PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

KIPAS SUSAH MATI

Kipas kat dunia ada banyak jenis. Ada kipas pc, kipas usb, kipas dinding, kipas siling.
diehardfan
kipastgn
Oppssss!!!… ada 1 lagi. Kipas tangan.
aircond
Dan, ini kipas a.k.a aircond paling power. Tapi, aku bukan nak cerita pasal lipas kipas-kipas yang ada dalam dunia ni. Aku lebih tertarik untuk bercerita tentang 1 jenis kipas ni. Kipas susah mati atau bahasa manisnya DIE HARD FAN. Orang-orang yang memiliki kipas jenis ini biasanya mudah untuk bawa diri kemana-mana kerana sifat KEKIPASAN yang ada pada diri mereka. Mereka boleh hidup hanya dengan KIPAS yang ada pada mereka. Aku yakin korang faham apa yang aku maksudkan OK!.. Aku benci pada kipas-kipas ini. Berjaya bukan dengan usaha sendiri.

HAPPY ANNIVERSARY!

Anniversary yang kedua kami sambut dengan penuh kesederhanaan. Hanya dengan Blueberry Cheese Cake. Opss!!… Aku lupa nak maklumkan bila tarikh keramat itu. OK!.. pada tarikh 30/05/2010 cukup 2 tahun usia perkahwinan kami. Semoga Allah SWT akan terus melindungi perkahwinan ini. Ya Allah! Ya tuhanku, aku memohon pada-Mu agar janganlah Kau uji perkahwinan kami dengan pelbagai ujian-Mu yang menyeksakan. Sekiranya Kau tetap mahu menguji kami, Kau permudahkanlah rintangan itu untuk kami kerana kami tidak cukup kuat untuk mengharungi rintangan itu bersendirian. Ya Allah! Kau jadikanlah aku isteri yang Solehah & Kau jadikanlah suamiku  suami yang Soleh… Amin…

KABEL…OH!KABEL…

Aku cukup geram bila sebut pasal kabel. Tapi, aku bukan nak cerita pasal segala jenis kabel mak nenek.
cable
Aku tak nak cakap pasal kabel telefon… kabel elektrik… kabel komputer… atau pun, cable car macam kat Genting tu!.
cable2
Nak masuk kerja kat mana-mana pun, nak kena ada kabel. Baru boleh dapat. Kalau setakat kabel kecil, baik tak payah!. Begitu ramai orang kat luar sana nak cari kerja tapi tak berpeluang kerana kabel-kabel besar yang ada. Padahal,kerja pun tak seberapa. Apa yang aku tak puas hati, orang-orang yang menggunakan kabel-kabel besar ini selalunya agak KEBAL. Kebal dengan segala macam peraturan.

Credit untuk Uncle Google kerana mencarikan aku gambar-gambar ini...

CREATIVE BLOGGER AWARD




Sebenarnya, aku dapat award ni dah lama tapi aku tak sempat nak update pasal award ni. Award ni aku dapat dari eddyboyz86…Dah orang bagi, aku terima saja. Tak rugi pun, sekurang-kurangnya ada juga orang yang menghargai aku….

MELAKA…

N3 ini sudah lama aku peram. Aku tak sempat publish @ tak sempat update. Tak banyak tempat yang sempat kami lawati.

P1020121

Kami singgah makan kat sini.

P1020130

Aku rasa ramai yang lelap time tengok tayangan perdana kat planetarium ni..

P1020168

Sempat juga menaiki menara Taming Sari…

P1020156 

Gambar pemandangan yang diambil dari dalam menara Taming Sari.

P1020178

Sempat singgah di sini.

Tapi, ralat sedikit kerana aku tak dapat naik Eye on Malaysia..


SMARTCARD ASTRO AKU ROSAK…

Aduh!!!… ini ,memang betul-betul bukan cobaan… Hari Ahad lepas, TV aku rosak… Today, smartcard astro aku pula yang rosak… Aku sangat fed-up lalu call talian bebas cukai tol Astro… Konon nak report pasal kerosakan smartcard aku… Sok..sek…sok..sek.. Operator Astro yang jawab segala pertanyaan bagai daripada aku tu suruh aku biarkan decoder berada dalam keadaan standby… After 1 hour, call balik talian yang sama… Ok! Aku dah tunggu 1 hour & message yang sama juga keluar… Invalid Astro Smart Card. Please…… correctly.. Aku tak puas hati… Aku call balik talian bebas tol tadi… Tapi, kali ini operator lain pula yang jawab… Aku ulang semula apa yang aku dah bagitau kat partner dia tadi… Pun, suruh aku tunggu lagi 1 hour… What the hell???… Dah sah-sah smart reader kids card tu yang rosak… Boleh pula dia kata “Ini kena hantar technician untuk check dulu. Mungkin decoder cik tak boleh baca”… U all tau tak??… Kalau technician tu datang 1 hour selepas aku call astro tadi, mungkin aku bleh pertimbangkan… Tapi, operator tu kata technician akan datang dalam masa 48 jam!!!… Minggu ni pula, kami nak balik kampung… Bila masa technician tu nak datang???… Kedatangan technician tu pula berbayar… Dia bukan datang macam itu saja… Dia datang, kita kena keluar duit lagi… RM 50.00… Sementara nak tunggu technician tu datang, aku nak buat apa???… Ye laa… Kan Astro tak de…


MEMBANGUNKAN ATAU MEMBETULKAN?

Aku pernah bincangkan perkara ini di ruangan status facebook aku. Perbincangan itu berbunyi begini…

Aku : ANDA DIBERIKAN 2 SITUASI YANG BERBEZA DAN ANDA PERLU MEMILIH SALAH-SATU DARIPADANYA...

1. ANDA BERADA DI SUATU TEMPAT YANG BARU & BELUM ADA APA-APA PUN... DAN, ANDA DITUGASKAN UNTUK MEMBANGUNKAN TEMPAT TERSEBUT...

2. ANDA DIARAHKAN UNTUK PERGI KE SUATU TEMPAT UNTUK MEMBETULKAN KEADAAN YANG SUDAH LAMA TIDAK BETUL... SITUASI MANAKAH YANG AKAN ANDA PILIH???....

Kawan A : situasi pertamalah....

Kawan B : yang pertama....

Kawan C : Of course la yang first tu ina......aku yang berkuasa hahahaha

Kawan D : yang kedua..

Kawan E : (Lari daripada tajuk persoalan & tidak dapat disiarkan)

Kawan F : yang pertama....coz lebih mudah untuk membangun dan menguruskan sesuatu yang baru berbanding untuk mengubah sesuatu yang telah menjadi amalan sekian lama....banyak cabaran untuk ubah kepada sesuatu yang baru,....kalau tak cukup kuat,boleh tewas...so..gud luck yea..yang penting jangan give-up

Kawan D : org selalu takut pada cabaran.. dan selalu mengharapkan benda yang mudah.. betul, kalau kita di tempat yang baru kita boleh corak keadaan di tempat baru tu mengikut kehendak kita.. tapi, di mana kepuasan yang kita dapat? ada orang boleh menilai samada kerja yang kita lakukan tu betul atau tak? jika kita diberi kuasa untuk mengubah keadaan di tempat yang sudah lama tidak betul, sekurang-kurangnya kita tahu atas tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita tu things will be back on track.. the satisfaction tak dapat nak digambarkan.. tapi terpulang kepada individu.. memimpin tanpa arah atau memimpin ke satu arah matlamat..

p/s: reen.. apela ko ajak berpikir lepas lunch nih hehehe..

