PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

BUKAN DELUSI…

Hari itu, aku kekejangan lagi… Sesuatu telah berlaku dan orang ramai menghampiri aku… Aku berada dalam keadaan separuh sedar… Tapi,aku amat pasti dengan apa yang berlaku… Malah, aku sangat yakin bahawa aku tidak berdelusi… Mereka yang ramai itu membuat keputusan agar aku dihantar ke hospital… Sampai sahaja aku di hospital, aku ditempatkan di wad kecemasan… Terdapat perbincangan di situ… Berlaku di antara 2 orang pakar yang sangat terkenal…

Pakar Perubatan Moden : Nampaknya pesakit ini mengalami kekurangan kalsium… dia perlu diberikan pil kasium…

Pakar Perubatan Tradisional : Tidak!… pesakit ini mengalami gangguan jin… (sambil berpeluk tubuh)

Pakar Perubatan Moden : Nonsense!!!… dalam zaman yang sangat canggih begini, perkara-perkara sebegitu tidak mungkin wujud… (berkata dengan riak wajah yang sangat sombong)

Pakar Perubatan Tradisional : Percayalah kepada Qada’ dan Qadar Allah SWT… Kita perlu percaya kewujudan alam ghaib.. Alam ghaib bererti alam yang tidak dapat kita capai, tidak dapat kita lihat atau dengar. Perkara-perkara ghaib ini termasuklah kewujudan malaikat, jin, roh, alam barzakh dan hari akhirat. Percayakan perkara-perkara ghaib itu separuh daripada rukun iman.

Pakar Perubatan Moden : Itu semua kepercayaan karut… Kajian sains menunjukkan bahawa pesakit ini memang kekurangan kalsium dalam badan. Tambahan pula, beliau masih menyusukan anak… Sudah pastilah anak beliau mendapat kesemua kalsium itu… Pesakit ini perlu mendapatkan kalsium secukupnya kerana ibu yang menyusukan anak memerlukan sekurang-kurangnya 1200 mg kalsium sehari…

Pakar Perubatan Tradisional : Makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia kerana kejadiannya berlainan dengan kejadian manusia. Ini merupakan salah satu rahmat Allah s.w.t. kepada manusia. Andainya Allah s.w.t.
memperlihatkan jasad jin dan syaitan… manusia akan menjadi lemah apabila melihat rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza dengan jasad manusia… Dan, itulah yang berlaku kepada perempuan ini…

…………………………………………….

Sesi soal-jawab itu masih berterusan… Dan, aku tetap begitu… Setia ditemani 3 sahabatku yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia lain…

sumber rujukan : www.darussyifa.org


0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget