PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Lebaran ini…

Salam pada semua yang mengenaliku… rasanya sudah lama aku tidak menyentuh keyboard ini.. dan agak lama juga tidak mengemaskini blog ini.. lebaran kali ini sekali lagi aku tidak beraya di kampungku… ini merupakan tahun pertama aku beraya bersama keluarga suamiku… aku rasakan yang lebaran kali ini macam ada kekurangan tapi aku sendiri tidak tahu apa yang kurangnya…. lebaran kali ini juga kesihatanku agak tidak memuaskan… kandunganku sudah hampir memasuki usia 5 bulan… adakalanya aku seperti tidak sabar menanti kelahiran bayi sulungku ini…. tapi, ada ketikanya.. aku seolah-olah rasa tertekan… mampukah aku melaksanakan tanggungjawab ini???… mampukah aku menjadi seorang isteri yang baik???.. mampukah aku menjadi seorang ibu yang baik???…. dan, lebaran kali ini juga… aku mendapat satu perkhabaran yang agak menyedihkan… datuk sebelah ibuku baru sahaja meninggal dunia… walaupun aku tidak begitu mesra dengan arwah, tapi aku agak terkilan kerana lebaran kali ini aku tidak berkesempatan untuk memohon kemaafan daripadanya… Al-Fatihah!!! Semoga rohmu dicucuri rahmat oleh-NYA… Semoga Allah S.W.T menempatkanmu di kalangan orang-orang yang beriman…. Amin….

There was an error in this gadget