Kawan G : Dua2 pun ada cabaran......Sahutlah cabaran, baru anda sedar potensi sebenar diri anda…

-------------------------------------------

Aku setuju dengan jawapan Kawan D… Tapi, kalau tempat itu dikuasai oleh kuasa-kuasa yang mereka fikir mereka sangat berkuasa sehingga kita tidak mampu membetulkan keadaan yang sudah lama tidak betul… Kita menjadi sangat-sangat kecil pada pandangan mata mereka… Jadi, rasa sangat sia-sia keberadaan kita di tempat itu kan??… Ditambah pula dengan kemudahan yang agak kekurangan, memang susah untuk kita membetulkan keadaan di situ…

------------------------------------------

Wahhh!!!!…. aku sgt poyo rasenyerrr…. whateva, aku masih tau bahasa melayu w/pun penulisanku kdg2 agak cacamarba bahasanyerr…


CONTEST UNGUPURPLE CRAZY…

Tgh2 aku blogwalking kat blog Nazz td… Aku ternampak contest nih… Kalo korang berminat nak sertai contest nih… masih ade peluang sehingga hujung bln nih… Korang click jerr banner kat bwh nih… terus ke page contest tersebut….

contest ungu

So, sbg sorang blogger yg begitu meminati kalerr purple… Aku terus cari gambo2 yg bleh aku pertaruhkn kat cnie….

purple

Memandangkn anniversary aku yg kian hampir, aku pun amik lerr gambo nih sbg pertaruhan contest kali nih…. Gambo nih di amik mase majlis perkahwinan kami kat Sabah pd 30/05/2008… Atau, lebih tepat lg… mase majlis potong kek… Tema hantaran yg aku bg kat belah lelaki pun kaler purple… tp aku x jumpe plak gambo2 tuh…. Ape yg aku frust, cadar + langsir bilik pengantin plak kaler biru… Aku frust gilerr time tuh…. Da lerr lari tema…. Mak aku plak x ckp awal2 kate x de kaler tuh…. Aku blk kg lg 3 hari nak majlis…. Ye laaa..aku kan dok jauh…

Slogan : Purple atau ungu adalah warna yang melambangkan sifat-sifat kewanitaan dan keibuan yang penuh pengharapan…

Syarat-syarat penyertaan:
1. Mempunyai blog dan jadi follower blog ini. – done!
2. Tangkap gambar anda berbaju purple atau gambar anda dengan apa sahaja barang2 kepunyaan anda yang berwarna purple. (gambo tu kalau nak edit boleh je..nak tambah seri kan lagi) – done!
3. Buat sikit cerita pasal barang anda itu atau kat mana anda ketika dalam gambar. – done!
4. Letakkan banner promo contest ini di blog anda dan link kan entry anda ke blog ini dan promote contest ni utk yg lain join eh..(lagi ramai..lagi meriah) – done!

5. Slogan Purle atau ungu adalah warna yang (tidak melebihi 30 patah perkataan) – asalkan x melebihi 30 pp ok laaa kn????
6. Kalau dah join tinggal kan link blog anda dekat komen eh.. – da letak da….
7.Tajuk entry mesti la “Contest UnguPurple Crazy” – already done!


TAK RETI BAHASA!!!

Geramnyerrrr aku… Nape laaaa derang nih???… Tlg laaa jgn cemarkn udara yg da mmg tercemar nih…

IMG_1346

Aku rase tanda larangan nih bersepah kat memane… Tp, nape x de sape yg peduli??.. Aku cukup bengang ngan org2 yg suke merokok kat tempat2 awam nih…. Lebih2 lg kalo merokok kat premis kerajaan… X paham bahasa betol!!!… Korang merokok… Fine!!…korang sedut & hembus… Tp, camnerr ngan org2 yg x merokok cam aku nih???… Aku terpaksa sedut asap rokok yg korang hembus tuh…. Korang x kesian kerr ngan org2 yg senasib ngan aku???…. Aku bukan nak suh korang berenti merokok… Aku x paksa ok!!… Tp, bleh x korang jarakkan diri korang drpd org2 yg x merokok sejauh 200 meter???….. Bleh x???…. Tlg laaaa…. Jgn lerrr bahaya kn kehidupan kami skali…..


GOOGLE NAMA SENDIRI…

Mlm jumaat camnih spatutnyerr aku da tido…. tp, ntah lerr…. asal aku x bleh nak tido plak mlm nih???…. Mate x mo pejam weii…. So, ngan penuh rase nak memaksa mate nih utk tido.. aku pun try lerrr suh uncle Google cari kn name aku kat internet… Wujud kerr x???… Aku sesajerr jerr sbeno nyerrr….. Ghupe2 nyerrr…. mmg ade….

google name

Korang jgn tgk yg kat atas tuh… Kat atas tuh sume palsu… ! jerr yg betol ttg aku…. name ku ade tercatat dlm Malaysia Books of Record ghupenyerrr… Ceh!!… prasan jerr aku kn…. X laaa…. Name aku ade tertulis dlm blog my hubby… Korang pernah x mengalami keadaan cam aku skang nih???… x bleh tido & trase ingin nak mengGoogle name sendiri dlm internet???…. huhu


TERUJA…

Perggghhhhh!!!…. aku sgt teruja ttg nih…. Aku nak kongsi ngan korang sume ttg keterujaan aku tuh…

wow

wow2

Aku teruja coz ade gak org2 kite kat oversea tuh bukak blog aku…huhu…. Nih Miss Nuff yg bgtau aku tau… Aku x wat citerrr…. Bile tgk carta nih..tetibe plak aku teringat kat cikgu Math aku…. Miss Ong… Tuh 11 thn yg lampau… skang nih mesti da jd puan kn??… Aku rase masih belom terlewat utk aku ucapkn slamat hari guru kpd guru2 yg pernah memberi tunjuk ajarku sifu kpd aku dulu…


AKU BUKANLAH SEORANG PUTERI…

Bile aku bace N3 jawapan tag yg ditulis oleh Hazlizahusaini… Aku didatangi rase bersalah… Yupp… serba-salah aku jadi nyerrr…. Sbeno nyerr, aku bukan laa sorang puteri raja… Pengakuan ikhlas drpd aku nih…

DSC00887

PRINCESS tuh cuma 1 kegilaan terhadap citerr2 Korea.. PRINCESS tuh aku abadi kn bersame name ku kerana kegilaan ku yg sgt mendalam terhadap PRINCESS HOUR…. Korang mesti tau citerr tuh kn????…  Hahahaa…. So, jgn laa korang memanggilku ngan panggilan puteri lg selepas nih yerr…


TAG DARIPADA AKU YANG NAK UP TRAFFIC…

Asyik kene tag ngan org lain jerrr… So, kali nih aku plak nak tag korang2 di luar sane….. Simple jerrr…. Kat bwh nih ade soklan dan cth jwpn….. hehhee… layan….

1. Bagi aku 5 blog yang korang selalu bace….

- www.benashaari.com, www.viruspadu.com, http://pu3-mawar.blogspot.com, http://colourmaster.blogspot.com & www.redmummy.com…. actually, byk lg…

2. Ape yg best ttg blog tuh?

- x tau laaaa… tp kalo pu3-mawar tuh, coz dia member aku…hehehe

3. Brape kali dlm sehari korang bukak blog tuh?

- Kalo ade N3 baru, kompom aku bukak…

4. Korang bgtau aku dari sumber mane korang tau blog2 tuh???…

- drpd kengkawan…. drpd shoutbox… huhu

5. Ok!!… ape pendapat korang psl blog aku???….

- ownerr kene jawab kerr erk????…

6. Korang tanyerr soklan nih kpd 5 blogger lain plak ok!!….

- Aku bg tag nih hanya kpd kengkawan maya yg suke jwb tag…. Kalo x suke, jgn jwb…. Senang jerr kn??

------------------------------

Pas tuh korang kene tinggalkn link korang kat cnie ok!!!….


BUKAN DELUSI…

Hari itu, aku kekejangan lagi… Sesuatu telah berlaku dan orang ramai menghampiri aku… Aku berada dalam keadaan separuh sedar… Tapi,aku amat pasti dengan apa yang berlaku… Malah, aku sangat yakin bahawa aku tidak berdelusi… Mereka yang ramai itu membuat keputusan agar aku dihantar ke hospital… Sampai sahaja aku di hospital, aku ditempatkan di wad kecemasan… Terdapat perbincangan di situ… Berlaku di antara 2 orang pakar yang sangat terkenal…

Pakar Perubatan Moden : Nampaknya pesakit ini mengalami kekurangan kalsium… dia perlu diberikan pil kasium…

Pakar Perubatan Tradisional : Tidak!… pesakit ini mengalami gangguan jin… (sambil berpeluk tubuh)

Pakar Perubatan Moden : Nonsense!!!… dalam zaman yang sangat canggih begini, perkara-perkara sebegitu tidak mungkin wujud… (berkata dengan riak wajah yang sangat sombong)

Pakar Perubatan Tradisional : Percayalah kepada Qada’ dan Qadar Allah SWT… Kita perlu percaya kewujudan alam ghaib.. Alam ghaib bererti alam yang tidak dapat kita capai, tidak dapat kita lihat atau dengar. Perkara-perkara ghaib ini termasuklah kewujudan malaikat, jin, roh, alam barzakh dan hari akhirat. Percayakan perkara-perkara ghaib itu separuh daripada rukun iman.

Pakar Perubatan Moden : Itu semua kepercayaan karut… Kajian sains menunjukkan bahawa pesakit ini memang kekurangan kalsium dalam badan. Tambahan pula, beliau masih menyusukan anak… Sudah pastilah anak beliau mendapat kesemua kalsium itu… Pesakit ini perlu mendapatkan kalsium secukupnya kerana ibu yang menyusukan anak memerlukan sekurang-kurangnya 1200 mg kalsium sehari…

Pakar Perubatan Tradisional : Makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia kerana kejadiannya berlainan dengan kejadian manusia. Ini merupakan salah satu rahmat Allah s.w.t. kepada manusia. Andainya Allah s.w.t.
memperlihatkan jasad jin dan syaitan… manusia akan menjadi lemah apabila melihat rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza dengan jasad manusia… Dan, itulah yang berlaku kepada perempuan ini…

…………………………………………….

Sesi soal-jawab itu masih berterusan… Dan, aku tetap begitu… Setia ditemani 3 sahabatku yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia lain…

sumber rujukan : www.darussyifa.org


AKU DAH SOROK!!!…

Time aku blogwalking td, aku terjumpe laaa org nih… Dlm blog nih byk gak mende yg aku bleh implement kn dlm blog aku nih… org tu adlh rie… Ngan tutorial yg ade kat ctu laa aku berjaya menyorokkan shout box aku….

shoutbox  hidden

Anywayz… tq laaaa rie…. keep it up ok!!!….

rie

Kalo korang nak try…just click jerr gambo kat atas nih…


SESI BERURUT…

Aku baru jerr selesai berurut… Aku kn x brape sihat.. So, g laa berurut… Sesi berurut nih wat kat umah aku jerr & bukan kat rumah urut… OOppssss!!!… Korang jgn pk ke lain plak… Mmg laaa berurut kat umah aku, tp… hubby yg jemput & anto akak tukang urut tuh blk tau…. Da laaa bekas urut smlm masih rase sakit…. tambah plak pg nih… mmg sakit laaa…. X tau laaa sok larat g keje ke x??… Aduihhhhh….


FRUSTRATED!!!…

Hotak aku kosong…. Kosong selepas melihat perlawanan separuh akhir badminton yg melibatkan Malaysia ngan China…. Kosong… Zero… Mcm dlm gambo nih….

kosong

Korang ade nampak ape2 x???….


