PESANAN PENTING DARI PENAJA!

About Me

My Photo
RinnAzrinah
Alam Budiman, Selangor, Malaysia
I am Sabahan! 'Aku,saya,me,I,kami,kita' bagiku maknanya tetap sama..
View my complete profile

ENTRI POPULAR SEPANJANG MINGGU

Mohon bantulah adik Faris ini...

Aku ada terbaca tentang adik Faris ni dalam blog Mazidulakmal.. Mula-mula, aku kata kasihannya adik ni...Cuma itu... Bila baca dalam Alam Budiman Group dalam facebook tu.. aku tak sangka pula yang adik Faris ni tinggal dalam kejiranan yang sama dengan aku.. Duduk setaman tapi baru tahu... 

Status terkini yang aku dapat dari facebook En. Shamrulismawi..



Kepada kalian yang ingin menghulurkan sumbangan dan bantuan... ini account number En. Shamrulismawi Ismail 1628-5200-2738 & 1140-1115-2218 (Maybank).. 

Kalau tak silap aku, surau Roudhatul Firdaus Alam Budiman juga telah mengadakan majlis bacaan surah Yassin bagi memberkati kesihatan adik Faris ini... 

Ya Allah! Kau berikanlah kekuatan kepada keluarga ini... 
Kau berilah kesihatan yang baik kepada adik Faris..
Permudahkanlah mereka...


Kisah dalam kain..

Dulu aku juga pernah buat kesilapan.. Sikit-sikit update kat facebook.. Dan, teguran daripada Inchek Hubby membuatkan aku sedar.. Bukan semua cerita dalam kain itu boleh dikongsikan dengan orang luar..


So, aku pun stop update status tentang kisah dalam kain.. Sebab aku takut akan fitnah..


Apa yang aku nampak dan perasan.. Mungkin dah jadi trend masa kini.. Bila suami isteri gaduh je.. Update facebook.. Update twitter.. Tanpa disedari.. Akan ada orang yang bertepuk tangan di atas kebodohan kita..


Bagi aku, kisah rumahtangga kita.. Tak perlu canang kat facebook.. Twitter.. Tak perlu nak cerita dengan orang lain.. Tak payah nak cerita masalah kat suami atau isteri orang.. Kau bukannya tak de family yang boleh bagi kau pendapat.. Tak perlu kau nak minta pendapat orang lain yang tak de kena-mengena dengan kau.. Bila kau bercerita kat suami atau isteri orang tentang masalah rumahtangga.. Kau ingat suami atau isteri orang tu suka?.. No! Mungkin timbul salah faham nanti..


Suami orang.. Isteri orang.. Facebook.. Twitter.. Itu semua bukanlah tempat terbaik untuk kita berkongsi masalah...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jumaat itu..

Sebenarnya aku dan Inchek Hubby terlajak tidur.. Bukan kerana aktiviti malam jumaat ye.. Alarm tak bunyi.. Sudahnya Inchek Hubby seorang je yang pergi kerja.. Dah terlajak tidur sampai 6.30 pagi.. Mana sempat nak mandi.. Nak hantar anak-anak ke rumah pengasuh.. Nak hantar aku lagi.. Confirmed Inchek Hubby akan lewat ke tempat kerja.. Dia masuk kerja jam 7.30 pagi tapi kena ada kat tempat kerja seawal jam 7.10 sebab ada meeting pagi.. Nak kejar parking lagi.. Memang tak sempatlah..


Aku pula.. Bangun dari tidur terus sakit perut.. Alamak! Tak tahan.. Dah buang pun masih sakit lagi... Aku rasa sakit perut yang aku alami itu ada kaitannya dengan kejadian sehari sebelumnya.. Ya! Aku terjatuh.. Habis lebam lutut.. Alhamdulillah!.. Tak serius sangat pun.. Cuma ada keluar darah je.. Period kot.. Kan dah lama tak period.. Tu yang lupa macam mana sakitnya time period.. Hehe.. Makanya, hari itu aku terpaksa ambil emergency leave.. Malas nak ke klinik.. Terasa sayang pula nak ambil MC..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bergelap dan berpeluh!

Jangan salah faham! Tiada double meaning ok! Taman perumahan yang aku diami tiada letrik.. Start jam 10 tadi kalau tak silap aku.. Dengar-dengar mungkin lagi 3-4 jam baru settle.. Berpeluhlah tidur malam ni..

Agaknya ada tiang letrik yang tumbang kot.. Kesian anak-anak aku.. Tak boleh tidur.. Bukan mereka je.. Aku pun sama juga.. Nasib baiklah ada kipas kecil yang orang selalu letak kat stroller tu.. Ada 2 sebenarnya.. 1 lagi yang letak kat meja komputer tu... Dan, nasib sangat baik sebab ada emergency lamp.. Bateri hand phone pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan dah.. Tak boleh nak charge.. Letrik tak de..

Memang tak lenalah tidur malam ni... Panas! Berpeluh macam tengah mandi sauna.. Redha je.. Mata dah mengantuk dah ni.. Eh! Nasib baik aku rajin nak iron baju untuk seminggu terus... Baju Inchek Hubby pun aku dah iron...

KOMEN SI PENGOMEN!