PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

SELAMAT TINGGAL 2009…

Sepanjang tahun nih, aku rase byk gak kenangan2 manis @ pahit yg berlaku dlm idop aku….

Spt biase… ikuti laa susur galur penceritaan nih erk…

JAN – x de citer menarik utk aku share ngan korang…

FEB – my mom & my dad fly from sabah pd penghujung bln… my mom dtg utk jaga aku time berpantang…

MAC – bln yg plg best coz dlm bln nih laaa Zahraa dilahirkn…. Zahraa lahir 04/03/2009…. aku mendapat hadiah ulangtahun ke-27 yg sgt2 berharga dlm idop aku… Birthday aku 15/03…. dlm awal bln nih gak aku berulang-alik ke hospital sg.buloh… My mom fly to sabah pd hujung bln…

APR – aku tinggal ber2 ngan Zahraa…. Best gak melayan dak kecik nih…. x de org len… sbb tuh laa kot Zahraa kenai aku sgt2…hehehe

MEI – aku mula bekerja….. x de citer best yg bleh aku share ngan korang lg time nih….

JUN – x de yg best…

JUL – pun x de yg best…

OGOS – still x de yg best…

SEPT – 1st time blk sabah bwk Zahraa naik flight… 1st time gak laaa beraye ngan Zahraa….

OKT – x de yg best…

NOV – x de yg best…

DIS – cuti2 malaysia kat melaka….. huhu… sempat gak laa g naik menara taming sari tuh… bwk Zahraa….

 


INFLUENZA A(H1N1) : PANDUAN PENJAGAAN KESIHATAN DIRI DI RUMAH {MODE MELEKAT}

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A.Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

* Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
* Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
* Berehat secukupnya.
* Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
* Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
* Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B.Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

1.Amalkan adab batuk yang baik

Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

2.Tingkatkan penjagaan kebersihan diri

Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
* Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
* Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
* Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.

3.Jangan kongsi peralatan peribadi

Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4.Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)

* Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
* Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
* Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
* Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

C.Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

* Secara amnya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing

TAG DRPD L@N@ Journal

my hubby

Owh!!!… aku telah ditag oleh seseorg…huhu

Ape yg menarik pasal tag nih adlh….. pasal suami….

Jom layan…

1 - FIRST TIME JUMPA YOUR HUBBY BILA AND KAT MANA?

- kat putrajaya…. kat depan petronas Presint 9..

2 - LOVE AT FIRST SIGHT?

 - aku rase x!… coz aku ade pakwe time tuh…

3 - WHO IS HE WHEN THE FIRST TIME U MET HIM?

- mcm tuh gak laa sampe skang nih… (nakal)

4 - HOW LONG IT TAKES FOR HIM TO ASK U OUT FOR A DATE?

 - kite org starting sbg member jerrr… x de dating2 pun..

5 - FIRST PLACE DATING DI?

- kalo x silap aku…. kat the mines kot… hehhee

6 - HOW HE PROPOSED?

- camnerr aku nak explain erk….

7 - SPECIAL DATE WITH UR HUBBY?

- special date???…. di hari persandingan kot…huhu

8 - CHANGES THAT HE ASKED YOU TO DO?

- kene pandai jaga diri laa bile da jadi bini org nih…

9 - WHAT IS ABOUT HIM THAT U LOVE SO MUCH?

- x mo share bleh x???….hehehee

10 - WHAT IS ABOUT HIM THAT U WISH HE WOULD CHANGE?

 - skang pun da ok… cuma nak kene improve skeet jerr…

11 - YOU WILL LOSE YOUR MIND N CRACK YOUR HEAD WHEN HE?

- time dia senyap…. tuh tandanyerr ade yg x kene la tuh…

12 - YOU WILL SMILE TRU YOUR EYES FOR THE WHOLE DAY WHEN HE?

- hehheee……. pepaham sendiri laaa erk….

13 - COMPLETE BELOW SENTENCES 'MY LOVE TOWARDS MY HUBBY IS BIG AS...'?

- ermmmmmmmmmm….. hanya aku & dia saja yg tau…

so….. aku nak panjangkan tag nih kpd --->>>> kak nurul ; kak naim ; kak haiza ; anjelik & kpd sesape jerr yg rase nak jwg tag nig yerr….


BUAH APE NIH???…

DSC00119

Korang tau x buah ape nih???….

actually, buah nih ade kat sabah & sarawak jerrr…

kat peninsular bukan x de… ade…. tp monyet jerrr yg mkn…

aku ckp betul nih…

aku pernah jumpe buah nih dlm utan time aku kursus kat kedah last year……

buah nih sedap… manis….

buah nyerr lebih kurang same ngan buah cempedak tp isi nyerrr kecik skeeet drpd buah cempedak…

kalo kat kg aku, mak aku suke wat kuih… alaaa… mcm goreng cempedak… goreng pisang sumerr tuh lerrr…..

korang kene dtg sbh kalo nak rase buah nih…. buah nih bermusim gak kalo x silap….. huhu….


9 NYAWA…

9 nyawa

Akhirnya….. berjaya gak aku mendapatkn novel hasil tulisan Ramlee Awang Murshid yg terbaru nih… Lama gak aku tunggu… Aku hampir2 terlupa psl novel nih… cik wanie yg ingatkn td… hehehe… Aku g beli novel nih kat MPH tgh hr td… g ngan kak nurul pas lunch…


There was an error in this gadget