WAH!!!… NOMBOR NAIK LAGI…

Hahahaa…. Aku happy gilerr wei tgk nombor nih naik… Korang jgn salah faham plak… Aku maksudkn no nih…
kantoi
Aku seronok tgk 3 angka kat blakang tuh laaa… My lucky number… hahahaa… nak tau ke??… nombor tuh mengingatkn aku pd usia aku sendiri… my birthday tau… hehee… aku sbeno nyerr saje nak hint2 kat korang… ingat2 lerr date tuh erk… ingat nombor tuh… ingat aku…. daaaaaaaaaa….


PENGAWAMAN JPA???…

Terkujat terkejut aku wei… Bile mase plak JPA diawamkn??… pengawaman yg camnerr???… Jabatan Perkhidmatan Awam tuh kerr???…. Bukan kerr da awam???… Korang nak awam camnerr lg???… Aku betol2 x paham laaa wei….
jpa awam
Nih mesti korang nak tau psl pengawaman polis PDRM tuh kn???… Actually, bukan tugas2 polis yg diawamkn tp tugas2 kat pejabat yg x spatutnye polis wat tuh yg nak diawamkn… Maksud diawamkn kat cnie adlh keje2 yg bukan bukan keje hakiki polis cam taip2 surat tuh akan diserahkn kpd pegawai awam a.k.a civilian… So, polis bleh laaa konsentret wat keje depa jaga keselamatan negara… Korang jgn salah paham plak… Nak tau lebih lanjut… korang bleh tgk kat laman web JPA… anyway, terima kasih kat Nuff coz bgtau aku psl nih…

SAMMY VELLU??.. TAK DE KENA-MENGENA LAA…

Hahahaa… Bleh x aku nak gelak guling2??… Bukan ape… aku nak gelak jerr bilerr tgk keyword kat nuff tuh… Camnerr laaa name tuh bleh ade sangkut-paut ngan blog aku???…

sammyvellu

Aku try laaa check blk N3 aku yg lepas2… ade x aku wat citerr psl dia… Cari punye cari… x jumpe gak… aku x puas hati… aku try plak tgk kat bloglist aku… kalo ade sape2 yg wat N3 psl dia…. Urrmmm… ade laaa kot tp aku mls nak cari…. coz, aku ngan dia mmg x de kene-mengene langsung… ape pun, aku nak ucap terima kasih kat Nuff coz bgtau aku psl nih…


AKU BOSAN DENGAN AFMASUK…

Dolu aku pernah jugak jd peminat tegar AF… Tp, tuh dolu… Skang aku da boring ngan AF… Ngan kejutan yg ntah pape… Kalo sst tuh kite da bleh jangka… tuh bukan lg kejutan name nyerr… Cam AFMASUK nih laaa… Aku da bleh agak dr awal lg mesti ade punyerrr…
dec08_linda nanuwil
Nih bekas pelajar AFMASUK AF2…. Korang kenal x???… Linda Nanuwil…
marsya  mawi
Marsha ngan Mawi… depa nih kire AFMASUK gak ke erk???… Cuba korang try ingat blk time konsert preload AF3 dolu…. Tp time tuh depa x panggil AFMASUK… Coz, akademi pun blom start lg…
lotter
Korang ingat x mamat nih??… Af4 lorrrr… bekas pelajar AFMASUK gak nih…
aril_af7
Mamat nih skang jd pengacara Trek Selebriti… Ganti tempat Jimmy… Korang tau x dia sape???… Bekas pelajar AFMASUK gak… Aril…
AFUNDI8shahir
Nih yg latest punyerrr….
Ermmm… ade lg kerrr yg AFMASUK??… aku x ingat laaa…
Nak tanye korang laaa kn… korang lyn lg x AF nih???… Aku x brape nak lyn daa… kalo ade citerr best kat channel lain… kompom aku tgk citerr tuh…
psssttt…. aku x tau nak bg credit kat sape psl gambo2 kat atas nih… coz, uncle Google yg cari kn utk aku… aku sbeno nyer nak bg credit kat tuan punyerr gambo… tp bile aku tanye uncle Google, ade gambo yg sejibik sebijik tp source lain2…. so, aku ngan penuh timbang rase… bg credit kat uncle Google je laaa…

There was an error in this gadget