PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

LAHIRNYA ZAHRAA…

28/02/09 - Hari ini, aku diserang cirit-birit... sakitnya cuma aku dan DIA sahaja yang tahu... Sakit sampai ke pinggang... Aku dan abang pergi ke klinik Menara pada sebelah petang... Aku menemui seorang doktor wanita yang tidak kuingat siapa namanya... Sakit perutku itu berlanjutan hingga keesokkan harinya...
01/03/09 - Perut ku masih lagi sakit disebabkan cirit-birit... Kesian Liza, aku menyalahkannya kerana ayam yang digorang tidak berapa masak... kononnya, kerana memakan ayam goreng tersebutlah aku cirit-birit... Pada hari ini juga, tanda-tanda ingin melahirkan mula terasa... Keluar lendir bercampur sedikit darah dari kemaluanku... aku abaikan kerana belum merasa sakit... bagiku, kesakitan yang aku alami berpunca daripada cirit-birit...
02/03/09 - Pagi ini, sebelum subuh... abang dan mama menghantarku ke hospital Sg. Buloh... Aku mula merasa sakit perut 5 minit berselang... Setelah selesai mendaftar, aku masuk ke bilik rawatan... Hingga ke tengahari, doktor yang memeriksaku membenarkan aku balik kerana pintu rahim belum terbuka lagi...
03/03/09 - Tidurku terganggu kerana kesakitan yang kualami... Pada awalnya, aku masih boleh bertahan... Namun, lewat tengahari itu aku sudah tidak mampu menahan kesakitan... Ya Allah!!!... sakitnya waktu itu memang azab bagiku... Aku menelefon abang di tempat kerjanya... Tengahari itu juga abang balik dan menghantar aku ke hospital... Malam itu, aku bermalam di hospital...
04/03/09 - Pagi ini, sekali lagi aku diperiksa... Doktor menyatakan pintu rahim baru terbuka 2cm... Tapi, kesakitan yang kualami semakin kuat... Pemeriksaan terakhir, doktor mendapati pintu rahim sudah terbuka 5cm... Jam 7.00 pagi aku ditolak ke bilik bersalin... Aku ditempatkan di bilik bersalin sementara menunggu pintu rahimku terbuka hingga 10cm... Disebabkan bayi telah membuang najis di dalam perut, doktor tidak membuang masa terus meminta kebenaranku untuk dibedah... Doktor bimbang bayi akan termakan najis... Setelah borang kebenaran ditandatangani, aku ditolak ke bilik pembedahan pula... Sebelum pembedahan, aku sempat muntah dan badanku menggigil... Doktor mengatakan bahawa aku mengalami demam... Aku dibedah dalam keadaan sedar kerana hanya dibius separuh badan... Aku langsung tidak menyedari para doktor dan jururawat sedang 'mengerjakan' perutku... Dalam hatiku tertanya-tanya... sudahkah bayi dikeluarkan???... Dalam keadaan yang agak mamai, aku terdengar tangisan bayi... Itukah bayiku???... Tidak lama kemudian, jururawat memberi kesempatan kepadaku untuk menatap bayi kecil itu... Sungguh comel... Jururawat memberitahu bahawa aku telah selamat melahirkan bayi perempuan... Itulah ZAHRAA ku........

0 cakap-cakap:

There was an error in this gadget