 agak cacamarba bahasanyerr…


1 cakap-cakap:

ohmywtf said...

i pilih the first one..its easier to build then to redo something :-)

There was an error in this gadget