PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

keAKUanKu

Siapa mereka untuk membuat penilaian terhadap diriku? Terlalu baikkah mereka sehingga berani mencemuh orang lain. Adakah aku memang dilahirkan untuk menerima segala cemuhan dan umpatan orang? Perlukah aku menangkis segala cemuhan itu? Apalah daya.. aku hanya insan kerdil yang tidak punya upaya untuk menentang. Aku timun, mereka itu durian.

Inilah yang akan aku lalui sepanjang hidupku. Aku perlu menghadapi segala cemuhan-cemuhan orang dengan ketabahan. Namun, adakalanya ketabahan itu dibolosi juga oleh amarahku. Bukan salahku kan?.. kerana aku juga manusia biasa. Adakelemahan dan kekurangannya. Bukan normallah aku andai tiada semua itu.

Tapi, sampai bila aku mampu bertahan dengan cemuhan orang? Hatiku tidak setenang air di kali. Kocakan airnya terlalu kuat. Jiwaku tidak sedamai taman Firdausi. Angin yang bertiup terlalu kencang. Terasa diri ini terlalu kecil dan kerdil bila terpaksa bergandingan dengan orang lain. Mengapa aku perlu bergandingan dengan orang-orang ini? Biarkanlah aku dengan kehidupanku.

Apalah yang mereka cemburukan aku? Perlu apa mereka mencemuh aku? Tidakkah mereka tahu tiada faedahnya mempersoalkan kehidupan orang lain? Mengapa mesti mahu menyibukkan diri dengan berita-berita sensasi tentang orang lain? Sungguh tak berfikiran mereka ini. Prihatin yang tiada kena pada tempatnya.

Akukah yang malang? Mengapa aku terpaksa hidup bersama orang-orang ini? Tiada kedamaian yang dapat kumiliki sehakikinya. Mengapa perlu berkongsi bersama mereka? Tuhanku, tolonglah aku ini… Aku ingin lari dari semua ini. Tapi hendak lari ke mana? Pergilah ke mana sahaja turuti langkah kaki ini.



0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget